Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Petua Merawat Sakit Gigi


Sakit gigi menyeksakan. Makan tidak lalu, tapi perut lapar. Cakap pun terbatas, senyum tak larat. Kalau berjalan, aduh berdenyut. Namun apakan daya gigi sakit. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Ha ini dia petua-petuanya. Saya belum cuba lagi. Tapi apa-apapun kita berikhtiar. InsyaAllah manalah tahu mujarab. Tidak lupa juga nak pesan jangan lupa selawat 3x ke atas junjungn besar Rasulullaah s.a.w dan niat nak sembuh cepat. Selamat Mencuba................Wallahua'lam.

Creadit:Facebook/Islam Itu Indah

 p/s: Gusi bengkak ni....Alahai gusi...baiklahh ye..

Mengembalikan Masa


Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali. Masa mendewasakan kita. Dari kita kecil sehinggalah kini. Perjalanan hidup terasa panjang. Tapi sedarkah kita sebaliknya masa itu sangat singkat. Pejam celik, siang malam, semuanya bagaikan tidak sempat untuk kita kejar. Tak puas untuk kita nikmati. Masa jika dimanfaatkan banyak perkara yang akan lakukan. Allah telah tetapkan perjalanan masa itu 24jam sehari. Namun masih ada yang merungut tidak cukup masa. Mungkin tanpa kita sedar kita sendiri dalam kelalaian. Kita dibekalkan dengan akal. Akal untuk kita berfikir, akal untuk kita membuat perhintungan, akal untuk memilih, akal untuk dimanfaatkan. Namun kehendak yang pelbagai, keinginan yang meluap sehingga kita lalai akan tuntutan sebenarnya kita.

Semasa di sekolah dahulu kita kerap diingatkan dengan peribahasa "masa itu emas", memang benar masa itu emas, masa itu sangat bernilai dan sukar untuk kita miliki apabila kita terlepas sesuatu peluang. Ketika itu barulah kita sedara akan bertapa berharganya masa itu. Penyesalan yang tidak terperi.

 p/s: Masih ada masa...main-main je lebih... 

Kisra Parsi dan Seorang Perempuan Tua

Sekadar Hiasan
Bazarjamhar, seorang lelaki yang bijaksana di Parsi mengatakan: " Ada seorang perempuan tua yang memiliki seekor ayam betina yang diletakkan di sebuah kandang yang berdekatan dengan istana Kisra. Suatu hari perempuan tua itu ke desa lain. Sebelum berangkat dia berdoa, "wahai Tuhanku, aku serahkan dan amanahkan ayam betinaku ini kepadaMu." Pada ketika perempuan tua tersebut pergi, Kisra mendekati kandangnya itu untuk memperluaskan tanah istana dan taman kerajaan. Para tenteranya kemudian menyembelih ayam milik perempuan tua itu dan memusnahkan kandangnya. Sekembalinya peremuan tua itu dari perjalannya, dai pun menengadah ke langit seraya berkata: " wahai Tuhanku, aku memang tidak ada saat terjadinya kejahatan itu, namun di mana Engkau saat itu? Allah pun memberikan keadilan dan membalaskan perlakuan Kisra it. Kisra itu dibunuh oleh anaknya dengan sebilah pisau ketika dia sedang tidur dipembaringannya.

Kesimpulan dari cerita ini, sebaiknya redhalah dengan apa yang telah terjadi dalam kehidupan seharian kita. bukan menidakkan atau mempersoalkan takdir Allah. Alangkah baiknya kalau kita semua memiliki silap seperti seorang putera Adam yang baik, yang berkata (kepada saudara yang menzaliminya):

                      


" Seandainya kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku membunuhmu. Malah aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam." (Al-Ma'idah:28)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jadilah hamba Allah yang terbunuh dan janganlah menjadi hamba Allah yang membunuh." 
Namun, Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa  di atas setiap kejadian di muka bumi ini. Mengadulah kepadaNya. Kembali kepadaNya dengan berlapang dada. Sesungguhnya muslim itu memiliki prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung dari hanya sekadar balas dendam, benci, dan dengki.

 p/s: Jangan berdendam.

Kahwin Muta'ah

Ramai yang tidak tahu akan apa itu perkahwinan muta'ah. Di sini terdapat beberapa persoalan dan jawapan yang menjawab persoalan tersebut.

Bagaimana kiranya seseorang lelaki menentukan dalam ijab kabulnya, ia akan berkahwin hanya dalam masa tiga bulan, atau enam bulan atau setahun. Adakah sah akadnya itu dan apa pula hukumnya?

Mereka yang berkahwin yang menentukan dalam akad nikahnya untuk masa yang tertentu dinamakan dalam istilah hukum syarak kahwin muta'ah, atau kahwin muaqqat, atau kahwin mungqatek. Kahwin seperti ini dalam mazhab ahli sunnah waljamaah tidak sah, dan hukumnya adalah haram, tetapi dalam mazhab Syi'ah, kahwin seperti ini adalah sah dan tidak haram.

Rasulullah s.a.w tidak saja mengkhuatiri umatnya yang masih lemah imannya, tapi juga kepada mereka yang kuat imannya. Banyak di antara mereka yang berniat mengebiri dirinya sendiri agar bisa menahan syahwat seksualnya. Untuk mengatasi hal tersebut, maka penyelesaian sementaranya adalah nikah mut’ah.

“Kami dahulu berperang bersama Rasulullah SAW dan tidak ada perempuan yang ikut bersama kami. Kami berkata, tidakkah sebaiknya kita mengebiri diri kita sendiri? Maka Rasulullah SAW melarang kami melakukan perbuatan itu dan meberikan keringanan kepada kami dengan menikahi perempuan dengan upah (mut’ah), hingga waktu yang ditentukan.” (dari Ibnu Mas’ud).
Hadits ini dipegang kuat oleh mereka (golongan Syiah), padahal ada hadith-hadith lain yang datangnya lebih kemudian, yang mengharamkannya. Ertinya, hadits di atas telah dimansyuh (dihapus) oleh hadits lainnya. Hal ini wajar kerana syariah Islam itu bertahap, tidak langsung dan frontal. 

Apakah hikmahnya kahwin muta'ah itu sah dan haram? 

Hikmahnya kahwin muta'ah itu tidak sah dan haram, kerana kahwin muta'ah itu akadnya hanya semata-mata tujuan untuk memuaskan nafsu seks sahaja, bukan bertujuan untuk mendapat zuriat dan keturunan, atau hidup sebagai suami isteri dalam rumahtangga yang amat damai dan sejahtera, sedangkan tujuan kahwin yang sebenarnya ialah untuk mendapatkan keturunan dan menambah keluarga serta mengikat kasih sayang yang abadi, tanpa diikat oleh sesuatu masa yang terbatas dan tertentu.

Adakah kahwin muta'ah ini bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang disyariatkan oleh agama Islam?

Kahwin muta'ah ini sememangnya bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang dikehendaki oleh Islam, kerana perkahwinan ini akan berakhir bila tiba masa tertentu dan ditetepkan di masa akad nikah. Iddah kahwin muta'ah ini bagi perempuan yang masih kedatangan darah bulanan lagi, iddahnya hanyalah 40hari saja, dan kahwin muta'ah ini tidak ada hak waris mewarisi bagi suami isteri tersebut.

Pengharaman dan larangan nikah muta'ah ini bukan hanya kerana hikmah-hikmah saja, atau kerana tidak ada peraturan talak, dan waris dan bukan kerana iddahnya yang sedikit, tetapi memnag didapati nas haramnya dalam hadith Rasulullah saw. Sabda baginda:
"Wahai manusia. Sesungguhnya aku adalah pernah mengizinkan kamu kahwin muta'ah. Ingat bahwa sekarang Allah telah mengaharamkannya sehingga sampai ahri kiamat." 
 Melihat keterangan hadith tersebut jelas bahawa muta'ah ini dulunya adalah halal dan harus dilakukan, kemudian barulah diharamkan oleh Allah. Bilakah masanya diharamkan kahwin mut'ah ini?

Menurut riwayat Saidina Ali bin Abi Talib berkata: 
"Rasulullah saw telah melarang kami malakukan kahwin muta'ah dan makan daging himar (keldai) di waktu perang Khaibar." 
Riwayat dari Umar Ibnu Khatab menerangka; ketika ia dilantik menjadi Khalifah, ia berkhutubah di hadapan orang ramai menjelaskan mengenai haram nikah muta'ah. Para sahabat semuanya diam tidak seorang pun membantah dan menyalahkan ucapan Saidina Umar. Ini adalah menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Saidina Umar itu adalah benar. 

Saidina Umar r.a berkata: 
"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pernah diizikan kepada kami kahwin muta'ah selama tiga hari, kemudian diharamkan. Demi Allah aku tidak mengetahui seseorang yang kahwin muta'ah, padahal ia beristeri, melainkan aku rejam akannya dengan batu." (Riwayat Ibnu Majjah) 

    p/s: Sudah jelas lagi bersuluh.

Wanita Derhaka kepada Suami

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:


  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. 
  • Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

Sebaliknya perkara yang wajib bagi wanita adalah:

  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

p/s: Mencari redha Allah.

Duduk Antara Dua Sujud

TAHUKAH ANDA.....
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sungguh Indah maksud yang terterdapat di sebalik doa ini, namun kita alpa dan membiarkannya ibarat angin lalu. Seolah-olah tiada maknanya. Bahkan ibarat berlakon dalam meminta. Mintalah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan. InsyaAllah  pasti berlapang dada.
 Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sebarkan. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
 InsyaAllah...

Kesedihan Membawa Kematian


Mungkin tidak ramai yang tahu akan kesedihan yang dihadapi boleh menyumbang kepada mati dengan lebih cepat. Memanglah ajal maut itu ketentuan Allah. Tidak siapa yang menafikan itu, kerana itu semua qada' dan qadar Allah. 
 

Tapi sedarkah kita, diri yang dibelenggu rasa hiba yang teramat sangat tanpa dapat dikawal boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri tidak duga. Tubuh dan otak boleh rosak dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut. Percaya atau tidak? Contoh, kenapa boleh sakit jantung? Sebab berada dalam keadaan yang cemas, marah, jiwa tidak tenang, maka darah  pun naik. Sedih dan tekanan juga boleh mendorong kepada bunuh diri. 


Percayalah... Sebaliknya jika kita berada dalam keadaan yang tenang, berlapang dada dan bahagia insyaAllah kita dapat elak dari penyakit yang kita sendiri tak ingin. Mengikut pengalaman sendiri kalau saya tidak solat solat sama ada sengaja atau tidak, pasti saya akan rasa tak kena dan semua yang saya lakukan semuanya tak sempurna. Jadi kesimpulannya solat tu menenangkan jiwa. Kalau jiwa tenang secara tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Barulah apa yang kita kerjakan tu berkat. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. 

Sabda Rasulullah saw:
"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).
 
Takut mati sebab ibadah belum cukup...? Rawatlah hati, rawatlah jiwa, hanya diri kita sahaja yang mampu lakukannya.
  • Beri makanan pada jiwa dengan berzikir kepada Allah. 
  • Perbanyakkan ibadah sunat di samping yang wajib, bertambah pahala.
  • Redha dengan ketentuan Allah, Allah pasti akan redha dengan hambaNya.
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah, kita akan dapat yang lagi hebat kelak.
  • Lakukan segala pekerjaan niat kerana Allah, hasilnya pasti memberangsangkan. 
  • Akui kesilapan dengan memuhasabah diri pasti senyuman akan terpancar di wajah.
  • Lupakan segala kesedihan, hati akan tenang.
  • Sentiasa berserah diri kepada Allah.
  • Berlajar memaafkan orang, akan terlihat hikmahnya. 
  • Jangan selalu berangan atau termenung, otak jadi sempit dan itu adalah kerja yang sia-sia.
  • Menimba ilmu, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
Dan banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan untuk menambahkan rasa cinta kita kepada Allah secara tidak langsung memberi ketenangan dan menghindarkan diri kita jauh dari kesedihan. InsyaAllah, semoga perkongsian ini bermanfaat.
 

p/s: Memotivasi diri sendiri sebenarnya.

Kuih Kacang (Kasturi)



BahanBahan 
:
Untuk inti:
1 cawan kacang hijau (rendam selama 45 jam)
Air secukupnya untuk merebuskan
½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
 3 sudu makan tepung gandum
Untuk kulit /salut :
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
½ sudu teh kapur sirih
Air secukupnya
½ sudu teh garam
½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
Untuk inti:
1) Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau itu pecah/lembut dan kering airnya.
 (Jangan sampai  hangus)
2) Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
3) Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.
Untuk kulit /salut :
1) Panaskan minyak di dalam kuali.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
3) Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan.
    p/s: Senang saja nak buat ni, lebih bubur
kacang kalau tak habis tu boleh jadi kuih.

Jadilah seteguh Pohon

Setiap orang tidak pernah terlepas dari sebarang dugaan dan ujian, lepas satu, satu pula tiba. Perselisihan faham dalam pergaulan sacara langsung atau tidak langsung pasti merunsingkan kita. Bagaimana untuk menyelesaikannya, bimbang ada hati yang terluka. Ingin menjaga hati orang sebaliknya hati sendiri yang teluka. Dalam apapun hal sekalipun kebijaksanaan amat diperlukan. Berlemah lembut itu lebih baik dari berkeras. Daripada kita bertikam lidah lebih baik kita duduk berbincang pasti hikmah akan kelihatan. Semuanya akan terungkai. 

Disebutkan dalam hadith:
"Seorang mukmin bagaikan pohon yang kuat, yang tahan tertiup angin ke kanan dan ke kiri."  
Ikut liuk pohon yang ditiup angin, ke kiri ke kanan. Jika kita berkeras melawan tiupan angin pasti kita akan tewas jatuh menyembam bumi. 

Contohi juga sifat air, seorang yang bijak itu ibarat air, yang tidak berbenturan dengan batu karang dilautan, namun mengenanginya dari setiap sudut, iaitu sebelah kiri dan kanan, dari atas dan bawah. Bukan mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka yang keras hati dan sukar menerima pendapat orang lain. Menjadi sebijak air yang mengalir secara berterusan pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dan berbekas. Gunakan pendekatan yang bijak. Jangan melawan atau membantah kata-kata mereka biarpun ia memanah jantung kita. Bersifat lemah lembut dalam berbicara dapat menyelamatkan kita dari ketergelinciran. 

   p/s: Tapi kadang kala tu kebisuan  menjadi pilihan.

Segalanya Pasti Terungkai


Allah, Dzat yang Maha Adil,
Mati itu pasti, Kebangkitan semula itu juga pasti,
Sama-sama kita menuju…
Berkumpul di sana…
Tiada apa yang terselindung,
Segalanya pasti terungkap…

Diri terinaya, tidak mampu melawan bagaikan tiada kuasa..mulut bagaikan terkunci, namun hati merintih. Kaki melangkah menggagahkan diri berjalan menyusuri denai kehidupan. Apalah daya selain menerima dengan redha terdapat hikmah di balik semua. Jika bukan di dunia, akhirat lah jawapannya.

Ini semua ujian, ujian, ujian, ujian… Allah menguji hambanya.
Kezaliman apakah ini? Manusia menzalimi manusia, tidak berperikemanusiaan!!!… Sanggupkah? Tidak berhati perut!!! Masing-masing melakukan dengan kepentingan yang tersendiri tanpa memikirkan orang lain. Tidak takutkah mereka dengan azab seksa Allah…Sedangakan ditimpa musibah sudah rasa tidak mahu hidup inikan pula keadaannya balasan Allah di akhirat kelak. Sungguh dasyat dan tidak terperi. Mana mahu lari. Hidup di dunia hanya sementara sebaliknya akhirat itu abadi.

“Kami akan memasang timbangan yang adil kelak pada Kiamat, maka (pada hari itu) tidak ada seorang pun yang akan dizalimi barang sedikitpun. Meskipun (amalnya) hanya seberat biji sawi, Kami akan memberi balasannya. Cukuplah Kami sebagai Pembuat penghintungan. (Al-Anbiya’: 47)

Jelaslah bahawa walau seberat biji sawi sekalipun amalannya pasti akan menerima habuannya. Jadi janganlah gusar akan rasa diri terinaya oleh mereka yang iring hati.. YAKINLAH bahawa Allah itu Maha Adil. Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.


p/s: Melihat kekejaman dunia....

Jawatan satu Ujian Allah

Tugas…
Tugasan atau jawatan yang diberikan kepada kita membuatkan kita merasakan diri begitu bertuah kerana kita yang terpilih di kalangan rakan-rakan. Banyak sebab dan faktor kenapa kita begitu mahukan atau terpilih untuk menggalas jawatan itu. Walauapapun alasannya, memegang suatu jawatan bukanlah sesuatu yang hanya pada nama atau populariti semata-mata. Tugasan dan jawatan merupakan suatu amanah untuk kita dan bukan mudah untuk kita sempurnakan. Banyak dugaan dan kesukaran yang bakal kita hadapi. Kekuatan dan kecekalan amat penting untuk kita menghadapi sabarang kemungkinan di hari mendatang.
Bagi segolongan pelajar, jawatan di sekolah, asrama, kolej atau di institusi pengajian masing-masing merupakan medan untuk mereka melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya pada suatu hari kelak.  Kita merupakan pewaris bangsa yang bakal menyambung generasi kini untuk mentadbir negara suatu hari nanti. Jika bukan negara sekalipun mungkin dalam suatu firma, badan-badan pertubuhan atau mungkin sekelompok kecil manusia. Semuanya memerlukan pemimpin dan dipimpin. Jika tidak bercelarulah sesuatu masyarakat dan tamadun itu.

Sesungguhnya menjadi pemimpin tanggungjawabnya amat besar dan berat.
 “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am, 6:165)
Bercakap mengenai sesuatu jawatan atau kepimpinan, mengapa si pemegang jawatan selalu menjadi bahan perbualan samaada kritikan atau pujiaan. Selalunya akan kedengaran sampai ke telingan kita cerita yang kurang enak, walaupun perkara itu tidak dilakukan. Menerima kritikan itu sebenarnya lebih indah daripada pujian, kerana kita akan begitu tersanjung dan merasakan diri hebat dek kerana pujian, biarpun pujian itu palsu. Maka lalailah kita dengan nikmat yang Allah berikan itu. Sebaliknya kritikan dan tomahan enggan kita terima walaupun ianya benar. Ini sebenarnya yang mengaibkan dan sangat dikhutiri.

Kita seharusnya menerima kritikan itu sebagai sesuatu yang positif. Anggablah ia sebagai satu ujian buat kita untuk melonjakkan lagi diri kita ke tangga yang lebih baik. Bukan menolaknya bulat-bulat tanpa melihat hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin tanggapan mereka salah mengenai kita. Jadi buktikanlah ia dengan mengkajinya terlebih dahulu, gunakan pendekatan yang berhikmah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Segalanya perlu dilakukan dengan bijaksana dan berhemah. Kerana jika kita silap membuat perhintungan gagallah kita. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih. Mereka yang memengang jawatan kakinya selangkah ke neraka. Perlu diingat itu. Kecut perut bila dengar azab seksa neraka. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasihani. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Menjadi golongan yang terpilih untuk mengalas jawatan merupakan satu nikmat, kerana bukan semua orang boleh jadi pemimpin dan bukan semua orang boleh dipimpin. Allah ingin menguji hambanNya. Dia sayang akan hambaNya. Dia ingat pada kita kerana itu Dia mahukan kita sentiasa ingat pada Nya, agar kita tidak jauh dari jalanNya. Justeru itu sentiasalah memohon yang terbaik pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah.

Kerjakanlah setiap sesuatu itu dengan amanah dan niat ikhlas kerana ALLAH swt…pasti semuanya akan baik dan berjalan dengan lancar. Pedulikan apa kata orang, yang penting itu apa kata Allah terhadap kita yang diberi amanah ini....Manusia tidak pernah berhenti untuk berkata. Kita sendiri tahu siapa diri kita, Allah tahu siapa diri kita. Itu yang utamanya. Selamat berjuang....

p/s: Bukan mudah hendak berhadapan dengan manusia
yang bermacam ragam dan karenah.
Sabar itu tindakan yang bijak.

Miaooo dah tak ada...

Miaoo....
Ya Allah, baby dah meninggal...Baru sahaja ingat kat baby.. Tapi dapat khabar dah meninggal. Tak sepat jumpa. Kesian baby kemalangan digilir tayar kereta. Masa hidup baby, baby manja sangat, lari sana, lari sini. Panjat-panjat... Pantang tengok orang makan, mesti nak jengah dalam pinggan apa yang kami makan. Bila malam bukan main atktif lagi dia dengan si manja tu..Dua beradik bergurau..Rindunya pada baby. Baby dalam kenangan. tak tahu lah kenapa sedih saja rasa ni. Sebab bela sejak dia lahir. Akhirnya umurnya tak panjang.  Nanti mesti manja bosan. Dah tak ada kawan bergurau. Dah lah itu kakak dia....
   p/s: Nak Nangislah....

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Dalam tidak sedar terlalu pantas masa berlalu. Hari ini kita kita bakal melangkah ke tahun baru. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.. Bukannya masih kekal di takuk lama tanpa ada secebis kekesalan. Dengan berbekalkan nikmat akal, menanam azam untuk melakukan transfomasi terhadap diri. Hiba yang teramat tatkala mengenang kembali dosa-dosa lalu, diri dalam kelalaian. Sesungguhnya aku adalah orang yang rugi. Masih belum terlambat lagi untuk kembali ke jalan-Nya. Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Namun terdetik di hati ini layakkah aku masuk syurga??? 

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.


Manfaatkan Dua Bibirmu


Bibir merupa antara nikmat pancaindera yang Allah kurniakan untuk kita. Sama ada kita perasan atau tidak, atau mungkin sengaja membuat tuli. Kita makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna. Bibir pelengkap wajah, memudahkan kita melontarkan kata-kata, tertawa tersenyum riang. Syukurilah nikmat ini dengan memanfaatkan kedua bibirmu. Gunakanlah untuk beribadah kepada Allah. Janganlah mengerakkannya kecuali untuk membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah dan berkata-kata baik dan bermanfaat. Bukanlah menggunakannya untuk perkara yang sia-sia. Kekanglah kedua bibir itu dari berkata-kata kotor, berkata-kata nista, mencium sesuatu yang tidak halal bagi kita sebagai Islam, dan banyak lagi. 


Tanpa sedar lancar bibir menuturkan kata-kata,
Tanpa sedar ada hati yang terguris,
Tanpa sedar ada yang bertelingkah,
Tanpa sedar tersenarai anak derhaka,
Tanpa sedar menjadi pendusta,
Tanpa sedar diri bergelumang dalam noda.

Merah munggilnya bibir bak delima, manis dilihat namun siapa duga racun berbisa. Kerana mulut badan binasa. Silap bertutur, bahanalah diri....mungkin tidak menduga, hanya bibir boleh menyebabkan diri terjerumus dalam neraka jahanam.  Mungki ia perkara yang remeh temeh. Namun andai ia sekecil zarah jika dikumpul akan membukit jua.... Jagalah bibirmu. 

"Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan menggerakkan kedua bibirnya untuk berzikir kepada-Ku"
(HR Ibnu Majah)

p/s: Ingatlah Allah, sekali kita ingat Allah...berganda-ganda Dia mengingati kita. Muhasabah diri ini jua, tak sedar diri dalam keadaan yang lalai.

Penceraian terpantas..


Dasyat...baru saja lepas nikah..tup-tup cerai...
Tanggal 11.11.11 sangat istimewa dan tidak mungkin kita jumpa  selepas ini. Para mempelai memilih tarikh bersejarah ini untuk mendirikan mahligai indah hasil cinta mereka yang telah disemai. Namun apa yang terjadi pada pasangan ini sangat mengejutkan.

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.
Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.
Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.
"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.
Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. [Sumber]
Berani sungguh pengantin perempuan.. Menegakkan kebenaran. Sememangnya hantaran bukanlah perkara yang wajib dalam pernikahan. Yang pentingnya akad nikah itu sendiri dan mas kahwinnya.  Secepat kilat penceraian terjadi. Siapa boleh jangka...
p/s: Takut plak dengar kes cerai berai ni....

Mengapa Allah Mengutuskan Malaikat Mengajar Ilmu Sihir?

Sepertimana yang ita ketahui bahawa Allah telah mengangkat Nabi/Rasul dari golongan manusia untuk memberi peringatan dan mengajar manuisa pelbagai ilmu. Tetapi untuk mengajar ilmu sihir Allah tidak mengangkat golongan manuisa tetapi malaikat.

Ini kerana malaikat tidak dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan. Malaikat tidak memerlukan daya khidmat dari tukang sihir itu kerana sifat malaikat yang diciptakan dengan tidak ada nafsu, tidak ada padanya perasaan iring hati, dengki, cinta dan lain-lain seperti manusia. Jadi hal ini tidak menjadi salah faham terhadap manusia, bahawa kedua malaikat itu menggunakan ilmu yang diajarkan.

Seandainay Allah mengutuskan golongan manusia untuk mengajar ilmu sihir, sedangkan Rasul dari golongan  manusia adalah menjadi contoh teladan dan dari ajaran yang dibawanya bagi meyakinkan manusia bahawa semua ajaran yang dibawa adalah baik dan bermanfaat bagi manusia keseluruhannya.
Manusia akan berkata, "Kami telah mendapat pelajaran dari Allah, Rasul itu merupakan contoh terbaik teladan bagi kami, kami mengikut jejaknya dan mengamalkan ajarannya (ilmu sihir) itu."

Maka itulah sebabnya Allah mengutuskan malaikat untuk mengajar ilmu sihir kepada manusia kerana malaikat bukanlah contoh teladan bagi manusia dan waktu yang sama Harut dan Marut telah memperingatkan orang-orang yang belajar kepada keduanya, bahawa ilmu itu (sihir) adalah fitnah yang menjerumuskan kepada kekafiran.

Dengan demikian ilmu yang diinginkan kepada manusia telah sampai dan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah sendiri dan dikatakan bahawa sihir itu adalah satu kejahatan dan bencana kekafiran.

p/s: Meniti waktu....

Kisah Sihir Malaikat Harut dan Marut

Bilakah bermulanya sihir? Tidak ada manusia yang mengetahui bilakah secara pasti bermulanya sihir. Sebahgian kitab menyebutkan bahawa sihir bermula sejak malaikat harut dan marut mengajarkan sihir pada manusia. Ada juga mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan ada pula yang mangatakan sejak Nabi Saleh a.s dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Sebenarnya pekerja tukang sihir dibantu oleh jin yang memang menyesatkan manusia. Nyatanya juga, semua pekerja sihir tidak akan terjadi tanpa izin Allah juga. Untuk mengetahuan sebenarnya tentang sihir kepada manuisa, Allah swt mengutuskan dua malaikat Harun dan Marut di negeri Babiil. Kedua malaikat ini mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir.

Apakah gunanya manusia diajar ilmu sihir?
  • Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya Nabi.
  • Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapat dipelajari dan boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tukang sihir. Tetapi mukjizat tidak dapat dipelajari dan tidak boleh dijadikan bahan tontonan sihir.
  • Untuk memberi penerangan pada manuisai bahawa sebenarnya sihir tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan izin Allah swt.
Dengan tujuan itu Harut dan Marut diutuskan untuk memperkenalkan ilmu sihir kepada manusia. Maka sebelum memulakan tugasnya mengajar ilmu sihir, kedua malaikat itu telah mengatakan kepada manusia, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir." Maksudnya sesiapa yang mempelajari ilmu sihir untuk mencapai keinginan dan kehendaknya ataupun menyakiti seseorang, maka dia telah menjadi kafir.

Malangnya sebahagian dari murid-murid yang diajar oleh malaikat Ahrut dan Marut tidak mengikut arahan mereka, sebaliknya mereka mempergunakan ilmu sihir itu untuk menceraikan pasangan suami isteri dan lain-lain lagi.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa siapa yang menukar (kita Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir, sekiranya mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 102)

p/s: Ilmu sihir itu adalah satu fitnah yang menjerumuskan manusia kepada kekafiran....

Hukum Mencukur Alis

Trend sekarang demi kecantikan dan untuk nampak lebih kemas ramai perempuan mencukur alisnya...
Alis atau lebih senang faham bulu kening. Hal ini seolah-olah menjadi keperluan bagi mereka.  Tapi sedarkah kita bahawa mencukur alis ini hukumnya HARAM bagi wanita muslimah. Tidak kisahlah sama ada cukur dengan mencukur habis, memendekkannya atau menggunakan bahan kimia yang dapat menghilangkan sebahagian atau keseluruhannya. Mengapa jadinya haram? Kerana perbuatan ini disebut an-namsh (menghilangkan alis) yang dilaknat Nabi Rasulullah saw. Baginda sungguh melaknat wanita yang membuang alisnya (keseluruhan atau sebahagiannya untuk kecantikan). Perbuatan ini termasuk MERUBAH CIPTAAN ALLAH. 

Syaitan berbisik keras menyuruh manusia melakukan itu. Katanya sebagaimana diceritakan oleh Allah:
....dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, dan mereka pun benar-benar melakukannya
(An-Nisa': 199)

Mereka yang melakukan ini, yang diminta melakukannya...pakej dua-dua dapat point dosanya. Dosa besar... Para wanita juga tidak boleh menuruti suaminya jika dia menyuruh melakukannya, kerana itu adalah maksiat.

p/s: Peringtan buat saya juga...

Yes, beg baju dah siap kemas....

... Selamat kembali ....


                            
                                         Perpustakaan.
                                          Lubuk ilmu kami....

Kampus Melaka (KAG)
Setelah sebulan bercuti, kini tiba masanya kembali semula ke kolej. Duduk rumah lama-lama tak tahu nak buat apa dah. Takut nak keluarkan perkataan ni... Tapi itulah hakikatnya, agak BOSAN...!!! Kadang-kadang saja rasa macam ni... 

Hihi... Ditanya kawan ada buat fitness tak, dengan bangganya saya jawab...Mestilah!!! Fitness jari, apa lagi mengadap laptop ni ha... Bina sixpack lagi tu..bukan sixpack tp onepack..makan isi perut..Almaklumlah masakan di rumah berbeza dengan masakan kat kedai. Menikmati keseronokan di rumah. Itulah yang bestnye di rumah makan, tengok tv, tidur...Tapi ada lah juga pengisiannya. Tak adalah kosong, terbazir macam itu saja....

Tapi yang seronoknya sekarang, beg baju dah siap kemas. Bukab tak sabar tapi persediaan awal. Walaupun nak baliknya sabtu ni (19/11/2011). Dulu saya ni kerja suka bertangguh, tapi dah ada kesedaran ni, berubahla sikit. Takkanla masih ditakuk lama.

 Abah saya dulu selalu perli saya, "NAK BERAK BARU NAK KOREK LOBANG ...!!!" Minta maaflah bahasanya kasar sedikit tapi itulah perumpamaannya... Apa yang dimaksudkan ialah..contohnya saya ni esok pagi nak balik kolej, tapi malam ni baru nak kemas barang, jam tulah itu tak ada, ini tak ada...kiranya saat-saat akhirlah baru nak buat.. Hebat tak perumpamaan ni???

Jadi bagi mengelakkan dari kena macam tu dan mendatangkan marah pada abah, saya siapkanlah awal-awal... Menyenangkan hati ibu bapa tu kan menjadi kewajiban bagi anak-anak. Kerja siap, hati lapang jiwa pun tenang.....Senyum kan sentiasa terukir di wajah....


Kolej Siswi



p/s: Lapang fikiran...satu kerja dah selesai...

Kaedah Belajar

MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKAN
PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
MENGKAJI DAN MERANCANG
BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
BERTINDAK!!!

Di bilik guru>>
Puan Zarina baru sahaja selesai mengajar. Dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk tiba-tiba dia didatangi oleh pelajarnya.

 "Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu cikgu."

"Waalaikumussalam Lela...tak mengapa. Ada apa yang boleh saya bantu? Awak tak faham tajuk yang saya ajar tadi tu ke?"

"Eh, tak ada lah cikgu...Saya faham sangat apa yang cikgu ajar tadi tu. Cuma.... Cuma saya nak mintak nasihat dari cikgu."

"Nasihat tentang apa tu?"

"Ermm...tentang teknik belajar. Saya nak tingkatkan lagi pelajaran saya. Tapi saya tak tahu cara mana yang betul. Boleh cikgu?"

"Owh, boleh....ha, dengar betul-betul....catat yaaa....

  • MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKANKaedah ini mendatangkan faedah yang banyak pada diri. Tetapi mungkin kita tidak akan mengetahui akan sebenarnya sebalik apa yang dilakukan.
  • PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
    Berbincang dan dengar dari mereka terutamanya pada orang yang mengetahui. Kita patut belajar daripada orang yang tahu dan dia tahu dirinya mengetahui sesuatu perkara. Orang inilah yang dianggap bijaksana.
  • MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
    Untuk memajukan diri sendiri, kita perlulah memperuntukkan masa untuk berfiir dan menghisab diri sendiri serta mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
  • MENGKAJI DAN MERANCANG
    Tidak cukup mendengar dan memerhati sahaja, kita sepatutnya mengkaji tentang potensi diri dan kelemahannya serta membuat perancangan yang sistematik bagi mencapai apa yang kita sasarkan.
  • BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
    Berlatuh dengan apa yang kita ketahui. Pada mulanya kita mungkin melakukan banyak kesilapan tetapi usah patah semangat. Teruskan dan sempurnakan kerja itu sehingga kita bertambah yakin.
  • BERTINDAKUntuk mencapai apa yang kita sasarkan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk ke arah kejayaan. InsyaAllah kita akan berjaya.
Faham, Lela?"

"Ha, baru saya tahu kaedah yang betulnya. Saya faham cikgu. Hihi, selama ni saya bukan peduli semua ni. Bagi saya tiada faedahnya, rupa-rupanya....hihi..."

Kring...!!! Krinnggg!!!! (loceng berbunyi)


"Baguslah awa faham, ermm, saya ada kelas ni, saya pergi dulu ya...Ingat amalkan ilmu ni...dan sebarkannya, jangan tamak...hehehe...Assalamualaikum.."

"Baik cikgu...InsyaAllah...Terima kasih cikgu..Waalaikumussalam..."


p/s: Muhasabah diri yang lalai ini....

Cara Memilih Sahabat

Nasihat ini boleh diikuti dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan Al-Qamah yang merupakan sahabat Rasulullah saw kepada anaknya.


  1.  Pilihlah Sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupkan keperluan.
  2. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantumu, dia suka menerima denga rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghintungnya (menyebut-nyebut dan mengingati).
  3. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau minta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi dengan senang hati. Jikalau engkau diam, dia menyapamu terlebih dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpamu, dia suka membantu meringankanmu dan menghiburkanmu.
  4. Pilihlah Sahabat yng apabila engkau berkata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan mempercayainya saja, jikalau engkau mengemukakan persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika berselisih denganmu, dia suka mengalah demi kepentinganmu.

p/s: Semoga kusentisa di kelilingi oleh sahabat2 yg baik dan 
 membimbingku ke jalan Allah

Demi Matahari


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampilkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah
Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya...
Subhanallah

Album: Di Pintu Langit
oleh Snada

p/s: Lagu ni salu nyanyi ramai2 klu ade kem motivasi

Sedapnya Kalau dapat...


Cendol Pulut...
Sedapnya ....
Di kala kepanasan,
berjalan-jalan di kota, 
di bawah terik sinar mentari, 
kerongkong terasa perit,
Pergghhh...sedapnya cendol buat basah tekak...bukan basah tekak lagi...
Menikmatinya, tak terperi rasanya...bertambah-tambah...

p/s: Lame dah xjmpe cendol ni...

Hidup ini adalah ujian....



Hidup penuh dengan cubaan dan dugaan,
Walau sehebat manapun ujian,
Didiklah diri, ingatkanlah diri bahawa hidup ini adalah ujian....

Kumpulkanlah segala kekuatan untuk menghadapinya....
Tiada kekuatan yang lain selain bersandar kepada Allah swt
Dekatkanlah diri pada Allah swt
Sesengguhnya insan yang kuat adalah insan yang mengaku kelemahan dirinya pada Allah swt.....

  p/s:  Otak kosong ke hati kosong...

Rakan Yang Setia