Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Editlah...


Tanpa sedar, terlalu cepat masa berlalu....jam berputar dengan pantasnya...(perasaan)
duduk mengadap laptop mencuba sesuatu yang baru....minat dan perasaan tahu tentang cara mengedit gambar, membuat banner, poster dan sebagainya mendorong diri ini untuk meneliti apakah fungsi setiap sofware. fikiran ini ligat berfikir macam mana mereka buat semua iklan dan punya gambar-gambar yang cantik. Ke mana sahaja melangkah mata ini liar memerhati papan-papan iklan. Dalam hati terdetik satu hari nanti iklan-iklan ku pula yang bakal terpampang gah di sana sini. Almaklumlah walaupun belajar bahagian pengajian perniagaan, mestilah satu hari nanti produk ku juga perlu dipasarkan dan dipopularkan supaya pembeli/pengguna tahu akan kewujudan produk tu nanti...Urmm...edit-edit gambar ni bukan bidang, diri ini merasakan ia bakal memberi manfaat pada masa akan datang.. Jadi kalau dah ada syarikat boleh edit iklan sendiri, boleh jimatkan kos...hah...


Adob Photoshop CS3

Hah, benda nilah yang duk adab sampai tak perasan masa berlalu.... Sebenarnya cemburu tengok adik-adik pandai edit gambar, edit logo, dan macam-macam lagi. Memanglah itu bidang mereka. Sebab diaorang minat, sanggup tukar aliran sebab minat pada bidang multimedia ni...Haha..malu bertanya sesat jalan...paling kelakar, kejap-kejap tanya adik ni macam mana, eihh, bergalih pula...aduhh...rosaklah...hihihihi..(~_~) photoshop CS3, CS4,CS5, CS6.....banyak lagi belum teroka ni...sempat CS3 saja yang baru jumpa...hhihihih....

.....AKHIRNYA....

Hasilku....

Inilah dia hasil gila-gila ...eiihhh, ceria pula jadinya...apa cerita ni.... Baru percubaan, harap lepas ni dapat hasilkan yang lebih baik, cantik, menarik dan...lebih kreatif..!!!!.....

.................hahahah..................
Tata...(+_+)


Akhlak.....

Mendekati segala kebaikan dan menjauhi segala keburukan.

Sebagian ulamak lain menyatakan bahawa aklah yang baik adalah menahan marah kerana ALLAH, mempamerkan wajah yang berseri kecuali kepada orang keji dan ahli bid'ah, memaafkan orang yang salah kecuali tujuan untuk mendidik, menegakkan hukuman, tidak ganggu orang Muslim dan orang yang terikat dalam perjanjian kecuali ada perubahan yang dilakukanorang mungkar dan ada kezaliaman terhadap orang yang dizalimi.


"Sesuatu yang paling berat dalam timbangan adalah akhlak yang baik."

 Sahabat sekalian...jika kita mahu dihormati, diterima masyarakt dan mendapat redha Allah itu sendiri, kita perlulah mempamerkan akhlak atau perilaku yang baik. Sebaliknya jika kita berakhlak buruk ia akan membawa musibah kepada kita...boleh jadi akhlak yang buruk itu juga akan mendatangkan seksaan di dunia serta di akhirat kelak.

Ingatlah wahai sahabat, dengan berakhlak baik, segala urusan kita akan menjadi mudah, hati yang dibakar amarah akan melunak dan kian bertambahlah orang yang menyayangi serta mencintai kita, maka berkuranglah orang yang memusuhi kita....
Lihat bertapa hebatnya manfaat berakhlak baik, sikit pun tak rugi...
bercakap melalui pengalaman sendiri, bukanlah untuk riak atau meninggi diri namun inilah hakikat. Pernah suatu ketika dimarah, dipandang serong kerana amanah yang besar yang digalas diri ini. Pelbagai cerita di balik cerita, namun dengan berbekalkan keyakinan bahawa diri ini menjalankan kewajiban atas jalan Allah dan niat yang baik biar apa pun kata mereka diri ini tetap membisu.
Diam tidak bermakna salah,
diam tidak bermakna tewas,
diam tidak bermakna pengecut...
Mengambil jalan mudah memuasabah diri sebelum tidur, memaafkan segala salah mereka dan sentiasa tenang serta tabah menghadapi segala cubaan menjadi kunci rahsiah diri ini berjaya mengawal emosi dari terjerumus ke naluri amarah yang memudaratkan itu.

Mungkin kalian boleh manfaatkan ini.....kata-kata ini diamalkan sebelum mata terlelap melayari mimpi indah. Bacalah surah Al-Fatehah, ayat Qursi, 3 Qul dan doa tidur....Imbau kembali segala yang telah kita lalui sepanjang hari, kemudian....muhasabah diri.
"Ya Allah, ampuni segala dosa ku, ampuni dosa-dosa mereka yang menyimpan perasaan marah terhadapku, dosa-dosa mereka yang melakukan kesalahan kepadaku dan Ya Allah, aku redha dan memaafkan segala perbuatan mereka terhadapku. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, dan aku nekad tidak akan mengulangi segala kesilapan serta kelalaianku sepanjang hari ini...Amin."

"Barang siapa yang buruk akhlaknya, adalah sama sahaja dengan dia yang menyeksa dirinya sendiri"

Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat kepada kalian.....


Emosi ku..... (~_~)

Ku mengeluh kesah lagi...
entah apa yang diresahkan...
entah apa yang membebankan kotak fikiran...
Ku letih, ku lelah....
Ku bagaikan orang hilang arah,
perilaku ku seperti kucing kehilangan anak
apa yang mengganggu emosiku...
adakah aku sunyi?
adakah aku rindu padanya?
adakah kerana perutku lapar? (hihihi)
.......Mungkin.......
Tapi ku tidak punya selera makan,
apatah lagi melelapkan mata melupakan segala duka yang menghimpit jiwa...

Kucuba mengawal emosiku...
Kucuba mengisi kebosanan yang teramat dengan ber'FB....

FB....ahhhh...BOSAN....
tengok movie.....main game.....buat kerja rumah...
.....TIBA-TIBA ....
Ku datangi oleh satu mesej..TERKEJUT teramat...
Huh?????
Bila masa pulak ni....Ya Allah...ah, malas nak fikir...
Tapi bila dapat tahu, Ya Allah kenapa buat begini....Ku tidak pernah meminta sekalipun berada dalam keadaan kesesakan, Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ah, sudah!!! Asal emosi sangat ni, tenang....Tapi jawapan dia mengecewakan aku. Aku jadi sebak, sehingga manik jernih gugur dari kolam mata yang tidak mampu ku sekat. Aku ikhlas, tidak pernah mengharapkan balasan, aku senang bersahabat dengannya, kami mesra... Namun, aku malu....malu, bimbang disalah erti, persahabatan yang kuhulurkan niat suci ikhlas lillahi taalla...bukan kerana kedudukan, bukan kerana nilai wang ringgit....
Aku memahami niat ikhlasnya...semoga Allah merahmatinya....
Alhamdulillah..setelah beberapa ketika aku berjaya mengawal emosiku....ini kerana .... kerana apa ?? Apa ya?? hihihhhihi.....entah yang penting dah ok...
Bila difikirkan balik...apalah otak aku ni tak betul....suka bertindak melulu....ubah tu..tak bagus untuk masa depan.... Nanti nak atau dah kahwin susah...
.............Hahahahaha..............
sebagai hamba Allah...walau macam mana sesak pun dada, seksenya rasa hati, bimbangnya dipermainkan...kita harus berfikir dengan tenang dan waras di samping doa dan harapan kepada Allah yang Esa...pokok pangkalnya berbaliklah kepada agama....InsyaAllah selamat dunia akhirat..AMIN...


......dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka...... (surah Al-Mu'Minun 44-45)

Oh..Tuhan limpahkan kurniamu, kuatkanlah aku, lapangkanlah hatiku...hanya pada Kau yang satu tempat ku meminta dengan penuh pengharapan.... Ku yakin pada-Mu ALLAH... amin...


Rindu pada MEREKA

ieya zainudin

izryn
Myra Rohani

Salehah
Baru 3hari tak jumpe ni...camne ni dah rindu kat kekawan..nak-nak teman sebilik & jiran bilik depan...senang cite bebudak level lah....gelak tawa, gurau mersa menjadi memori indah kami sebagai penghuni kolej teja...hah "kolej teja" cm boleh jadi tajuk cite filem seram je ni...kolej teja tersembunyi seribu rahsia di sebalik cerita...hahahha..merepek je..   

Kalian insan istimewa yang pernah kutemui...
Tempatku mengadu duka
Tempahku berkongsi suka
Tempat bergurau senda berjenaka
Kalian sentiasa membuatku tersenyum riang....
Ku yang pada asalnya seorang yang mudi bertukar pelawak...
hahaha ( gelak senang)
Kini ku bersikap keanak-anakan, di samping belaian manja kalian....
Sakit peningku dijaga penuh berhemat..
Tatkala ku dalam leka kalian mengingatkanku 
Tatkala ku kesedihan bahu kalian menjadi tumpangan tadahan butir mutiara..
Tidak pernah sedikitpun kalian berkira
Nadia Yusra
Syafira Indah
adilah kamarulzaman

seri ayu
Juadah makanan dikongsi bersama
Segalanya kita lalui bersama....
Tidak dapat ku bayangkan sekiranya kita berpisah kelak...
Kenangan kita kan sentiasa tersemat dalam sanubari....


<<<TERIMA KASIH KEKAWAN>>>

"SAHABAT YANG BAIK, APABILA DIPANDANG WAJAHNYA, MEMBAWA MENGINGATI ALLAH, MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAHKAN ILMU, TERLIHAT GERAK GERINYA MENINGGIKAN RASA TAKUT KEPADA ALLAH, BERKAWAN DENGANNYA BERJUANG KE JALAN ALLAH"                 

             

17/07/2011

Sebenarnya tak tahu apa yang hendak di coretkan di dalam ruangan kali ini...namun, husna tetap mencuba....
 Di pagi yang dingin ini jari jemari pantas menari-nari menaip baris kata-kata...
Halwa telinga memecah suasana hening malam...
Ku terdiam sejenak mencari buah fikiran...
Apa yang hendak dibicarakan...
Bimbang tersilap cuit ada yang melatah...
Sepanjang hari ini tidak banyak yang telah ku alami.
Masa seharian dihabiskan bersama keluarga tercinta. Pergi walimatus'urus sahabat abah...Ermmm...satu hari itu pasti...tatkala itu abah pula yang bertungkus lumus untuk majlis anak-anaknya. Sape yang selamat dulu tak tahulah, jangan ada yang langkah bendul sudahlah...Hihihi..kawan-kawan abah menegur , " tak pernah nampak pun, anak dara kau eihh?" hahahahah...dah besar dah eik," tak buleh menyombong taknak keluar rumah pergi majlis orang, esok bila kita kahwin tak pula orang yang datang..." ingat lagi pesan Mak Ngah. Bukan sombong Mak Ngah oiiii, cuma segan, almaklumlah anak dara..ada aje mata yang memandang, tu yang tak suka...elak maksiat kononnya...(alasan)...
Malam, teman abah pergi beli barang di Mydin MITC...ramainya orang...kami beli keperluan dapur, selesai terus balik rumah.  Fuhh..balik rumah basuh ayam, adun tepung goreng tambah sikit serbuk kari & sebuk cili celup ayam terus goreng..
wahhh..makan gitu je cecah sos....dap, dap, dap....hihiih :)

....Ayam Goreng....
Dalam waktu yang sama sebenarnya ku merasakan ada suatu perasaan halus yang mengusik jiwa, masa bagaikan terlalu singkat. Tanpa sedar telah 3tahun lebih persahabatan kami berlangsung..Kemesraan yang tersemai melahirkan rasa bimbang kehilangannya... Terasa sebak diri ini entah mengapa. Yang pasti doa dan harapan semoga dia sentiasa sihat sejahtera dan selamat dari segala malapetaka serta godaan duniawi..Moga ditetapkan hati, ditetapkan imannya dan rasa kecintaannya pada Allah swt, pada rasul-rasul, pada Islam, pada negara, pada keluarga serta masa depannya dunia akhirat..amin....akanku kenangmu dalam doa-doaku sahabat....

p/s: ummm..da tarak tau mau tulih apa nih...sampai sini jelah cek jah oiii....
(*_*)

Ilmu & Pendidikan

Tamadun Islam ,Pemikiran & Sejarah Perkembangan (CTU151) .....sem ni subjek agama yang diajar menjurus ke arah sejarah tamadun... Time cuti nilah masanya nak buat segala tugasan yang tertunggak. Tapi semuanya melibatkan tugasan berkumpulan. Ada dua tugasan, satu kertas kerja, satu lagi pembentangan. Yang kertas kerja dah selamat dihantar kepada pensyarah, tajuknya Adat Istiadat Melayu: Bertentangan dengan Islam atau Seiring? Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama dari ahli kumpulan, semuanya berjaya disudahkan.
Bermula 2.00-7.15pm...Fuhhhh...lega siap juga powerpoint untuk pembentangan naik cuti ni nanti. Segala isinya adalah seperti yang berikut ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Definisi Ilmu
·         Dari segi bahasa :
 (Bahasa Arab) ‘Alima – Pengetahuan.
 (Kamus Dewan 1970) – Pengetahuan bidang-bidang dunia & akhirat, zahir & batin.
 (Kamus Dwibahasa 1985) – Knowledge dan science :  Pengerthuan yang sistematik yang boleh diuji kebenarannya.
·         Dari segi Istilah: Cahaya dan petunjuk dari Ilahi.
Imam Syafie berkata, “ Aku mengadu kepada Waki’ tentang lemahnya ingtanku. Dia menasiahti aku supaya meninggalkan maksiat kerana ilmu itu (cahaya) dan nur Allah tidak akan diberikan kepdada orang yang melakukan maksiat.”
(Syed Muhammad Naquib Al- Attas) – Ketibaan makna hasil dari maklumat yang benar ke dalam diri sesorang.

Hierarki Ilmu Menurut Islam
Wahyu
ž  Sumber utama ilmu pengetahuan.
ž  Adalah pemberitahuan daripada Allah SWT kepada seoarnag hamba-Nya dengan secara sulit dan rahsia berlainan apa yang dialami oleh manusia biasa. (Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya serta nabi-nabi terdahulu)
ž  Teras kepada segala ilmu.
ž  Al-Quran merupakan rujukan terpenting dalam semua aspek kehidupan manusia termasuk perkara-perkara ghaib.
Pancaindera
ž  Sumber pengetahuan yang penting meliputi sentuhan, ciuman (bau), penglihatan, pendengaran, dan deria rasa.
ž  Memudahkan untuk berinteraksi dengan alam sekeliling.
ž  Cara mendapatkan ilmu secara percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.
Akal
ž  Sumber utama pengetahuan manusia.
ž  Membeza antara manusia dan haiwan.
ž  Punca lahirnya sesebuah tamadun.
ž  Menimbang dan membezakan antara baik buruk.
ž  Gunakan akal semaksima mungkin untuk sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan.
         Allah menggalakan manusia agar supaya memerhatikan alam sekililing mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.
Intuisi atau Ilham
ž  Dalam Islam, ilham dikenali dengan istilah “firasat” atau pandangan basirah (tembus mata) yang dikurniakan oleh Allah kepada para ulamak.
ž  Diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu.
ž  Pendapat sarjana ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan tidak formal. ( Pertukangan dll)
ž  Ilmu perubatan, matematik,dan undang-undang adalah antara ilmu yang sumbernya dari tulisan.
ž  Ilmu daripada kajian sejarah. (Kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku)

Klasifikasi Ilmu
ž  Menurut termonologi Islam idak wujud klasifikasi ilmu, antara ilmu agama dan bukan agama tetapi yang wujud ialah penjenisan ilmu antara ilmu naqli dan aqli atau fardu ain dan fardu kifayah.
 (Abdullah Ishak, 1989)
Fardu Ain
ž  Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim mempelajari dan mengamalkannya.
ž  Merupakan ilmu-ilmu asas.
ž  Menjadi dasar kepada ajaran Islam seperti ilmu yang berkenaan akidah, ibadah, syariah, dan akhlak.
ž  Wajib bagi mereka yang telah akil baligh.
Kelebihan Ilmu fardu Ain
ž  Boleh memperbaiki pegangan agama dan keyakinan serta membentuk peribadi yang sempurna secara lahiriah mahupun rohaniah.
ž  Boleh mengenal Allah, mengetahui peraturan dan syariat-Nya dalam rangka mengabdikan diri kepada-Nya.
ž  Mendorong seseorang itu melakukan kebaikan terhadap masyarakat menurut lunas-lunas yang diredhai Allah.
Fardu Kifayah
ž  Diwajibkan ke atas masyarakat Islam mempelajarinya secara kolektif.
ž  Cukup jika ada seorang daripada satu kumpulan orang Islam yang belajar ilmu itu dan semua orang dalam kumpulan itu terlepas daripada dosa.  Sebaliknya jika tidak ada seorang pun dalam kumpulan itu yang mengetahui ilmu ini, maka semua orang dalam kumpulan itu berdosa (Al-Ghazali, 1988).
Kelebihan Ilmu Fardu Kifayah
ž  Bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan masyarakat Islam.
ž  Untuk memenuhi segala keperluan masyarakat Islam tanpa bergantung kepada pihak lain.
ž  Dengan bergantung kepada orang lain dapat membendung pemikiran, kretiviti dan daya usaha umat Islam dari hidup berdikari, benas dan maju bahkan boleh melemahkan pegangan umat Islam terhadap ketinggian dan kemajuan Islam itu sendiri. (Abbullah Ishak, 1989)

Kesimpulannya
ž  Perlaksanaan kedua-duanya haruslah berjalan seiring, serentak, seimbang dan sepadu sepertimana bersepadunya unsur-unsur akal, ruh, dan jasad yang terdapat dalam diri seseorang manusia.
ž  Atau lebih jelas lagi, di samping membangunkan modal insan dengan unsur-unsur spiritual dan intelektual, aspek-aspek fizikal dan material yang membangunkan masyarakat dan negara tidak boleh diabaikan.
SEKIAN


Ha!!!! Itulah dia... ringkas sangat. Huraiannya masa pembentangan tulah... Semoga kami dalam keadaan tenang dan lancar berkata-kata...
Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya: " Menuntut ilmu itu adalah wajib keatas tiap-tiap orang Islam." (Riwayat ibnul Abdil Barr)

 Selagi kita bernafas, selagi itulah kita berlajar. Tidak pernah terhenti malah ada yang mengatakan di dalam tidur sekalipun kita berlajar. Ilmu Allah itu luas, ibarat setitik air di lautan begitulah perbandingan antara ilmu kita dengan Allah... Tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahat....  
    
TERIMA KASIH kekawan ye..... (*_*)
ahli kumpulan


Tuhan Beri Aku Cinta




Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta 


(Lirik Lagu Ayu Shinta - Tuhan Berikanlah Aku Cinta)







video

Cinta dari Allah Cinta suci, Cinta pada Allah Cinta yang paling Agung...tiada apa yang dapat menafikannya....
Cinta pada manusia datang silih berganti, didatangi niat yang salah, Cinta kerana nafsu.... Ku mencari Cinta yang hadir kerana keikhlasan yang hakiki... Bercintalah dengan Allah, Cintailah Rasulullah, teladanilah kisah-kisah umat terdahulu, jadilah sehebat isteri-isteri Rasulullah, contohilah akhlak Siti Khadijah....
Mampukahku berbuat sedemikian??? "Tepuk dahi tanyalah akal, tepuk dada tanyalah iman..."

"Apabila kita mencintai Allah, secara tak langsung kita mendapat cinta dari manusia"


KoPi

Kopi..cam sedap je kalau dengar... errmmhh.. terliur, tapi tu pada pengemarnyalah..... Saya sangat gemar minum kopi. Kalau rakan-rakan tanya ada tak milo, oat, atau apa-apa, jawapan saya sudah pasti ''takde laaa," almaklumlah saya sangat gemar minum kopi.... Masa duduk asrama dulu, minuman rutin saya kopi mix kacip fatimah tu... fuhhhh, lega sangat tekak ni dapat kopi, segar biji mata....
Tapi peliklah ramai yang cakap kopi tu tak baik untuk kesihatan, nak-nak perempuan.. Ada pula yang kata minum air kopi ni bagus untuk kesihatan, boleh elakkan atau sembuhkan penyakit barah la, itu la, inilah...


Disebabkan persoalan inilah yang mendorong saya untuk mengetahui khasiat kopi ni.
Kopi adalah antara minuman yang paling sihat di dunia... Kenapa ya???
Apakah Kopi Itu Tidak Sihat?

Sebab... 

Penelitian yang ada saat ini membuktikan bahwa peminum kopi antara 2-3 gelas sehari akan mendapat berbagai manfaat antara lain:
  1. Penurunan kejadian kanser:
    ● kanser rongga mulut turun hingga 40%
    ● kanser usus besar hingga 25%
    ● kanser prostat
    ● kanser kulit
  2. Penurunan kejadian sirosis hati hingga 80% (walau ini masih diperdebatkan)
  3. Penurunan kejadian diebetes mellitus /kencing manis hingga 50%
  4. Penurunan kejadian demensia Alzheimer (kepikunan) hingga 30-40%
  5. Menurunkan kejadian serangan jantung hingga 32%
  6. Sebagai obat migren karena bersifat menahan pelebaran pembuluh darah otak
  7. Menurunkan kejadian batu hempedu karena meningkatkan aliran empedu ke usus
  8. Dan masih banyak khasiat kopi yang lain.
Apa yang membuat kopi memiliki khasiat tersebut? Ini karena banyak campuran senyawa yang memberikan efek protektif dalam campuran kopi.
  • Penelitian di Amerika menunjukkan bahwa secangkir kopi memiliki kadar antioksidan yang lebih tinggi dari jus cranberry, teh, dan coklat.
  • Kafein yang terkandung dalam kopi memiliki efek stimulan dan hal ini juga mencegah proses degenerasi pada kepikunan.
  • Polifenol dalam biji kopi mempunyai efek anti radang dan mencegah kejadian serangan jantung, stroke, dan kanker.
Namun apakah semua kopi sama memberikan khasiat tersebut? Jawabannya tidak. Khasiat kopi tidak didapatkan pada kopi instan yang sudah tidak memiliki ampas. Mengapa demikian? Karena pada pemrosesan kopi instan, kulit ampas kopi yang mengandung senyawa di atas terbuang sehingga Anda hanya akan mendapatkan efek kafein saja.
Namun ada beberapa hal yang perlu diperhatikan sebelum Anda langsung mengambil cangkir kopi. Bagi penderita sakit maag, kopi dapat menimbulkan masalah yaitu rasa nyeri karena peningkatan keasaman lambung. Bagi penderita hipertensi, kafein dapat meningkatkan tekanan darah antara 10-20 mmHg, sehingga harus hati-hati dalam konsumsi kopi. Perlu juga diperhatikan konsumsi gulayang menyertai kopi, bila berlebih tentu memberikan efek tidak baik.
Jadi, jangan takut untuk mengkonsumsi kopi, namun kenali kopi mana yang baik untuk Anda konsumsi.
(Rujukan DennySantoso.com)

Saya ni kalau tak dapat kopi atau paling kurangpun nescafe la an, badan lemau semacam, lembik habis, kadang sampai tumbang lelap terus. Err..saya perasan tu, jadi saya perlu kurangkan pengambilan kopi, sebab kalau minum, malam mesti berjaga, kalau tak minum, pantang pula ada masa lapang mesti lelap... Aiiyyaaa.... hihihi..kadang sampai kena marah dengan kawan.... urrmm, entahlah labu, minum teh kang angin pula badan ni..apo-apo jo lah minah.....hahaha.. :)

Hormati Guru

     Sikap pelajar zaman sekarang semakin biadap. Ermm...itu persoalan atau kenyataan ya...???
Guru mengajar di hadapan, sebaliknya pelajar di belakang bersuka ria gelak ketawa. Entah apa yang menarik yang diceritakan tak siapa tahu. Mereka sendirilah yang mengetahuinya. Mungkin perasaan kurang berminat terhadap subjek berkenan,  tak suka guru yang mengajar atau sememangnya langsung tiada hati untuk berlajar. Datang ke kelas hanya semata-mata ingin memenuhkan rekod kehadiran atau mungkin desakan keluarga antara alasan yang sering diberi oleh pelajar itu sendiri. Tetapi bukan itu pemasalahannya, sekalipun tidak suka hendak berlajar, perlukah bersikap biadap terhadap guru? Kalaulah guru pun sudah mereka bersikap demikian apatah lagi pada masyarakat pula.
    Guru merupakan manusia yang harus kita hormati kerana ilmu yang mereka miliki. Tanpa guru siapalah kita.... Beradanya kita hari ini adalah hasil didikan guru.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda:

 Masudnya: Kelebihan orang yang berilmu berbanding 'abid samalah seperti bulan purnama berbanding segala bintang. (Sunan Abu Daud dan Sunan Al- Tirmizi)

 Melalui sebuah hadis yang lain pula Baginda menjelaskan: 

Maksudnya: " Sesungguhnya malaikat mengebangkan sayapnya ke atas orang yang mempelajari ilmu sebagai tanda reda terhadap apa yang diusahakannya dan bagi orang yang berilmu pula, setiap mahkluk yang berada di langit dan juga makhluk yang bumi termasuklah juga ikan di dasar laut, memohon keampunan uuntuknya. Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid samalah seprti kelebihan bulan pada malam ia mengambang penuh ke atas bintang. Sesungguhnya ulama' merupakan pewaris para Nabi dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham bahkan mereka mewariskan ilmu dan sesiapa yang berusaha mendapatkannya, maka ia memperoleh bahagian yang amat besar." (Imam Ahmad dalam Musnadnya dan Ibn Hayyan dalam Sahihnya)

    Kelebihan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw ini ternyata disebabkan oleh manfaat ilmu yang disampaikan oleh orang yang berilmu. Kelebihan guru seringkali dibicarakan sehingga pujangga turut mengibaratkan bintang di langit yang menerangi kegelapanan di laut dan juga di darat. Justeru itu, seseorang pengembara di laut akan tersesat jalan atau hilang arah jika bintang di dada langit menghilang. Demikianlah juga ibaratnya kehidupan  manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan lalu akhirnya tersesat jalan. Secara ringkasnya kita dapat bertapa tingginya darjat seorang guru. Dan mereka seharusnya kita muliakan.


"Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu."

Ingatlah wahai sahabat sekalian hormatilah guru kalian, tak rugipun malah akan lebih dingati guru serta disayangi guru... Ha..kalau guru ingat kita, tandanya kita murid yang bertuah, kerana guru memiliki bilangan pelajar yang sangat ramai. Bukan senang guru nak ingat satu persatu anak muridnya. Tapi biarlah guru itu ingat kita dengan perkara yang baik, bukan sebagai murid atau pelajar yang nakal dan biadap. Doa seorang guru terhadap anak murinya berkat tau... hihihihi..Ingat kawan-kawan....

Kita sebagai pelajar tidak seharusnya bersikap biadap terhadap guru yang telah banyk berjasa kepada kita. Terima setiap teguran guru, kerana itu mungkin sebagai satu ujian sebagai pedoman dan pengajaran buat kita sebelum menghadapi ranjau hidup dunia yang sangat luas ini. Masih banyak yang belum kita terokai. Mereka terlebih dahulu makan garam dari kita. Jadi terimalah seikhlasnya tanpa ada perasaan dendam atau benci. Kita perlulah sentiasa memaafkan guru kita dan sentiasa bersikap sopan terhadap mereka. (*_*) 







Rakan Yang Setia