Bertaubatlah

"Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah radiyallahu 'anha: 'Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."

Walau sebesar manapun kesalahan atau kesilapan kita, yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun, Dia pasti menerima taubat anda, sesungguhnya, tidak ada yang boleh memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada hari kiamat kecuali orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, yang terdapatnay keikhlasan kepada Allah swt semata-mata dan berusaha untuk menjauhi segala yang dibenci-Nya.
Firman Allah:

Ertinya: '' Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-ku yang melampaui batas terhadap mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Az-Zumar: 53)

   Bertaubat kerana dosa besar atau kesalahan termasuk sesuatu yang wajib dilakukan secara langsung dan terus menerus, baik dosa kecil mahupun besar. Ingatlah kita hidup di dunia ini hanya sementara, apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman dari Allah swt. yang bersifat sementara, sebaliknya amalan kitalah yang menjadi bekalan kita di akhirat kelak, amal kebaikanlah yang akan menyelamatkan kita dari terjunam ke neraka jahanam. Akhirat adalah kehidupan kita yang abadi. Mati itu pasti !!! Saat kematian menghampiri, tidak ada apapun yang dapat dijadikan perlindungan, tidak cepat dan tidak akan terlewat walau sedetik sekalipun. Tanpa kesedaran terhadap apa yang telah Allah peringatkan, penyesalan teramatlah besar pada mereka yang telah Allah peringatkan itu. Sesungguhnya tergolong di kalangan orang rugi kerana tidak penuhi seruan itu.

  Kita harus merasa menyesal kerana telah melakukan kesilapan atau dosa tersebut. Penyesalan itu adalah taubat. Kita harus meninggalakkan segala perkara yang boleh meendorong kita daripada mengulangi kesilapan tersebut. Segalanya haruslah dengan tulus ikhlas dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Dalam masa yang sama kita perlulah mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan sentiasa melakukan amalan yang soleh agar dapat mengapuskan amal-amal yang buruk.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?