Hormati Guru

     Sikap pelajar zaman sekarang semakin biadap. Ermm...itu persoalan atau kenyataan ya...???
Guru mengajar di hadapan, sebaliknya pelajar di belakang bersuka ria gelak ketawa. Entah apa yang menarik yang diceritakan tak siapa tahu. Mereka sendirilah yang mengetahuinya. Mungkin perasaan kurang berminat terhadap subjek berkenan,  tak suka guru yang mengajar atau sememangnya langsung tiada hati untuk berlajar. Datang ke kelas hanya semata-mata ingin memenuhkan rekod kehadiran atau mungkin desakan keluarga antara alasan yang sering diberi oleh pelajar itu sendiri. Tetapi bukan itu pemasalahannya, sekalipun tidak suka hendak berlajar, perlukah bersikap biadap terhadap guru? Kalaulah guru pun sudah mereka bersikap demikian apatah lagi pada masyarakat pula.
    Guru merupakan manusia yang harus kita hormati kerana ilmu yang mereka miliki. Tanpa guru siapalah kita.... Beradanya kita hari ini adalah hasil didikan guru.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda:

 Masudnya: Kelebihan orang yang berilmu berbanding 'abid samalah seperti bulan purnama berbanding segala bintang. (Sunan Abu Daud dan Sunan Al- Tirmizi)

 Melalui sebuah hadis yang lain pula Baginda menjelaskan: 

Maksudnya: " Sesungguhnya malaikat mengebangkan sayapnya ke atas orang yang mempelajari ilmu sebagai tanda reda terhadap apa yang diusahakannya dan bagi orang yang berilmu pula, setiap mahkluk yang berada di langit dan juga makhluk yang bumi termasuklah juga ikan di dasar laut, memohon keampunan uuntuknya. Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid samalah seprti kelebihan bulan pada malam ia mengambang penuh ke atas bintang. Sesungguhnya ulama' merupakan pewaris para Nabi dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham bahkan mereka mewariskan ilmu dan sesiapa yang berusaha mendapatkannya, maka ia memperoleh bahagian yang amat besar." (Imam Ahmad dalam Musnadnya dan Ibn Hayyan dalam Sahihnya)

    Kelebihan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw ini ternyata disebabkan oleh manfaat ilmu yang disampaikan oleh orang yang berilmu. Kelebihan guru seringkali dibicarakan sehingga pujangga turut mengibaratkan bintang di langit yang menerangi kegelapanan di laut dan juga di darat. Justeru itu, seseorang pengembara di laut akan tersesat jalan atau hilang arah jika bintang di dada langit menghilang. Demikianlah juga ibaratnya kehidupan  manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan lalu akhirnya tersesat jalan. Secara ringkasnya kita dapat bertapa tingginya darjat seorang guru. Dan mereka seharusnya kita muliakan.


"Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu."

Ingatlah wahai sahabat sekalian hormatilah guru kalian, tak rugipun malah akan lebih dingati guru serta disayangi guru... Ha..kalau guru ingat kita, tandanya kita murid yang bertuah, kerana guru memiliki bilangan pelajar yang sangat ramai. Bukan senang guru nak ingat satu persatu anak muridnya. Tapi biarlah guru itu ingat kita dengan perkara yang baik, bukan sebagai murid atau pelajar yang nakal dan biadap. Doa seorang guru terhadap anak murinya berkat tau... hihihihi..Ingat kawan-kawan....

Kita sebagai pelajar tidak seharusnya bersikap biadap terhadap guru yang telah banyk berjasa kepada kita. Terima setiap teguran guru, kerana itu mungkin sebagai satu ujian sebagai pedoman dan pengajaran buat kita sebelum menghadapi ranjau hidup dunia yang sangat luas ini. Masih banyak yang belum kita terokai. Mereka terlebih dahulu makan garam dari kita. Jadi terimalah seikhlasnya tanpa ada perasaan dendam atau benci. Kita perlulah sentiasa memaafkan guru kita dan sentiasa bersikap sopan terhadap mereka. (*_*) 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?