Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia...
 Kepada kaum keluarga, sanak saudara,kekasih hati, guru-guru, sahabat handai & rakan taulan... Ku susun sepuluh jari, dengan rasa rendah diri & kecil moleknya...ingin memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan, sama ada zahir mahupun batin... 
Mohon dihalalkan segala yang termakan , terminum, terpakai ke....dunia akhirat  minta halal ye...



Bersempena bulan yang barakah lagi meriah dengan senyuman di hari raya ini...kerana kemenangan setelah berpenat lelah menahan nafsu nafsi...janganlah kita lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik di hari raya.... Marilah kita sama-sama berkongsi dengan mereka, agar mereka turut merasai bahang kemeriahan hari raya... ha, peringatan zakat dah bayar ke belum?!! hahaha....

Semoga Aidilfitri pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini...dan mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah...Diharap juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kekeluarga, rakan-rakan serta keluargaku bersama "Si Dia"...hihihi...amin insyaAllah...

p/s: tahun ni raya dengan bukulah.... (~_~) 

Apam Seri Ayu




Bahan-bahan:

 3 biji telur
 240 gram gula
 240 ml santan atau susu segar
1 sudu makan jus pandan
270 gram tepung gandum
 1 sudu teh ovallate
1 sudu makan tepung kanji
1 biji kelapa muda parut (ambilputih sahaja)
 Garam secukup rasa

Cara :
1) Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
2) Masukkan santan/susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati.
3) Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
4) Gaul rata kelapa dan garam.
5) Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat.
6) Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
7) Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.
Sedia untuk dihidangkan.


Popia Goreng



Bahan-bahan:

 Kulit popia saiz besar
 1 biji telur (pukul)
 ½ batang lobak merah
 1 keping tahu (goreng dan cincang)
 ½ biji sengkuang
2 sudu udang kering (tumbuk)
1 cawan kobis (sagat)
1 labu bawang besar (cincang)
 3 ulas bawang putih (cincang)
 1 biji cili merah (cincang)
1 sudu teh garam
 ½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Untuk sos :
 3 biji cili merah
1 sudu makan cili mesin/giling
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu makan cuka
 3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung
½ cawan air
Cara :
1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2) Masukkan udang kering, lobak merah, tahu, sengkuang, cilimerah, garam dan sayur
kobis. Masak sehingga layu .
3) Angkat dan ketepikan.
4) Bentang sehelai kulit popia.Letakkan bahan yang telah dimasak dan lipat serta
gulungkan. Buat sehingga habis.
5) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing. Angkat dan tos.

Untuk sos :
1) Mesin semua bahan dan didihkan sebentar.
2) Hidang bersama popia goreng.

Sedia untuk dihidangkan.


Lompang Berlauk / Acar Berlauk




Bahan-bahan:
Untuk inti :
 1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar (potong dadu)
 1 ulas bawng putih (cincang)
 1 sudu makan rempah kurma
 1 sudu makan minyak
 1 sudu teh garam
1 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah

Untuk lompang :
 2 cawan tepung beras
 4 cawan santan suam
 ½ sudu teh kapur
 1 sudu teh garam
Cara :
Untuk inti :
1) Panaskan minyak. Tumis bawang dan rempah kurma sehingga wangi.
2) Masukkan daging/ayam dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3) Angkat dan sejukkan.

Untuk lompang :
1) Panaskan cawan-cawan tembikar kecil dalam kukusan.
2) Bancuh sebati semua bahan untuk lompang.
3) Tapis adunan kedalam jag dan tuang ke dalam cawan-cawan
yang telah dipanaskan tadi.
4) Kukus selama 15 minit.
5) Sejukkan dan cungkil perlahanlahan.
6)Tabur inti bersama daun bawang dan cilimerah di
atas kuih.

Sedia untuk dihidangkan.


kek lapis keladi



Bahan-bahan:
  1 ½ cawan tepung gandum
  2 sudu makan tepung beras
  2 sudu makan tepung jagun
 ¾ cawan gula
  3 cawan santan
  1 sudu teh garam

Untuk lapisan A :
 ½ cawan air
1 sudu makan pes keladi
 pewarna ungu

Untuk lapisan B:
 ½ cawan keladi parut
  ½ cawan air 

Cara:
1) Panaskan kukusan.
2) Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
3) Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4) Masukkan bahan A dalam bahagian 1.
5) Masukkan bahan B dalam bahagian 2.
6) Sapu rata loyang dengan minyak.
7) Masukkan 1 cawan adunan bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 3 minit.
8) Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
9) Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10) Sejukkan dan potong.


Sangsi

Dalam keheningan malam, tubuh terasa dingin menusuk menikam kalbu, diri dihambat rasa bimbang, jiwa berkecamuk mencari suatu yang hakiki, lelah bertatih-tatih mencari arah yang baku....

Siapakah yang dapat mengubat peritnya luka, lelehan darah yang tidak mampu hendak dikesat, semakin diempang semakin mencurah....
Kebisuan menjadi peneman diri, kesayuan menjadi penenang diri, kesedihan menjadi penghibur diri....
Apalah salah diri ini sehingga disalah erti, apalah salah diri ini sehingga dicurigai...

Mungkinkah penghambaan diri ini menjadi pemuas kehendak, mungkinkah penghambaan diri ini menjadi keriangan jiwa, mungkinkah penghambaan diri ini menjadi bukti kebakuan hak....

Segalanya hanya sia-sia, tidak tahukah bahawa Dia penentu segala hidup, segala yang mati, mengapa harus dipersoalkan, mengapa harus dibentak-bentak, mengapa tidak menerima, mengapa harus berpaling....



Kembalilah, kembali pada fitrah...fitrah hidup manusia, terimalah seadanya, terimalah dengan rasa bersyukur atas nikmat kurnian-Nya...

p/s: fuhhh, dalam maksudnya...hanya sekadar coretan....

Keriangan

keselesaan tubuh kerana sedikit makanan, 
keselesaan hati kerana sedikit kemahuan, 
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa,
keselesaan lisan kerana sedikit bicara.

riangnya rasa hati....

Rakan Yang Setia