Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Sabar itu Indah

"Hiasilah diri dengan sifat sabar, sesungguhnya sabar itu akhlaq orang-orang yang mulia."

 Sentiasalah sabar dalam menghadapi sesuatu rintangan hidup, hadapi segala kesulitan dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh dengan kepercayaan diri. Jika kita tidak bersabar apa lagi yang boleh kita lakukan? Adakah ada penyelesaian lain selain bersabar, dan apakah ada senjata lain untuk kita hadapi persoalan hidup?

Terdapat sebuah kisah di zaman para sahabat, ketika beberapa orang sahabat menziarahi Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu sedang terbaring sakit, para sahbat berkata kepadanya: "Apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?" Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu: "Seorang tabib telah memeriksaku!" Para sahabat bertanya: "Apakah yang dikata olehnya?" Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu: "Innii fa'aalun limaa uriid" (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).

Bersabarlah!!! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak akan dapat bersabar kecuali dengan pertolongan dan taufiq dari Allah. Kita haruslah sabar dengan penuh keyakinan akan datangnya pertolongan dari Allah. Itulah sebaik-baiknya tempat untuk anda kembali, untuk anda mengharapkan pahala dan terhapusnya dosa.

" Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan, dan kemudahan akan datang setelah kesulitan" 

Sabarlah.....sabarlah...sabarlah....
anggablah segala rintangan yang mendatang bagaikan air jernih dingin yang menitisi kepela kita, kebenaran akan terpahat teguh dalam diri kita, maka terpancarlah sinar cahaya seiring dengan mentari kemenangan, keceriaan dan pertolongan serta kebahagian....InsyaAllah....



p/s: Ya Allah,,,sabarkanlah aku untuk sebuah penantian ini...~_~ 

tragedi

Hari ni dah mula kelas semula setelah seronok berhari raya ... Malangnya!!!!!
Ya Allah...banyaknya tugasan menanti yang perlu diselesaikan segera... Apalah nasib badan sehingga rasa benar-benar teruji dan sangat serabut... 
4/9/2011~10.05pm- Sampai je kolej terus muntah-muntah...loya & pening punya pasal.
                11.00pm- Laptop pula buat hal. Banyak kerja nak buat ni..Segala macam benda dalam tu....
5/9/2011~ 2.00am - Tak boleh tidur lagi. Pening dan tertekan. Tambah pula selimut tertinggal dekat rumah...
                 6.00am - Bangun sekejap. Fikir pasal laptop.
                   ..........................................................................................................Geramnya kenapa buat hal ni laptopku sayang...
                  1.13pm - Ha..!!! Duit RM 50 pula lesap.... 
                   2.41pm - Sekarang ni... Time ni...Baru nak buat power point. Pendrive mana??? Otak tak dapat nak berfungsi. Mana, mana, mana, mana, mana, ?????????????????..........

Hendakku tangiskan tiada terdaya...Yang hanya mampuku lakukan....Sabar lah.....

p/s:   Dugaan  nak oi, dugaan... Gelak leh ilangkan tekanan au...
 Try lah... aiyoyo....!!!


Smile n Silence



Membuat sesuatu keputusan itu bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila berkait rapat dengan masa depan kita. Kerana itulah kita perlu meminta petunjuk Allah...

"Successful people always have two things on their lips..'SMILE' to solve any problem and 'SILENCE' to avoid any problem..."

Namun siapa sangka di balik senyuman indah itu terselindung seribu satu rahsia... rahsia suka duka kehidupan...manisnya senyuman menandakan kita insan bahagia, manisanya senyuman menandakan kita insan peramah, manisnya senyuman berjaya memikat ramai mata yang memandang, manisnya senyuman berjaya memberi ketenangan kepada mata yang melihat, kerna manisnya senyuman segala derita jadi gembira...

Namun siapa sangaka di sebalik kebisuan tersembunyi seribu satu rahsia perjalanan hidup...
Mungkin senyap itu dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham..dapat mengelakkan sengketa, mungkin bisu itu dapat meredakan ketegangan...

Kedua ini diamalkan...ada baiknya...ada buruknya...
Mungkin jika dilihat dari satu sudut yang positif, kepada yang bijak mengawal emosi banyak manfaat yang akan diperolehi, tetapi kepada yang gagal mengawal emosi mereka di kategorikan sebagai insan pemendam, dan mungkin akan memudaratkan diri mereka sendiri dan orang sekeliling. Inilah yang dikatakan tekanan perasaan.

Walauapapun kita sebagai umat islam, macam manapun dugaan melanda tepuk dahi tanyalah akal, tepuk dada tanyalah iman...
Pokoknya berbaliklah pada agama Islam yang satu, Allah yang Esa.


p/s: Sabar itu indah....

 
 

Rakan Yang Setia