Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Kerinduan..??? Waspadalah....

Berjauhan dengan si dia menimbulkan rasa gelisah. Kerana itu, ku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang berwaspadalah dengan kerinduan. Rasa cemas dan sedih pasti akan berlanjutan. Pernahkah kita semua terfikir bahawa kitalah penyembabnya dan sememangnya layak merasa kesengsaraan dan penderitaan sedemikian???
Ya, memang kita sayang dan cinta padanya....Tapi haruskah kita meratapinya?Tiada faedahnya!!! Sebaliknya akan menambahkan rasa sakit pada diri. Cukuplah dengan sekadar mengingatinya. Doakan kesejahteraannya dan yakinlah pada Allah. Itulah yang terbaik. Seandainya rongga dada orang tersebut dilitupi taqwa dan zikir, dan jiwanya yang dekat pada Tuhannya, InsyaAllah pasti akan sampai kebenaran, akan mengetahui dalil akan petunjuk, dan akan menempuh jalan yang lurus.
" Jika kamu ditimpa suatu godaan dari syaitan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah....." (Al-A'raf: 200)
Demikianlah orang-orang yang bertaqwa, jika mereka ditimpa godaan syaitan, maka mereka ingat kepada Allah dan ketika itu jugalah mereka menyedari kesalahan-kesalahannya. Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan umat manusia kerna itulah janjinya, maka dengan cara apa sekalipun syaitan mengoda demi mencapai matlamatnya.

Kerinduan yang membara hadir kerana kosongnya hati dari rasa cinta kepada Allah swt, zikir kepadaNya, syukur atas nikmatNya, dan dari ibadah kepadaNya. Ditambah pula dengan pandangan mata, pandangan mata yang meliar boleh  menimbulkan rasa cemas dan kesedihan dalam hati. Jadi jika rasa rindu itu menjelma, ingatlah Allah sentiasa dan sekalipun nak tengok gambar si dia, tengoklah hanya sesaat sahaja... Cukuplah sekadar untuk mengubat rindu, jangan ditenung lama, nanti timbul perkara lain pula, zina hati...ha..faham-faham sendirilah....

Banyak penawarnya rindu ni, cuma antara nak dan tak nak saja..
Ikut ni, InsyaAllah selamat...:

  • Sibukkan diri dengan ibadah kepada Allah, mohon kesembuhan dan kesihatan kepadaNya.
  • Jaga pandangan mata dan kemaluan. (Penting ni, dan selalu ditekankan dalam mana-mana hadis sahih)
    "................. dan agar menjaga kemaluan mereka...." (An-Nur: 30)
    "Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka." (Al-Mu'minun: 5)
  • Hindarkan diri dari mengingatinya.
  • Tinggalkan tempat di mana orang yang dirindui berada. 
  • Sentiasa beramal soleh.
  • Menikah secara syar'i. 
".......dan nikahilah wanita yang engkau sukai....." (An-Nisa': 3)
"Termasuk tanda kekuasaan Allah adalah Dia menjadikan dari diri kalian isteri-isteri agar kalian tenang bersamanya..." (Ar-Rum: 21)
Sabda Rasulullah saw:
"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan zahir dan batin, hendaklah ia menikah."  
"Demikianlah agar Kami hindarkan dia dari perbuatan buruk dan keji. Sesingguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih." (Yusuf: 24)
  Kesimpulannya, uruskanlah diri sebaikannya dalam menghadapi geloranya rindu.

p/s: sakit perut....

Rezeki tertangguh

Jangan bersedih jika tertangguh rezeki....
Sesunggunya yag memberi rezeki adalah Allah swt ,Dia Yang Maha Esa. Dia yang mengaturkannya.
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu." (Adz-Dzariyat: 22)
Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezei dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah umpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjema'ah, padahal dia tahu dirinya tidak boleh mendahului salam sebelum imam memberi salam. Segalanya telah Allah tentukan, maka yakinlah rezeki itu akan datang jua, bezanya cepat atau lambat. Yang penting kita sebagai hambanya hendaklah berusaha jika berkehendakkan sesuatu.
"Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatanganny....." (An Nahl: 1)
".....dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun dapat menolak kurniaNya..." (Yunus: 107)

Janganlah kalian bersedih jika sukar mencari rezeki. Janganlah kamu menrendahka diri di hadapan orang lain dengan menyanjungi mereka hanya kerana ingin memperolehi rezeki.
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di muka bumi melainkan Allah lah ang memberi rezekinya....." (Hud: 6)
 Firman Allah: "Apa saja yag Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pu yang dapat menahannya; dan apa saja yang Allah tahan, maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu...." (Fathir: 2)

Yang penting formulanya UDT..... Usaha X Doa X Tawakal = Hasilnya.....
Semoga Allah pemurahkan rezeki kita semua....amin...

p/s: fikir pe nak buat hari ni.....

Bismillah Enam


Bismillah Enam sangat banyak khasiatnya jika diamalkan. Antara khasiatnya yang amat bermanfaat kepada kita secara langsung dan tidak langsung adalah:

  1. Termakbul segala hajat dan cita-cita.
  2. Luas rezekinya.
  3. Menang dalam perang.
  4. Perempuan akan kasih kepada kita jika ditiupkan kepadanya.
  5. Penerang hati.
  6. Dihindarkan dari segala penyakit.
  7. Dibaca 70x setiap hari, akan aman dari raja-raja dan pembesar yang zalim yang ingin membunuhnya.
  8. Dibaca di tempat yang suci nescaya akan dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  9. Dibaca malam jumaat 20x boleh melihat orang di alam kubur. 
  10. Aman dari binatang buas.
  11. Air laut menjadi tawar.
  12. Terlepas dari terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  13. Terselamat dari karam dilautan.
  14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat 3x boleh memudahkan perempuan untuk beranak jika meminumnya.
  16. Boleh tawar segala jenis bisa termasuk bisa binatang seperti ular, ikan, dan lebah.
  17. Boleh tawarkan segala jenis santau dan racun seperti yang diperbuat daripada hempedu katak, miang rebung, ulat bulu mati berangan dan sebagainya. 
  18. Orang yang pekak jika dibacakan ke telinganya selama 7hari nescaya boleh mendengar.
  19. Orang yang pekak atau gila dirasuk iblis, jika dibaca kepadanya 3x insyaAllah larilah iblisnya.
  20. Terkeluar daripada penjara jika dibaca bersungguh-sungguh.
  21. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  22. Ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan aman daripada babi, tikus dan burung.


Cara Mengamalkannya:

Cara untuk merawat pesakit yang menderita penyakit di atas adalah dengan meletakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah serta ayat Bismillah Enam ini.
Kemudian ditiup ditempat yang sakit dan diurut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapu pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti dengan muntah..InsyaAllah....

Doa ini juga boleh digunakan kepada binantang yang termakan rumput yang diracun atau terkena patukan ular. Kaedahnya adalah dengan memberi makan rumput atau minum air yang telah dibaca  doa di atas.

Amalkanlah Bismillah Enam ini kerana ianya menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak akan memberi mudarat kepada pengamalnya jika diminum. Gelas air yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya...InsyaAllah..  

p/s: Letih balik dari convention tak habis lagi ni... 







Masuk Ke Syurga

Ertinya: "Dari Abu Hurarairah radiyallahu 'anhu, dia berkata: "Rasulullah saw berkata: 'Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima, berpuasa bulan (Ramadhan)nya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu yang manapun yang dikehendakinya'."

Dalam wasiat yang agung ini Nabi saw  memberi batasan beberapa sebab bagi wanita yang dapat menghantarkannya ke syurga: 
  • Solat Fardu yang lima
  • Puasa Ramadhan
  • Kesucian menjaga kemaluan
  • Taat kepada suami dalam hal-hal selain kederhanaan kepada Allah  
   Solat:
Solat merupakan tiang agama. Siapa yang menegakkannya bereti dia menegakkan agama. Siapa yang meninggalkannya bereti dia merobohkan agama. Allah telah memperingatkan agar tidak menyia-nyiakan solat sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 69.

Diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas r.a  berkata: "Makna menyia-nyiakan di sini bukanlah meninggalkannya seluruhnya, tetapi mengakhirkannya daripada waktunya."
  
  Puasa: 
Sebab kedua yang dapat memasukkan wanita ke syurga adalah puasa ramadhan. Ketahuilah bahawa Allah telah mewajibkan untuk melaksanakan puasa Ramdhan sebulan penuh secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu sendi Islam yang lima, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-185.

  Menjaga Kemaluan ( Kehormatan):
Sebab ketiga yang memasukkan wanita ke syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki rasa malu dan memperhatikan hijab.

  Mentaati suami:
Taat kepada suami termasuk akhlak yang baik, yang menjadi sendi atau dasar kehidupan wanita dan menjadi inti kebahagiaan dunia akhirat wanita.

Selagi engkau berpegang kepada sebab-sebab yang ini, nescaya engkau akan mendapatkan reda Allah. Jika Allah redha kepadamu, bereti Dia mencintaimu. Dan jika Dia mencintaimu tentu Dia akan memasukkanmu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkanmu dari neraka.


p/s: Kenapa kepala pening ni.... 

Berkat Bacaan BISMILLAH.....


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


p/s: Amalkan segala benda nak buat didahulukan dengan bismillah....
Disudahi dengan alhamdulillah...... 

Anak Yang Soleh

Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.

Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.

Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..

Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.

Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.


















Pasu Air Retak....

Inilah nasihat pepatah lama Cina


      Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air yang digantung pada setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu yang dibawanya telah retak sedikit sementara satu lagi pasu masih lagi elok dan selalu dapat mengisi air yang penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai itu pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan air yang separuh penuh sahaja. Keadaan itu berterusan selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa pulang satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang elok itu merasa amat berbangga dengan pencampaiannya. Sebaliknya pasu yang retak itu berasa amat malu dengan ketidaksempurnaannya dan sedih kerana hanya dapat membawa separuh air pasu sahaja.
            

      Setelah dua tahu berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu akhirnya berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. " Aku amat malu dengan diri aku kerana  diriku yang retak ini dan menumpahkan air disepanjang perjalanan ke rumahmu."


      Wanita tua itu hanya tersenyum, " Sedarkah kamu bunga-bunga dibahagian laluanmu, tapi tidak di bahagia pasu yang lagi satu? Itu kerana aku sering manyedari akan kelemahan dirimu, oleh itu aku telah menyemai benih-benih di bahagiaan laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai tanpa kamu sedari kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama dua tahun aku berpeluang untuk memetik bunga dan menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."

     Setiap kita mempunyai kelemahan yang tersendiri.....
Tetapi setiap kelemahan itulah yang menjadi perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.... 
Anda perlu menerima manusia seadanya dan melihat kebaikan dalam diri mereka....

Kepada semua sahabatku yang merasa diri kalian tidak sempurna, semoga hari kalian sentiasa ceria dan ingatlah untuk mencium bauan bunga-bungaan di laluan kalian....... 
Dipetik daripada cerita Lagenda Pasu Retak....

p/s: Jadilah diri kita sendiri....  (^_^)
  

Rakan Yang Setia