Kerinduan..??? Waspadalah....

Berjauhan dengan si dia menimbulkan rasa gelisah. Kerana itu, ku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang berwaspadalah dengan kerinduan. Rasa cemas dan sedih pasti akan berlanjutan. Pernahkah kita semua terfikir bahawa kitalah penyembabnya dan sememangnya layak merasa kesengsaraan dan penderitaan sedemikian???
Ya, memang kita sayang dan cinta padanya....Tapi haruskah kita meratapinya?Tiada faedahnya!!! Sebaliknya akan menambahkan rasa sakit pada diri. Cukuplah dengan sekadar mengingatinya. Doakan kesejahteraannya dan yakinlah pada Allah. Itulah yang terbaik. Seandainya rongga dada orang tersebut dilitupi taqwa dan zikir, dan jiwanya yang dekat pada Tuhannya, InsyaAllah pasti akan sampai kebenaran, akan mengetahui dalil akan petunjuk, dan akan menempuh jalan yang lurus.
" Jika kamu ditimpa suatu godaan dari syaitan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah....." (Al-A'raf: 200)
Demikianlah orang-orang yang bertaqwa, jika mereka ditimpa godaan syaitan, maka mereka ingat kepada Allah dan ketika itu jugalah mereka menyedari kesalahan-kesalahannya. Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan umat manusia kerna itulah janjinya, maka dengan cara apa sekalipun syaitan mengoda demi mencapai matlamatnya.

Kerinduan yang membara hadir kerana kosongnya hati dari rasa cinta kepada Allah swt, zikir kepadaNya, syukur atas nikmatNya, dan dari ibadah kepadaNya. Ditambah pula dengan pandangan mata, pandangan mata yang meliar boleh  menimbulkan rasa cemas dan kesedihan dalam hati. Jadi jika rasa rindu itu menjelma, ingatlah Allah sentiasa dan sekalipun nak tengok gambar si dia, tengoklah hanya sesaat sahaja... Cukuplah sekadar untuk mengubat rindu, jangan ditenung lama, nanti timbul perkara lain pula, zina hati...ha..faham-faham sendirilah....

Banyak penawarnya rindu ni, cuma antara nak dan tak nak saja..
Ikut ni, InsyaAllah selamat...:

  • Sibukkan diri dengan ibadah kepada Allah, mohon kesembuhan dan kesihatan kepadaNya.
  • Jaga pandangan mata dan kemaluan. (Penting ni, dan selalu ditekankan dalam mana-mana hadis sahih)
    "................. dan agar menjaga kemaluan mereka...." (An-Nur: 30)
    "Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka." (Al-Mu'minun: 5)
  • Hindarkan diri dari mengingatinya.
  • Tinggalkan tempat di mana orang yang dirindui berada. 
  • Sentiasa beramal soleh.
  • Menikah secara syar'i. 
".......dan nikahilah wanita yang engkau sukai....." (An-Nisa': 3)
"Termasuk tanda kekuasaan Allah adalah Dia menjadikan dari diri kalian isteri-isteri agar kalian tenang bersamanya..." (Ar-Rum: 21)
Sabda Rasulullah saw:
"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan zahir dan batin, hendaklah ia menikah."  
"Demikianlah agar Kami hindarkan dia dari perbuatan buruk dan keji. Sesingguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih." (Yusuf: 24)
  Kesimpulannya, uruskanlah diri sebaikannya dalam menghadapi geloranya rindu.

p/s: sakit perut....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?

SABAR ITU INDAH