Buku atau bermuka buku

Sepanjang cuti ini sangat membosankan. Duduk di rumah macam-macam dah buat. Bermuka buku, tengok tv, melukis, mengadap internet, buat kerja rumah dan sebagainya. Semuanya membosankan. Takkanlah nak tidur pula. Tidur berlebihan tidak bagus untuk tubuh badan.

Minat membaca selalu terbatas kerana kekangan waktu. Kini waktu terluang takkan nak dibiarkan terbazir begitu sahaja.  Kadang kala tu khayal juga mengadap muka buku. Tak tahulah apa yang dicari di situ. Memang berhubung dengan rakan-rakan yang dah lama tidak bertemu. Tapi semuanya bualan kosong dan tidak bermanfaat. Jarang nak jumpa tentang perkongsian ilmu.
Apa lagi capailah buku. Buku ni kalau nak baca perlulah disertai minat, kalau tak mana nak melekat dalam otak isi yang terkandung dalam buku tu.

 Teringat pesanan seorang sahabat. 
"Jika kamu di dalam kesedihan, kesempitan dan kesusahan. Jadikanlah kitab ini sebagai peneman untuk menghilangkan segala gundah-gulana...Manfaatkanlah ilmu didalamnya dalam kehidupan kamu....Semoga hidup sentiasa di dalam jagaan dan keredhaanNya...." 
Itulah buku yang dia hadiahkan untuk saya. Tak tahulah kenapa mana saya pergi, saya capai buku tu mesti bawa sama, tapi bacanya tak...hahaha..niat tu ada nak baca tapi selalu tak berpeluang. Walaupun buku tu besar dan agak berat. Saya jadi tak kisah.  Ha, baru saya perasan. Betul lah...Kenapa ek...? Macam satu amanah pula ya. Jutaan terima kasih pada sahabat saya tu.

 Buku menjadi teman hidup yang bermanfaat. Itulah sebenarnya. Orang yang membaca adalah orang yang berilmu. Betul tak? Jadi jika timbul satu isu ke, orang bertanya ke, orang ajak berdebad ke apa ke...senanglah jawab balik. Sesungguhnya orang yang berilmu mempunyai dada yang lapang, hati yang tidak sempit, jiwa yang tenang dan berwawasan luas. Setiap kali membaca setiap kali itu ilmu itu akan bertambah. Mudah bagi kita untuk mengungkap sesuatu dalil. Jadi nanti andai kata orang nak tipu kita tentang sesuatu kita boleh bangkang dengan pengetahuan yang kita ada tu. 

Tapi kalau ilmu yang kita ada tu kita tak kongsi, ia akan hilang begitu sahaja. Ibarat macam sebutir benih yang kita tanamlah, kalau tak disiram air, tak dibaja, mana kan tumbuh pohonnya. Jadi janganlah kedekut ilmu. Tu sebab saya suka berkongsi walaupun penemuan saya ni tak seberapa. Saya masih belajar. Banyak lagi yang belum saya temui. Berapa banyak pun ilmu yang kita ada, tak dapat dibandingkan dengan luasnya ilmu Allah. Ilmu manusia ibarat satu patukan paruh burung pada air di lautan yang luas.

Dengan ilmu daripada buku, kita dapat manfaatkan dan memuhasabah diri. 

p/s: baca   novel khayal, tak ingat dunia.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?