Hukum Mencukur Alis

Trend sekarang demi kecantikan dan untuk nampak lebih kemas ramai perempuan mencukur alisnya...
Alis atau lebih senang faham bulu kening. Hal ini seolah-olah menjadi keperluan bagi mereka.  Tapi sedarkah kita bahawa mencukur alis ini hukumnya HARAM bagi wanita muslimah. Tidak kisahlah sama ada cukur dengan mencukur habis, memendekkannya atau menggunakan bahan kimia yang dapat menghilangkan sebahagian atau keseluruhannya. Mengapa jadinya haram? Kerana perbuatan ini disebut an-namsh (menghilangkan alis) yang dilaknat Nabi Rasulullah saw. Baginda sungguh melaknat wanita yang membuang alisnya (keseluruhan atau sebahagiannya untuk kecantikan). Perbuatan ini termasuk MERUBAH CIPTAAN ALLAH. 

Syaitan berbisik keras menyuruh manusia melakukan itu. Katanya sebagaimana diceritakan oleh Allah:
....dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, dan mereka pun benar-benar melakukannya
(An-Nisa': 199)

Mereka yang melakukan ini, yang diminta melakukannya...pakej dua-dua dapat point dosanya. Dosa besar... Para wanita juga tidak boleh menuruti suaminya jika dia menyuruh melakukannya, kerana itu adalah maksiat.

p/s: Peringtan buat saya juga...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?