Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Petua Merawat Sakit Gigi


Sakit gigi menyeksakan. Makan tidak lalu, tapi perut lapar. Cakap pun terbatas, senyum tak larat. Kalau berjalan, aduh berdenyut. Namun apakan daya gigi sakit. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Ha ini dia petua-petuanya. Saya belum cuba lagi. Tapi apa-apapun kita berikhtiar. InsyaAllah manalah tahu mujarab. Tidak lupa juga nak pesan jangan lupa selawat 3x ke atas junjungn besar Rasulullaah s.a.w dan niat nak sembuh cepat. Selamat Mencuba................Wallahua'lam.

Creadit:Facebook/Islam Itu Indah

 p/s: Gusi bengkak ni....Alahai gusi...baiklahh ye..

Mengembalikan Masa


Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali. Masa mendewasakan kita. Dari kita kecil sehinggalah kini. Perjalanan hidup terasa panjang. Tapi sedarkah kita sebaliknya masa itu sangat singkat. Pejam celik, siang malam, semuanya bagaikan tidak sempat untuk kita kejar. Tak puas untuk kita nikmati. Masa jika dimanfaatkan banyak perkara yang akan lakukan. Allah telah tetapkan perjalanan masa itu 24jam sehari. Namun masih ada yang merungut tidak cukup masa. Mungkin tanpa kita sedar kita sendiri dalam kelalaian. Kita dibekalkan dengan akal. Akal untuk kita berfikir, akal untuk kita membuat perhintungan, akal untuk memilih, akal untuk dimanfaatkan. Namun kehendak yang pelbagai, keinginan yang meluap sehingga kita lalai akan tuntutan sebenarnya kita.

Semasa di sekolah dahulu kita kerap diingatkan dengan peribahasa "masa itu emas", memang benar masa itu emas, masa itu sangat bernilai dan sukar untuk kita miliki apabila kita terlepas sesuatu peluang. Ketika itu barulah kita sedara akan bertapa berharganya masa itu. Penyesalan yang tidak terperi.

 p/s: Masih ada masa...main-main je lebih... 

Kisra Parsi dan Seorang Perempuan Tua

Sekadar Hiasan
Bazarjamhar, seorang lelaki yang bijaksana di Parsi mengatakan: " Ada seorang perempuan tua yang memiliki seekor ayam betina yang diletakkan di sebuah kandang yang berdekatan dengan istana Kisra. Suatu hari perempuan tua itu ke desa lain. Sebelum berangkat dia berdoa, "wahai Tuhanku, aku serahkan dan amanahkan ayam betinaku ini kepadaMu." Pada ketika perempuan tua tersebut pergi, Kisra mendekati kandangnya itu untuk memperluaskan tanah istana dan taman kerajaan. Para tenteranya kemudian menyembelih ayam milik perempuan tua itu dan memusnahkan kandangnya. Sekembalinya peremuan tua itu dari perjalannya, dai pun menengadah ke langit seraya berkata: " wahai Tuhanku, aku memang tidak ada saat terjadinya kejahatan itu, namun di mana Engkau saat itu? Allah pun memberikan keadilan dan membalaskan perlakuan Kisra it. Kisra itu dibunuh oleh anaknya dengan sebilah pisau ketika dia sedang tidur dipembaringannya.

Kesimpulan dari cerita ini, sebaiknya redhalah dengan apa yang telah terjadi dalam kehidupan seharian kita. bukan menidakkan atau mempersoalkan takdir Allah. Alangkah baiknya kalau kita semua memiliki silap seperti seorang putera Adam yang baik, yang berkata (kepada saudara yang menzaliminya):

                      


" Seandainya kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku membunuhmu. Malah aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam." (Al-Ma'idah:28)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jadilah hamba Allah yang terbunuh dan janganlah menjadi hamba Allah yang membunuh." 
Namun, Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa  di atas setiap kejadian di muka bumi ini. Mengadulah kepadaNya. Kembali kepadaNya dengan berlapang dada. Sesungguhnya muslim itu memiliki prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung dari hanya sekadar balas dendam, benci, dan dengki.

 p/s: Jangan berdendam.

Kahwin Muta'ah

Ramai yang tidak tahu akan apa itu perkahwinan muta'ah. Di sini terdapat beberapa persoalan dan jawapan yang menjawab persoalan tersebut.

Bagaimana kiranya seseorang lelaki menentukan dalam ijab kabulnya, ia akan berkahwin hanya dalam masa tiga bulan, atau enam bulan atau setahun. Adakah sah akadnya itu dan apa pula hukumnya?

Mereka yang berkahwin yang menentukan dalam akad nikahnya untuk masa yang tertentu dinamakan dalam istilah hukum syarak kahwin muta'ah, atau kahwin muaqqat, atau kahwin mungqatek. Kahwin seperti ini dalam mazhab ahli sunnah waljamaah tidak sah, dan hukumnya adalah haram, tetapi dalam mazhab Syi'ah, kahwin seperti ini adalah sah dan tidak haram.

Rasulullah s.a.w tidak saja mengkhuatiri umatnya yang masih lemah imannya, tapi juga kepada mereka yang kuat imannya. Banyak di antara mereka yang berniat mengebiri dirinya sendiri agar bisa menahan syahwat seksualnya. Untuk mengatasi hal tersebut, maka penyelesaian sementaranya adalah nikah mut’ah.

“Kami dahulu berperang bersama Rasulullah SAW dan tidak ada perempuan yang ikut bersama kami. Kami berkata, tidakkah sebaiknya kita mengebiri diri kita sendiri? Maka Rasulullah SAW melarang kami melakukan perbuatan itu dan meberikan keringanan kepada kami dengan menikahi perempuan dengan upah (mut’ah), hingga waktu yang ditentukan.” (dari Ibnu Mas’ud).
Hadits ini dipegang kuat oleh mereka (golongan Syiah), padahal ada hadith-hadith lain yang datangnya lebih kemudian, yang mengharamkannya. Ertinya, hadits di atas telah dimansyuh (dihapus) oleh hadits lainnya. Hal ini wajar kerana syariah Islam itu bertahap, tidak langsung dan frontal. 

Apakah hikmahnya kahwin muta'ah itu sah dan haram? 

Hikmahnya kahwin muta'ah itu tidak sah dan haram, kerana kahwin muta'ah itu akadnya hanya semata-mata tujuan untuk memuaskan nafsu seks sahaja, bukan bertujuan untuk mendapat zuriat dan keturunan, atau hidup sebagai suami isteri dalam rumahtangga yang amat damai dan sejahtera, sedangkan tujuan kahwin yang sebenarnya ialah untuk mendapatkan keturunan dan menambah keluarga serta mengikat kasih sayang yang abadi, tanpa diikat oleh sesuatu masa yang terbatas dan tertentu.

Adakah kahwin muta'ah ini bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang disyariatkan oleh agama Islam?

Kahwin muta'ah ini sememangnya bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang dikehendaki oleh Islam, kerana perkahwinan ini akan berakhir bila tiba masa tertentu dan ditetepkan di masa akad nikah. Iddah kahwin muta'ah ini bagi perempuan yang masih kedatangan darah bulanan lagi, iddahnya hanyalah 40hari saja, dan kahwin muta'ah ini tidak ada hak waris mewarisi bagi suami isteri tersebut.

Pengharaman dan larangan nikah muta'ah ini bukan hanya kerana hikmah-hikmah saja, atau kerana tidak ada peraturan talak, dan waris dan bukan kerana iddahnya yang sedikit, tetapi memnag didapati nas haramnya dalam hadith Rasulullah saw. Sabda baginda:
"Wahai manusia. Sesungguhnya aku adalah pernah mengizinkan kamu kahwin muta'ah. Ingat bahwa sekarang Allah telah mengaharamkannya sehingga sampai ahri kiamat." 
 Melihat keterangan hadith tersebut jelas bahawa muta'ah ini dulunya adalah halal dan harus dilakukan, kemudian barulah diharamkan oleh Allah. Bilakah masanya diharamkan kahwin mut'ah ini?

Menurut riwayat Saidina Ali bin Abi Talib berkata: 
"Rasulullah saw telah melarang kami malakukan kahwin muta'ah dan makan daging himar (keldai) di waktu perang Khaibar." 
Riwayat dari Umar Ibnu Khatab menerangka; ketika ia dilantik menjadi Khalifah, ia berkhutubah di hadapan orang ramai menjelaskan mengenai haram nikah muta'ah. Para sahabat semuanya diam tidak seorang pun membantah dan menyalahkan ucapan Saidina Umar. Ini adalah menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Saidina Umar itu adalah benar. 

Saidina Umar r.a berkata: 
"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pernah diizikan kepada kami kahwin muta'ah selama tiga hari, kemudian diharamkan. Demi Allah aku tidak mengetahui seseorang yang kahwin muta'ah, padahal ia beristeri, melainkan aku rejam akannya dengan batu." (Riwayat Ibnu Majjah) 

    p/s: Sudah jelas lagi bersuluh.

Wanita Derhaka kepada Suami

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:


  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. 
  • Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

Sebaliknya perkara yang wajib bagi wanita adalah:

  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

p/s: Mencari redha Allah.

Duduk Antara Dua Sujud

TAHUKAH ANDA.....
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sungguh Indah maksud yang terterdapat di sebalik doa ini, namun kita alpa dan membiarkannya ibarat angin lalu. Seolah-olah tiada maknanya. Bahkan ibarat berlakon dalam meminta. Mintalah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan. InsyaAllah  pasti berlapang dada.
 Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sebarkan. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
 InsyaAllah...

Kesedihan Membawa Kematian


Mungkin tidak ramai yang tahu akan kesedihan yang dihadapi boleh menyumbang kepada mati dengan lebih cepat. Memanglah ajal maut itu ketentuan Allah. Tidak siapa yang menafikan itu, kerana itu semua qada' dan qadar Allah. 
 

Tapi sedarkah kita, diri yang dibelenggu rasa hiba yang teramat sangat tanpa dapat dikawal boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri tidak duga. Tubuh dan otak boleh rosak dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut. Percaya atau tidak? Contoh, kenapa boleh sakit jantung? Sebab berada dalam keadaan yang cemas, marah, jiwa tidak tenang, maka darah  pun naik. Sedih dan tekanan juga boleh mendorong kepada bunuh diri. 


Percayalah... Sebaliknya jika kita berada dalam keadaan yang tenang, berlapang dada dan bahagia insyaAllah kita dapat elak dari penyakit yang kita sendiri tak ingin. Mengikut pengalaman sendiri kalau saya tidak solat solat sama ada sengaja atau tidak, pasti saya akan rasa tak kena dan semua yang saya lakukan semuanya tak sempurna. Jadi kesimpulannya solat tu menenangkan jiwa. Kalau jiwa tenang secara tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Barulah apa yang kita kerjakan tu berkat. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. 

Sabda Rasulullah saw:
"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).
 
Takut mati sebab ibadah belum cukup...? Rawatlah hati, rawatlah jiwa, hanya diri kita sahaja yang mampu lakukannya.
  • Beri makanan pada jiwa dengan berzikir kepada Allah. 
  • Perbanyakkan ibadah sunat di samping yang wajib, bertambah pahala.
  • Redha dengan ketentuan Allah, Allah pasti akan redha dengan hambaNya.
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah, kita akan dapat yang lagi hebat kelak.
  • Lakukan segala pekerjaan niat kerana Allah, hasilnya pasti memberangsangkan. 
  • Akui kesilapan dengan memuhasabah diri pasti senyuman akan terpancar di wajah.
  • Lupakan segala kesedihan, hati akan tenang.
  • Sentiasa berserah diri kepada Allah.
  • Berlajar memaafkan orang, akan terlihat hikmahnya. 
  • Jangan selalu berangan atau termenung, otak jadi sempit dan itu adalah kerja yang sia-sia.
  • Menimba ilmu, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
Dan banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan untuk menambahkan rasa cinta kita kepada Allah secara tidak langsung memberi ketenangan dan menghindarkan diri kita jauh dari kesedihan. InsyaAllah, semoga perkongsian ini bermanfaat.
 

p/s: Memotivasi diri sendiri sebenarnya.

Kuih Kacang (Kasturi)



BahanBahan 
:
Untuk inti:
1 cawan kacang hijau (rendam selama 45 jam)
Air secukupnya untuk merebuskan
½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
 3 sudu makan tepung gandum
Untuk kulit /salut :
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
½ sudu teh kapur sirih
Air secukupnya
½ sudu teh garam
½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
Untuk inti:
1) Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau itu pecah/lembut dan kering airnya.
 (Jangan sampai  hangus)
2) Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
3) Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.
Untuk kulit /salut :
1) Panaskan minyak di dalam kuali.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
3) Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan.
    p/s: Senang saja nak buat ni, lebih bubur
kacang kalau tak habis tu boleh jadi kuih.

Jadilah seteguh Pohon

Setiap orang tidak pernah terlepas dari sebarang dugaan dan ujian, lepas satu, satu pula tiba. Perselisihan faham dalam pergaulan sacara langsung atau tidak langsung pasti merunsingkan kita. Bagaimana untuk menyelesaikannya, bimbang ada hati yang terluka. Ingin menjaga hati orang sebaliknya hati sendiri yang teluka. Dalam apapun hal sekalipun kebijaksanaan amat diperlukan. Berlemah lembut itu lebih baik dari berkeras. Daripada kita bertikam lidah lebih baik kita duduk berbincang pasti hikmah akan kelihatan. Semuanya akan terungkai. 

Disebutkan dalam hadith:
"Seorang mukmin bagaikan pohon yang kuat, yang tahan tertiup angin ke kanan dan ke kiri."  
Ikut liuk pohon yang ditiup angin, ke kiri ke kanan. Jika kita berkeras melawan tiupan angin pasti kita akan tewas jatuh menyembam bumi. 

Contohi juga sifat air, seorang yang bijak itu ibarat air, yang tidak berbenturan dengan batu karang dilautan, namun mengenanginya dari setiap sudut, iaitu sebelah kiri dan kanan, dari atas dan bawah. Bukan mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka yang keras hati dan sukar menerima pendapat orang lain. Menjadi sebijak air yang mengalir secara berterusan pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dan berbekas. Gunakan pendekatan yang bijak. Jangan melawan atau membantah kata-kata mereka biarpun ia memanah jantung kita. Bersifat lemah lembut dalam berbicara dapat menyelamatkan kita dari ketergelinciran. 

   p/s: Tapi kadang kala tu kebisuan  menjadi pilihan.

Segalanya Pasti Terungkai


Allah, Dzat yang Maha Adil,
Mati itu pasti, Kebangkitan semula itu juga pasti,
Sama-sama kita menuju…
Berkumpul di sana…
Tiada apa yang terselindung,
Segalanya pasti terungkap…

Diri terinaya, tidak mampu melawan bagaikan tiada kuasa..mulut bagaikan terkunci, namun hati merintih. Kaki melangkah menggagahkan diri berjalan menyusuri denai kehidupan. Apalah daya selain menerima dengan redha terdapat hikmah di balik semua. Jika bukan di dunia, akhirat lah jawapannya.

Ini semua ujian, ujian, ujian, ujian… Allah menguji hambanya.
Kezaliman apakah ini? Manusia menzalimi manusia, tidak berperikemanusiaan!!!… Sanggupkah? Tidak berhati perut!!! Masing-masing melakukan dengan kepentingan yang tersendiri tanpa memikirkan orang lain. Tidak takutkah mereka dengan azab seksa Allah…Sedangakan ditimpa musibah sudah rasa tidak mahu hidup inikan pula keadaannya balasan Allah di akhirat kelak. Sungguh dasyat dan tidak terperi. Mana mahu lari. Hidup di dunia hanya sementara sebaliknya akhirat itu abadi.

“Kami akan memasang timbangan yang adil kelak pada Kiamat, maka (pada hari itu) tidak ada seorang pun yang akan dizalimi barang sedikitpun. Meskipun (amalnya) hanya seberat biji sawi, Kami akan memberi balasannya. Cukuplah Kami sebagai Pembuat penghintungan. (Al-Anbiya’: 47)

Jelaslah bahawa walau seberat biji sawi sekalipun amalannya pasti akan menerima habuannya. Jadi janganlah gusar akan rasa diri terinaya oleh mereka yang iring hati.. YAKINLAH bahawa Allah itu Maha Adil. Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.


p/s: Melihat kekejaman dunia....

Jawatan satu Ujian Allah

Tugas…
Tugasan atau jawatan yang diberikan kepada kita membuatkan kita merasakan diri begitu bertuah kerana kita yang terpilih di kalangan rakan-rakan. Banyak sebab dan faktor kenapa kita begitu mahukan atau terpilih untuk menggalas jawatan itu. Walauapapun alasannya, memegang suatu jawatan bukanlah sesuatu yang hanya pada nama atau populariti semata-mata. Tugasan dan jawatan merupakan suatu amanah untuk kita dan bukan mudah untuk kita sempurnakan. Banyak dugaan dan kesukaran yang bakal kita hadapi. Kekuatan dan kecekalan amat penting untuk kita menghadapi sabarang kemungkinan di hari mendatang.
Bagi segolongan pelajar, jawatan di sekolah, asrama, kolej atau di institusi pengajian masing-masing merupakan medan untuk mereka melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya pada suatu hari kelak.  Kita merupakan pewaris bangsa yang bakal menyambung generasi kini untuk mentadbir negara suatu hari nanti. Jika bukan negara sekalipun mungkin dalam suatu firma, badan-badan pertubuhan atau mungkin sekelompok kecil manusia. Semuanya memerlukan pemimpin dan dipimpin. Jika tidak bercelarulah sesuatu masyarakat dan tamadun itu.

Sesungguhnya menjadi pemimpin tanggungjawabnya amat besar dan berat.
 “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am, 6:165)
Bercakap mengenai sesuatu jawatan atau kepimpinan, mengapa si pemegang jawatan selalu menjadi bahan perbualan samaada kritikan atau pujiaan. Selalunya akan kedengaran sampai ke telingan kita cerita yang kurang enak, walaupun perkara itu tidak dilakukan. Menerima kritikan itu sebenarnya lebih indah daripada pujian, kerana kita akan begitu tersanjung dan merasakan diri hebat dek kerana pujian, biarpun pujian itu palsu. Maka lalailah kita dengan nikmat yang Allah berikan itu. Sebaliknya kritikan dan tomahan enggan kita terima walaupun ianya benar. Ini sebenarnya yang mengaibkan dan sangat dikhutiri.

Kita seharusnya menerima kritikan itu sebagai sesuatu yang positif. Anggablah ia sebagai satu ujian buat kita untuk melonjakkan lagi diri kita ke tangga yang lebih baik. Bukan menolaknya bulat-bulat tanpa melihat hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin tanggapan mereka salah mengenai kita. Jadi buktikanlah ia dengan mengkajinya terlebih dahulu, gunakan pendekatan yang berhikmah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Segalanya perlu dilakukan dengan bijaksana dan berhemah. Kerana jika kita silap membuat perhintungan gagallah kita. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih. Mereka yang memengang jawatan kakinya selangkah ke neraka. Perlu diingat itu. Kecut perut bila dengar azab seksa neraka. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasihani. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Menjadi golongan yang terpilih untuk mengalas jawatan merupakan satu nikmat, kerana bukan semua orang boleh jadi pemimpin dan bukan semua orang boleh dipimpin. Allah ingin menguji hambanNya. Dia sayang akan hambaNya. Dia ingat pada kita kerana itu Dia mahukan kita sentiasa ingat pada Nya, agar kita tidak jauh dari jalanNya. Justeru itu sentiasalah memohon yang terbaik pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah.

Kerjakanlah setiap sesuatu itu dengan amanah dan niat ikhlas kerana ALLAH swt…pasti semuanya akan baik dan berjalan dengan lancar. Pedulikan apa kata orang, yang penting itu apa kata Allah terhadap kita yang diberi amanah ini....Manusia tidak pernah berhenti untuk berkata. Kita sendiri tahu siapa diri kita, Allah tahu siapa diri kita. Itu yang utamanya. Selamat berjuang....

p/s: Bukan mudah hendak berhadapan dengan manusia
yang bermacam ragam dan karenah.
Sabar itu tindakan yang bijak.

Rakan Yang Setia