Jawatan satu Ujian Allah

Tugas…
Tugasan atau jawatan yang diberikan kepada kita membuatkan kita merasakan diri begitu bertuah kerana kita yang terpilih di kalangan rakan-rakan. Banyak sebab dan faktor kenapa kita begitu mahukan atau terpilih untuk menggalas jawatan itu. Walauapapun alasannya, memegang suatu jawatan bukanlah sesuatu yang hanya pada nama atau populariti semata-mata. Tugasan dan jawatan merupakan suatu amanah untuk kita dan bukan mudah untuk kita sempurnakan. Banyak dugaan dan kesukaran yang bakal kita hadapi. Kekuatan dan kecekalan amat penting untuk kita menghadapi sabarang kemungkinan di hari mendatang.
Bagi segolongan pelajar, jawatan di sekolah, asrama, kolej atau di institusi pengajian masing-masing merupakan medan untuk mereka melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya pada suatu hari kelak.  Kita merupakan pewaris bangsa yang bakal menyambung generasi kini untuk mentadbir negara suatu hari nanti. Jika bukan negara sekalipun mungkin dalam suatu firma, badan-badan pertubuhan atau mungkin sekelompok kecil manusia. Semuanya memerlukan pemimpin dan dipimpin. Jika tidak bercelarulah sesuatu masyarakat dan tamadun itu.

Sesungguhnya menjadi pemimpin tanggungjawabnya amat besar dan berat.
 “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am, 6:165)
Bercakap mengenai sesuatu jawatan atau kepimpinan, mengapa si pemegang jawatan selalu menjadi bahan perbualan samaada kritikan atau pujiaan. Selalunya akan kedengaran sampai ke telingan kita cerita yang kurang enak, walaupun perkara itu tidak dilakukan. Menerima kritikan itu sebenarnya lebih indah daripada pujian, kerana kita akan begitu tersanjung dan merasakan diri hebat dek kerana pujian, biarpun pujian itu palsu. Maka lalailah kita dengan nikmat yang Allah berikan itu. Sebaliknya kritikan dan tomahan enggan kita terima walaupun ianya benar. Ini sebenarnya yang mengaibkan dan sangat dikhutiri.

Kita seharusnya menerima kritikan itu sebagai sesuatu yang positif. Anggablah ia sebagai satu ujian buat kita untuk melonjakkan lagi diri kita ke tangga yang lebih baik. Bukan menolaknya bulat-bulat tanpa melihat hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin tanggapan mereka salah mengenai kita. Jadi buktikanlah ia dengan mengkajinya terlebih dahulu, gunakan pendekatan yang berhikmah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Segalanya perlu dilakukan dengan bijaksana dan berhemah. Kerana jika kita silap membuat perhintungan gagallah kita. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih. Mereka yang memengang jawatan kakinya selangkah ke neraka. Perlu diingat itu. Kecut perut bila dengar azab seksa neraka. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasihani. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Menjadi golongan yang terpilih untuk mengalas jawatan merupakan satu nikmat, kerana bukan semua orang boleh jadi pemimpin dan bukan semua orang boleh dipimpin. Allah ingin menguji hambanNya. Dia sayang akan hambaNya. Dia ingat pada kita kerana itu Dia mahukan kita sentiasa ingat pada Nya, agar kita tidak jauh dari jalanNya. Justeru itu sentiasalah memohon yang terbaik pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah.

Kerjakanlah setiap sesuatu itu dengan amanah dan niat ikhlas kerana ALLAH swt…pasti semuanya akan baik dan berjalan dengan lancar. Pedulikan apa kata orang, yang penting itu apa kata Allah terhadap kita yang diberi amanah ini....Manusia tidak pernah berhenti untuk berkata. Kita sendiri tahu siapa diri kita, Allah tahu siapa diri kita. Itu yang utamanya. Selamat berjuang....

p/s: Bukan mudah hendak berhadapan dengan manusia
yang bermacam ragam dan karenah.
Sabar itu tindakan yang bijak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?