Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

De'Best- Carnival EYE


Ini adalah karnival anjuran fakulti saya. Hehehe....saja kongsi. ^_^



Pada: 31 Januari 2012 (Selasa) - 2 Februari 2012 (khamis) 
Jam: 10:00-22:00
Lokasi: Dataran Ilmu UiTM Lendu, Melaka

Dijemput orang ramai datang ke Carnival Experience Youth Entrepreneurship (E.Y.E) anjuran FPP pada 31 Januari 2012 sehingga 2 Februari 2012 bertapak di Dataran Ilmu, UiTM Lendu, Melaka.

Kehadiran adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Melaka, para pensyarah dan kakitangan serta orang ramai dari luar turut dijemput bagi memeriahkan karnival ini.

Terdapat banyak booth yang menjual barangan dan makanan yang menarik , unik dan berpatutan. Selain itu, banyak aktiviti yang menghiburkan seperti senaman 1 Malaysia, sukan cerialimpik dan banyak lagi yang menjaminkan keriangan sambil berbelanja!

Jadi, apa yang ditunggu- tunggu? Marilah datang! Jangan lupa membawa ahli keluarga, kawan - kawan dan alamilah keriangan bersama..!!!


   

Bulatkan hati

Assalamualaikum .....
Setiap manusia mempunyai kehendaknya yang tersendiri. Setiap kehendak andai tidak dituruti serasa bagaikan hidup tidak kena, bahkan tidak lengkap. Namun dalam memenuhi kehendakkan itu kadang kala kita merasakan kita gagal untuk menurutinya agar ia menjadi tersangatlah sempurna. Hanya mempersoal diri, tetapi tidak mencari jawapan di atas kemusyikilan, kecacatan pekerjaan itu, kesilapan diri dan sebagainya.

Bukan hendak mengkritik manusia sekililing namun pengisian kali ini adalah mengenai diri. Mencari jawapan mengapa segala yang dilakukan kosong, malah semakin banyak kerumitan. Memang... Jika dikaji semula, semua ini bukanlah sesuatu yang harus dipeningkan otak memikir. Pasti terdapat kesilapan yang harus diperbetulkan.

Setelah meneliti, baru sedar... Segala pekerjaan yang dilakukan yang sepatutnya serius tetapi dibuat sambil lewa... Maka hasilnya tidaklah sebagus mana.

Justeru itu, langkah yang patut diambil adalah menetapkan hati. Kegagalan seseorang itu sering berpunca dari hatinya yang tidak bulat. Mengapa hati tidak bulat? Kerana rasa berbelah bahagi dan tidak yakin. Akibatnya pekerjaan itu hanya dilakukan dengan separuh hati. Orang seperti ini takut kepada kegagalan. Kegagalan sebenarnyalah yang membawa kita ke arah kejayaan. Meraka yang berada di atas hari ini adalah mereka yang gagal pada awalnya. 

Pedoman Al-Quran:
"Apabila kamu berazam atau berbulat hati, bertawakallah kepadaa Allah."( Surah Al-Imran: 159)
Bertawakal bereti menyerah diri dan segala urusan kita dunia akhirat kepada Allah swt. Tetapi, syaratnya kita haruslah melakukan semua pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan dilaksanakan sebaik mungkin.  Orang yang bertawakal ini adalah orang yang sentiasa bersandar diri pada Allah sebagai seorang yang sentiasa memperbaiki diri dan bersikap inovatif, kreatif, produktif serta aktif.

Demikianlah orang yang memiliki sumber tenaga yang luar biasa bagi mengharungi kehidupanya dengan berasa sangat yakin pada Allah. Tanamlah tekad hati yang membulat agar tidak mudah mengalah dalam setiap perkara. InsyaAllah kejayaan milik kita dengan redha Allah swt. 

  p/s: Kekuasaan, kudrat dan kebaikan yang kumiliki ini
bukanlah milikku. Tidak layak dan malu untuk kuakuinya
 kerna semua itu milik -Mu Ya Allah.

Teguran/Sindiran Allah di Al Qur’an untuk Pelaut


Assalamualaikum Wr.Wb

Khusus untuk kawan-kawan pelaut yg Muslim, perhatikanlah ayat-ayat AL QUR’AN berikut ini yang menceritakan tentang BAHTERA dilautan dan tingkah laku Crew nya. Ternyata, apa yg telah kita perbuat, sedang kita kerjakan dan yg akan kita lakukan, sudah diprediksi oleh ALLAH SWT. Masih adakah diantara kita yg mengingkari Al Qur’an... ????

"Tidakkah kamu perhatikan bahwasanya kapal itu berlayar dilautan dengan nikmat ALLAH supaya ditunjukkannya kepadamu sebahagian dari bukti-bukti kekuasaaanya ?. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang sabar lagi bersyukur. Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar menggunung, mereka mendoa kepada ALLAH dengan tulus ikhlas. Maka tatkala mereka telah sampai didaratan, hanya sebahagian dari mereka yang sadar ( mawas diri ). Dan yang menyangkal ayat-ayat Kami ialah orang-orang yang tidak jujur lagi ingkar." 
( Surah Lukman ayat 31-32 ) 

"Apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas, tetapi setelah mereka diselamatkan Allah kedaratan, lantas mereka mempersekutukan Allah.                 
( Al Ankabuut 65 )

"ALLAH yang menundukkan ( menyerahkan ) lautan untuk kepentinganmu, supaya kapal-kapal dapat berlayar dilautan itu dengan izinNYA. Dan mudah-mudahan kamu bersyukur." ( Al Jaatsiah 12 ) 

"Dan diantara tanda-tanda Kekuasaan ALLAH ialah kapal - kapal yang berlayar dilautan seperti gunung-gunung. Jika Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaannya) bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur, atau kapal-kapal itu dibinasakan-Nya karena perbuatan mereka atau Dia memberi maaf sebagian besar (dari mereka)." ( Asy Syuura 32, 33, 34 ) 

"Dan kepunyaanNYAlah bahtera – bahtera yang berlayar dilautan laksana gunung gunung." 
( AR Rahman 24 )
 

"Maka mereka mendustakan Nuh. Kemudian kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya didalam bahtera. Dan kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka kaum yang buta mata hatinya." ( AL a’raaf 64 ) 

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah dikirimkannya angin membawa berita gembira untuk menyampaikan rahmatNYA kepadamu, untuk memudahkan kapal berlayar dengan aturanNYA, supaya kamu dapat mencari rezekiNYA dan supaya kamu bersyukur." ( Ar Ruum ayat 46 )


Juga di ayat-ayat berikut ini:

Yunus 22, 23, 73 / Huud 37, 38, 39,40,41, 42 / AL Hajj 65
Al Mukminun 27 / Faathir 12 /
Al Mukmin 80 / Yasiin 41, 42, 43, 44 / Al Qomar 13,14 /
An Nahl 14 / Al Israa 66



p/s:  Doa iringan buat para pelaut,
semoga sentiasa selamat dalam meredah samudera dan
 tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan yang datang melanda.
 Terutamanya buat si dia yang jauh di mata....


Debaran Malam Pertama


'DEBARAN MALAM PERTAMA'....Dengar tajuk je dah tertarik...cam menarik...
Aikkk..nanti dulu...jangan baca tajuknya. Terus jauh melayang fikiran tu. Bukan alam kahwin lah. Ini adalah debaran malam pertama di alam kubur. Ha...gerun pula bila sebut alam kubur. Ceritanya cara nak uruskan jenazah. Setinggi mana pun belajar, ini fardu kifayah mesti kena tahu. Kalau tidak siapa nak uruskan jenazah saudara-mara, ibu bapa ke, jiran dan sebagainya. Sekurang-kurangnya tahu, kalau ditanya kelak, tak ada lah menggagau telopong mulut nak menjawabya. Hehe....


Sayangnya saya tidak dapat hadir untuk event ni. Ni semua sebab PPKP lah. Kalau boleh elak, memang saya dah cabut pergi event anjuran Jawatankuasa Pengerak Masjid ni. Sememangnya menarik dan sangat bermanfaat.


Apapun harapan saya, semoga event sebegini dapat diadakan sekali lagi untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan cara nak uruskan jenazah. InsyaAllah....jika ada kesempatan saya memang nak sertai...

            p/s: Di sekolah pernahlah sekali jadi orang yang dimandikan...bukan memandikan...:D

Sejauh mana lelaki setia terhadap komitmen hubungan jarak jauh

Atas nama cinta, semua cabaran sanggup diharungi semata-mata mahu membuktikan kesetiaan kepada pasangan. Hingga satu tahap, andai takdir menentukan, faktor jarak bukan lagi halangan untuk teruna dan dara menyemai kasih.


Biarpun dipisahkan beribu kilometer, perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh. Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh.



Namun, biar situasi apa sekalipun, soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan penting bagi pasangan bercinta jarak jauh. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging jika dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini.



Lama tidak bersua muka, mendengar suara dan sekadar melepas rindu di alam siber - apakah ini mampu dihadapi pasangan bercinta? Apakah hati mampu bertahan andai saban hari hati gundah gulana dan diburu pelbagai kemusykilan dan kegusaran mengenai si dia?



Semua faktor ini sedikit sebanyak pasti menimbulkan ketegangan dan pergeseran dalam hubungan jarak jauh. Apatah lagi, andai si dia jarang menghubungi jauh sekali mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti lazimnya. Akhirnya, hati mula dilanda cuak dan pelbagai persoalan mula menerjah minda.



Sehubungan itu, tidak mustahil soal kesetiaan menjadi persoalan hingga hati mula dikuasai fikiran negatif mengenai si dia yang berubah sikap.



Dalam memperkatakan isu hubungan jarak jauh, bagaimana jejaka menghadapinya? Apakah lelaki boleh menjadi pencinta yang setia dan komited dalam menjalin hubungan bersama si dia walaupun tidak bertentang mata?



Apakah lelaki cenderung tewas dalam permainan jiwa hingga diam-diam curang terhadap pasangan biarpun pada mulanya sekadar berseronok mengisi kesunyian?



Mengulas mengenai hubungan jarak jauh dan perilaku lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof. Madya Dr Fadzil Che Din, berkata secara psikologi lelaki mampu mengharungi perhubungan jarak jauh dengan baik berdasarkan kesan pemikiran mereka.



Dr Fadzil berkata, umumnya seseorang lelaki dapat menguasai teknik dinamakan sebagai helah bela diri di mana ia mampu mengharungi ego lelaki dalam berdepan dengan risiko serta keadaan yang mengganggu pemikiran mereka sama ada sedih, rindu dan sunyi.



“Sebab itu, jika kita lihat, lelaki cuba mengalih perhatian mereka daripada terganggu perasaannya dengan mengisi pelbagai aktiviti seperti memancing, bermain bola sepak dan sebagainya.



“Lelaki mampu mengharungi dengan baik kerana pengaruh oleh otak kiri yang memandu pemikiran untuk menjadi lebih rasional,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.



Berbanding wanita, kata Dr Fadzil, golongan itu lebih cenderung mengekspresi diri dengan membiarkan rasa sedih, rindu dan sebagainya kesan daripada pengaruh kedua-dua belah otak. Ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih sensitif, beremosi dan romantik.



Mengenai kemungkinan lelaki berlaku curang, beliau berkata, secara dasarnya lelaki berdepan dengan tiga fasa dalam kehidupannya bermula daripada proses awal akil baligh sekitar usia 14 dan 15 tahun sebelum beralih kepada fasa matang seawal usia 24 tahun.



Apabila mencapai usia 40-an, lelaki akan memasuki gelombang penurunan.



“Begitu juga dengan wanita, mereka turut melalui fasa dalam putaran kehidupannya di mana bermula daripada fasa datang bulan hinggalah kepada usia ranum sekitar 21 tahun.



“Berbalik pada kemungkinan lelaki berlaku curang, ia bergantung kepada cara lelaki mengurus dirinya dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkemungkinan untuk berlaku curang.



“Apabila mencecah fasa ketiga dalam kitaran hidupan itulah menentukan sejauh mana lelaki mampu berdepan dengan risiko kecurangan,” katanya yang beranggapan tiada sebab untuk menggagalkan hubungan jarak jauh berikutan adanya kemudahan teknologi maklumat (IT) yang semakin maju.



Mengumpamakan pepatah ‘jauh di mata, dekat di hati’, Dr Fadzil berkata, komunikasi yang tiada batasan secara logiknya mendekatkan hubungan walaupun tiada bentuk hubungan fizikal yang dapat terjalin. Penting untuk menanamkan kepercayaan dalam hati untuk memastikan hubungan jarak jauh berkesan untuk satu tempoh masa yang panjang.




Dr Fadzil berkata, adalah berbaloi untuk meneruskan hubungan jarak jauh asalkan masing-masing sanggup bekerja keras dan tidak sesekali cuba membangkitkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi hingga akhirnya boleh menggugat kepercayaan dan kebahagiaan.



“Dengan hubungan sebegini, kita sepatutnya rasa gembira kerana ia sebenarnya menguji sejauh mana kita mampu mengharungi cabaran hidup berjauhan. Malah, apabila sudah berdepan cabaran sejauh ini, tiada masalah untuk kita berdepan cabaran lebih besar.



“Cuma pastikan, sentiasa memelihara hubungan dan tidak membangkitkan beberapa persoalan hingga boleh mencetuskan pertelingkahan. Apabila bertelingkah, bimbang pula ia boleh membawa kepada konflik lebih besar sehingga boleh berpisah,” 

 p/s: Cinta hakiki adalah cinta pada Allah Yang Esa. 
Bercintalah seikhlas hati bertunjangkan cinta Allah.

Dalam kerugian

 
Terlalu banyak yang belum ku tahu ,
Aku masih mentah dalam menilai,
Aku masih terkaji-kaji tentang nilai kehidupan,
Aku masih terkapai-kapai mencari haluan,
Aku perlukan penjelasan terhadap semua ini. 
 
Aku tahu, Al-Quran jawapan segala persoalan,
Kitab Ilmu Allah tiada yang dapat tandingi,
Tersurat segala ilmu alam dan ghaib,
Segalanya telah dibekalkan,
Kaji dan amalkanlah....
 
Namun Ya Allah,
Bagaimana bisa aku,
Aku tidak tahu membacanya,
Aku tidak kenal huruf,
Apatah lagi bait-bait ayatnya,
Hanya dibiarkan Ia berhabuk,
Menjadi tugu di atas almari,
Malah tidak dilihat dengan ekor mata sekalipun,
Apatah lagi menyentuhnya... 
 
Hinanya diri ini...
Akulah manusia rugi....
Ampunilah aku Ya Allah...
Kerna tidak mempedulikannya selama ini... 
Aku alpa...
Aku buta hati...
Terlambatkah aku?
Aku takut,
Aku bimbang helaiannya kosong,
Segalanya telah terlambat,
Kiamat yang Engkau telah janjikan
di akhir zaman.... 
 
Berilah aku peluang Ya Allah,
Aku malu Ya Allah..
Malu kepada Kau Ya Allah...
Beri aku peluang mempelajarinya....
Tunjukkanlah aku jalan...
 
p/s: Sesungguhnya manusia hidup 
dalam kelalaian.

 
 

Agama Islam, Agama Yang datang dari Allah


Daripada Saiyidina 'Umar, beliau berkata:

"Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah  Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu." (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.


Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.


llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat ataumengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya. 


p/s: Cepatnya masa berlalu. Dah 2012 pun. 

Rakan Yang Setia