Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Indahnya Alam Allah


Bertapa hebatya ciptaa Allah...
Langit biru berarak awan kelabu,
Hangat mentari menyinari hari...
Luasnya bumbung Allah....
Taqjub lalu mengucap syukur...

Damainya hati ....tarian pepohon hijau..
Angin nyaman merasapi jiwa...
Hujan lebat berlumba-lumba membasahi bumi...
Girangnya hati rezeki Mu melimpah...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan buat memerhati indahnya alam ini...
Suatu nikmat yang tidak ternilai...mencuci mata, menenagkan jiwa, memuji-muji rahmat Mu Allah...

                                                                                         p/s: Hati sedang diamuk bahagia...

Di Atas Satu Cinta


"Apabila cinta memanggilmu, ikutlah ia walau jalan berliku-liku,
dan apabila sayapnya merngkumimu, pasrahlah dan menyerah,
walau tersembunyi pedang di balik selanya itu melukaimu."


    p/s: Cintailah Allah, pasti yang lain akan menyusul...

Sesegar Titisan Embun Pagi


Ya Allah bangkitkanlah aku, jangan biarkan aku tenggelam dalam keluhan.
Bangkitkanlah aku di saat ujian bertubi-tubi melandaku...


Kadang terlalai...bertapa taqjubnya kehidupan ini....
Ya Allah, kepadaMu aku bersaksi...dan menyerah seluruh hidupku. Allah, anugerahkanlah hidupku kepadaku kejujuran dan kemampuan memegang teguh kejujuran itu sepanjang hidpku.....


Aku yakin pasti ada kebaikan disebalik semua ini....
 Bukalah pintu hatiku, agar aku dapat melihat hikmah-hikmahMu itu....

p/s: Semoga sentiasa diberkati Allah dalam melahirkan keikhlasan... 

Doa Mohon Anak Yang Soleh


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Ali' Imran)


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)
 p/s: Semoga kelak mendapat anak-anak yang soleh..

Doa Jodoh Yang Baik




"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadilkanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Furqan: 74) 
    p/s: Mengharap Redha Allah

Supaya Tabah Menghadapi Musibah

Assalamualaikum.....
Wahai sahabat...Tanpa cubaan dan dugaan kita sebenarnya lemah. Kita tidak pernah menghadapi keadaan itu, jadi bagaimana kita boleh dikatakan insan yang tabah. Allah ingin menjadikan kita manusia yang tabah. Melalui msusibah, kecemasan, keletihan mahupun lain-lain cubaan, itlah caranya yang mendidik kita untuk menjadi lebih tabah.
Sabda Rasulullah saw: 
"Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan memberinya cubaan.
(HR Bukhari dari Ab Hurairah r.a)
Allah swt menjelaskan: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka akan mengucapkan: 'Sesungghnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali'."( Al-Baqarah:155-156) 
Kesimplannya di sini, musibah yang hadir kepada kita bukanlah bertujuan melemahkan kita tetapi sebagai sumber kekuatan kepada kita untuk menjadikan kita lebih tabah dan sentiasa ingat pada Allah dengan mensyukuri segala nikmaNya.

Jika berhadapan dengan situasi ini, maka sebutlah innalillahi wa innaillaihi rajiun (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali)....Ucapan istirja' ini tidak termaktub pada peristiwa kematian sahaja, tetapi juga pada pelbagai keadaan. InsyaAllah kita akan menjadi lebih tabah...

  p/s: Bibir tidak mampu mengungkap kata-kata namun hati tetap berbicara.

Rakan Yang Setia