Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Penyelamat Seksa Kubur

AL- MULK ~

Ibnu Abbas berkata: “Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahwa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu: Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269)



Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata:
“Surat Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur, surat ini termaktub di dalam Taurat, barangsiapa yang membacanya di malam hari ia akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan, …Sungguh aku membacanya dalam solat sunnah sesudah Isya’ dalam keadaan duduk. Ayahku (sa) membacanya pada siang dan malam. Barangsiapa yang membacanya, maka ketika malaikat Munkar dan Nakir akan masuk ke kuburnya dari arah kedua kakinya, kedua kakinya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini berpijak padaku lalu ia membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam; ketika mereka datang kepadanya dari rongganya, rongganya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah menjagaku dengan surat Al-Mulk; ketika mereka datang kepadanya dari arah lisannya, lisannya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam denganku.  (Al-Kafi 2/233/hadis 2)


Imam Muhammad Al-Baqir (sa): “Bacalah surat Al-Mulk, kerana surah ini menjadi penyelamat dari siksa kubur.”


Marilah kita mengamalkan surah ini...Sesungguhnya azab Allah itu teramatlah pedih. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita di saat itu maka kekal lah kita dihisab dengan azab Allah.Sememangnya mati itu pasti, akhirat itu abadi.

    p/s: Ingatlah mati... Takutilah mati...Pasti akan perolehi kebaikan dunia dan akhirat..InsyaAllah...

Sampaikan Ilmu


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri
Ibrahim bin Habib bin As Syahid berkata:ayahku berpesan!" Wahai anakku, datanglah engkau kepada para fuqaha' dan ulama.belajarlah daripada mereka.ambillah adab-adab, akhlak-akhlak dan tingkah laku mereka. Sesungguhnya itu semua lebih aku sukai daripada banyak menulis hadis."
 
  p/s: Kadang niat yang baik itu selalu disalah erti...

Doa Wanita Yang Kedatangan Haid

Riwayat daripada Saidatina Aisyah R.A diambil daripada kitab yang bernama Durrantun Nasihin Fil Wa, zi Wa Israr dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakril Khubuwi.
"Tidak ada daripada seorang perempuan yang didatangi haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu dripada dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari pertama yakni:

"Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa." 
~Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah swt baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid mankala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah swt di dalam masa haidnya.

  p/s: Hebatnya menjadi wanita, alhamdulillah...pasti diamalkan doa ni..

Kisah Barshish dengan Syaitan

Kita sebagai hamba Allah janganlah merasa aman dari perangkap syaitan atau tipu muslihatnya. Buatlah persiapan sesunggunhnya untuk mengerah diri dengan mengumpul kekuatan yang ada meminta pertolongan Allah Yang Maha Esa. Tiada yang dapat membantu diri kita dari godaan syaitan kecuali hanya Allah swt. 
"Pujukan orang-orang munafik itu adalah seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: 'Kafirlah kamu. Maka tatkala manusia itu kafir ia berkata: ' Sesunggunhnya aku terlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta Alam."(QS. Al-Hasyr 59:16)

Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang ahli ibadah dari kalangan kaum Bani Israil, bernama Bashish. Dia seorang ahli ibadah besar, tinggal di dalam sebuah singog untuk menyembah Allah, tetapi ibadahnya lebih mendominansi ilmunya, padahal orang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan lebih baik dari seribu orang ahli ibadah. Setelah dia menyembah Allah, bersujud kepada-Nya dan banyak berzikir menyebut nama Alah, Allah ingin menguji keimanan dan keyakinannya.
"Apakah manusia itu berkira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:' Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?" (QS. Al-Ankabuut 29:2)
Dia duduk, lalu datanglah kepadanya sejumlah lelaki dari kalangan mujahidin Bani Israil. Mereka berkata: "Hai Barshish, sesunguhnya kami ingin pergi berjihat di jalan Allah, sedang kami mempunyai seorag saudara perempuan yang tinggal di rumah kami di sebelah rumahmu. Dia tidak mempuyai teman sesudah Allah, kecuali hanya engkau. Oleh keran itu, kamu jarus menjaganya sampai kami kembali dari jihad." Barshih menjawab: "Ini merupakan satu penghormatan bagiku. Aku terima hal ini dengan segenap hati."

Mereka pun berangkatlah berjihad di jalan Allah dan Barshish tinggal di dalam rumahnya menyembah Allah. Maka dataglah syaitan dan berkata: "Hai Barshish, sesungguhnya wanita ini dalam jaminanmu. Dia adalah wanita muda yang berada dalam perlindunganmu. Jika engkau biarkan, barangkali dia akan berasa kesepian. Sebaiknya engkau julurkan kepalamu setiap pagi hari, lalu engkau ucapkanlah salam kepadanya. Itu sama sekali tidak akan membahayakanmu, kerana dia seorang wanita yang memakai hijab." Barshish pun menerima saranan syaitan, lalu menjengukkan muka dan mengucapkan salam kepada wanita itu.

Syaitan datang lagi unuk kedua kalinya lalu berkata: "Sebaikya engkau tinggal di sebelah rumahnya agar dia tidak didatangi oleh lelaki lain atau ditakut-takut oleh jin yang jahat." Barshish turun dan tinggal di sebelah rumahnya tanpa melihatnya.

Syaitan datang lagi kali ketiga kalinya, lalu berkata: ''Sesungguhnya dia adalah seorang gadis yang asing lagi kesepian, keluarganya keluar untuk jihad, maka tiada seorang pun yang menghiburkan atau mengajaknya berbual." Barshish pun turun dan menghiburkan serta mengajaknya berbual sedang gadis itu memakai hijab. 

 Syaitan datnag lagi buat kali keempat berkata: "Engkau adalah orang alim, cerdas, lagi terpelihara oleh Allah dan syaitan takut kepadamu. Maka mendekatlah kamu kepadannya dan ciumlah dia." Akhirnya Barshish terjerumuslah ke dalam perbuatan keji (zina) dan perempuan itu pun mengandung.

Setelah perempuan itu mengandung, syaitan berkata kepada Barshish: Apabila saudara-saudara lelakinya datang dan mereka melihat kemungkaran ini dia akan menceritakan kepada mereka kejadian yang dialami olehnya denganmu dan orang-orang akan menuduhmu sebagai pelakunya maka harga dirimu jatuh di mata mereka. Sebaiknya kamu bunuh saja dia kerana hal ini lebih baik bagimu." Akhirnnya Barshish menyembelihnya dan menggali kubur dalam rumah wanita itu lalu mengembumikannya.

Tidak lama kemudian, datanglah saudara-saudara lelaki  perempuan itu dari jihad dan mereka bertanya: "Dimanakah saudara perempuan kami?" Barshish menangis dan menyesal. Dia mengeluarkan air mata buayanya secara berpura-pura demi harga dirinya lalu menjawab: "Dia telah sakit kuat lalu meninggal. Dia adalah seorang wanita yang zuhud dan ahli ibadah. Aku kebumikan dia sesudah mendoakannya." Mendengar berita itu mereka menangisi kematian saudara perempuan mereka dan percaya berita Barshish, mereka pun tidur malam itu. Syaitan datang kepada saudara tertuanya dan menceritankan kepadanya bahawa sebenarnya Barshish telah berbuat zina dengannya dan membunuhnya. Syaitan itu mendatangi saudara yang kedua dan ketiga dalam mimpinya masing-masing, lalu memnceritakan kepada keduanya.

Keesokan harinya mereka menceritakan mimpi masing-masing, lalu bersepakat untuk membalas perbuatan Barshish terhadap saudara perempuan mereka. Mereka berangkat dan membongkar kubur yang telah ditunjukka oleh syaitan kepada mereka. Ternyata mereka menjempuinya dalam keadaan telah hamil dan mati kerana dibunuh.

Syaitan pun datang dan berkata: "hai Barshish, tiada yang dapat menyelamatkanmu, kecuali jika kamu mahu besujud kapadaku sekali agar aku boleh melindungimu." Akhirnya Barshish kafir kepada Allah dan mahu sujud kepada syaitan sekali sujud. Selanjutnya, mereka membunuhnya dan menyalibnya.

(Diketengahkanoleh Thabari dalam kitab Tafsirnya, Abu Na'im dalam Kitab Hilyahnya dan Al-Hakim.)
Allah berfirman:" (Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manussia: 'Kafilah kamu, maka tatkala manusia itu telah kafir, ia berkata:' Sesungguhnya aku terlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.' Maka adalah kesudahan keduanya 'bahawa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka. Mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim." (QS. Al-Hasyr 59:16-17)
Begitulah kesudahnya. Wahai sahabat sekalian, berpegang teguhlah kepada Allah dan berlindunglah kepada-Nya. Peliharalah hubungan dengan Allah, Allah pasti akan memelihara kita. Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Berkuasa. Berpesan-pesanlah. Sesungguhnya ini adalah peringantan buat diri juga....

 p/s: Syaitan adalah musuh utama manusia. Bimbang hati in tidak kuat dalam menangkis godaan syaitan.

Nak Pergi Belajar lah ni...!!



Membawa diri ke satu tempat, mencari semangat dan ketenangan....
Hidup di dalam sarang yang menyesakkan lagi fikiran...
Lemahlah minda dek kerana godaan tempat beradu, lemah selurh anggota, maka hilang di dunia, damai di alam mimpi...Sedari masa telah meninggalkan insan yang lalai ini....
Tekanan datang menerjah tatkala sedar semua telah terlambat....
Aku insan lalai, yang mensia-siakan perluang yang ada....
Kakak Nadia Yusra, ayuh kita pergi perpustakaan...belajarrrrrrrrrrrrr.......!!!

 
       
    p/s: Belajar sebelum terlambat.... 

Doa Selepas Tidur



Syukur nikmat, aku masih hidup...
Allah masih memberi aku kesempatan untuk menambah amalanku...
Terima Kasih Ya Allah...kerana memberi aku peluang untuk beribadah lagi kepada-Mu...
Aku masih celik lagi untuk melihat kehebatan ciptaan-Mu Ya Allah...
Semakin bertambah kecintaanku pada-Mu...

   

Doa Ketika Terkejut Dari Tidur





.
 Doa Ketika Terkejut/Terganggu Ketika Tidur atau Merasa Kesepian.
Apabila terkejut dari lena, maka eloklah dibaca doa ini....
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan peroleh keamanan..InsyaAllah..
 

Doa Apabila Membalikkan Diri/Tubuh Ketika Tidur



Dari Asiyah r.a berkata Rasulullah S.A.W apabila membalikkan tubuhnya pada waktu malam, baginda membaca doa ini. (HR Al-Hakim)


7 Sebab Ingin Kahwin


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith) 
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja.
4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa saja.
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala.
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik
wallahua'lam ^_^'

SHARE jika sudi :) via My Networks

 p/s: Indahnya perkahwinan, bercinta bertunjangkan CINTA ALLAH...
  

Bidadari Idaman


 Perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah kerana ujian yang menimpamu.

Maha suci Allah...berperang dengan diri sendiri. Melangkah ke suatu tahap yang amat digeruni.

 " Apabila Allah telah menetapkan sesuatu takdir, maka yang paling berharga dicintai-Nya adalah meredhai takdir-Nya."  


p/s: Biarlah kita kecil di mata manusia tetapi mulia disisi Allah SWT.

Memohon Kebaikan

“Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahanku dalam redha-Mu. Dan seretlah aku kepada kebaikan. Jadikan Islam sebagai keredhaanku yang tertinggi. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah. Sesungguhnya aku hina maka muliakanlah. Sesungguhnya aku miskin maka kayakanlah wahai Dzat yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi.” (Riwayat Al Hakim)
 
p/s: Berdoalah selagi bernafas.... 

Rakan Yang Setia