Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

Saya jumpa ini dari blok Cik Tom.... Semoga berguna masa nak buat apam polkadot, dot, dot ni ya....

 1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.
 Cik Tom kata >>>*Sesiapa yang nak copy resepi ini dipersilakan. Kalau nak copy masukkan dalam blog/ website, sila nyatakan sumber dari cik tom. Memang sumber asal resepi cik tom ambil dari shell@myresepi. Tapi segala ayat dan tips dalam entry resepi apam polkadot blog cik tom ini telah digubah mengikut kesesuaian, pengalaman dan ayat cik tom sendiri. Terima kasih.
                             p/s: Memikirkan aktiviti seterusnya.

Ulasan

  1. apam dot dot. bestnya. tapi, tak berani nak try. macam tak jadije :)

    BalasPadam
  2. InsyaAllah mesti jadi nanti..kene beranilah..sebenarnya una pun belum cuba lagi. InsyaAllah t nak cuba buat ggak seban kukus2 je...huhuhu..

    BalasPadam
  3. Salam kak..sy da buat byk kli apam,so far xde mslh..Tiba2 bru2 ni sy wt 2x ade je xkne.berlubang abis apam sy.sy Baca sb2 so sy baiki la dri situ,but still sama je..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?