Apam Gula Hangus

Nyam-nyam....saya suka apam gula hangus. Sedap....
Jom kita cuba buat. Senang dan tak rumit.

Bahan-bahannya:
1 gelas gula (untuk dijadikan gula hangus)
1/2 gelas air
1/2 gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan
2 1/2 gelas tepung gandung
2 sudu soda bikaronat

Cara-cara:
1) Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2) Ayak tepung dan soda bikarbonat. (ketepikan)
3) Sementara itu panaskan air dan gula untuk dijadikan gula hangus denga api yang sederhana sehingga kekuning-kuningan. (Tutup api dan biarkan sebentar)
4) Setelah itu pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
5) Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi.
6) Masukkan pula santan. Gaul sehingga rata.
7) Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana.
8) Sejukkan. Siap untuk dihidang.

Tengok....mudah sahaja cara membuatnya. Selamat mencuba....

               p/s: Masa sejuk-sejuk hujan ini lah yang menyebabkan tempolok berkeroncong irama rock. (Kes lapar sangat dah ni...)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?