Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Daun Sirih Segarkan Wajah


Tengok bertapa hebatnya kita Melayu. Petua nenek moyang nak sihat banyak tapi masih tak suka nak ambil tahu. Kolot ke amalkan untuk kesihatan? Orang zaman sekarang sanggup berhabis untuk sihat. Jadi apalah salahnya kita gunakan malar hijau ni, daripada dia mati kering. Allah telah ciptakan penyakit, tetapi Dia juga sediakan kita ubat-ubatan untuk kita berusaha dan berikhtiar. Sesungguhnya orang yang bersabar akan peroleh habuannya. Ha, gitulah ceritanya.... Mari kita lihat apa benda sebenarnya daun sirih dan khasiatnya.
 
Daun sirih....Nama pokok menjalar yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Banyak kegunaan dan khasiatnya. Sepeti yang kita tahu, daun sirih sering digunakan dalam pelbagai adat istiadat orang Melayu. Sehingga ke hari ini tepak sirih masih menjadi keutamaan di dalam adat istiadat perkahwinan. Menurut orang tua-tua dahulunya tepak sirih atau daun sirih ini akan diletak di ruang tamu. Sebelum air bujang dijamu, sirihlah yang menjadi santapan mereka. Kalau tak makan akan dianggab tidak beradab.

Itu adalah adatnya berkaitan tumbuhan ini.. Saya kurang arif berkaitan adat Melayu ni, bukan tak mahu belajar, kalaulah belajar sekalipun tidak terikut...terlalu banyak. Rasanya ramai yang kenal daun sirih ini. Tapi tak ramai yang tahu khasiatnya. Bukan sahaja untuk di makan/minum malah untuk dijadikan ubat sapu, air bilasan dan sebagainya.

  • Kurangkan resdung/cerahkan penglihatan/segarkan dan pencuci muka:
Basuh muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Seelok-eloknya 3kali disertai dengan selawat. InsyaAllah muka akan segar dan kurang jerawat. Jika yang ada resdung tu, sedut air rebusan daun sirih itu semasa mencuci muka dan sambil-sambil basuh muka juga, janganlah ditutup matanya. Biarkan mata terbuka. InsyaAllah terang mata, muka bercahaya, bernafas pun segar.  
  • Bau ketiak/badan:
Ambil daun sirih 2-3 helai direndam dalam air panas 1/2gelas. Tambah satu sudu teh gula pasir. Biarkan sampai air suam-suam kuku. Jangan lupa sebelum minum didahului dengan bismillah dan selawat. Asingkan daun sirih itu tadi dan airnya diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu. Boleh juga ketika mandi, daun sirih yang telah lumat dicampurkan sedikit air, dilumurkan di sekitar bandan dan ketiak. Bandan akan kurang berbau dan daki.
  • Ubat bisul:
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbul sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling tempat bisul. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih. 
  •  Perapat/keputihan/gatal-gatal/kurangkan bau busuk  di vagina :
 Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar, dan buah manjakani. Gunakan rebusan daun sirih untuk dibuat cebok dengan disertai selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kalau gatal-gatal badan boleh juga air rebusan daun sirih ini dibuat mandi. 
  • Hidung berdarah:
Ambil sehelai daun sirih, dilipat dan direyuk-renyuk (gosok-gosok di telapak tangan) sehingga lembut. Terus sumbat di lubang hidung. Mendongak dan bernafas seperti biasa.  Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.
  • Bau mulut dan gusi berdarah:
    Kunyah daun sirih sehingga lumat, tahan dan dikumur-kumur. Setelah itu, ludah. Jangan ditelan pula (nak telan pun boleh). Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 
~Peringtan selalunya kalau rebus air daun sirih, pastikan kalau letak 4 gelas air, hasil air rebusan tadi mestilah kurang dari kuantiti asal airnya tadi. Contoh 4 gelas, jadinya 2 gelas. 


Setakat ini sahaja yang saya tahu mengenai petua nak manfaatkan ciptaan Allah yang berguna ni, daun sirih.
Selamat mencuba........ :-D


 p/s: Ada lagi beberapa petua merepek saya, yang saya reka sendiri. Segan nak kongsi....belimbing buluh+bawang+madu= nanti saya kongsi ya...

2 ulasan:

  1. Banyak betul kjasiat daun sireh ni. Terima kaaih atas perkongsian yg amat bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Saya dapat tahu juga kalau utk perempuan menjaga 'anu'nya... ini petuanya. Sebelum tidur, ramaskan daun sirih yang agak lebar daunya dan letakan pada seluar dalam dan pakailah seluar dalam bersama daun sirih itu semalaman. Ini dapat menjaga keanjalan, mengelakkan keputihan dan bau yg kurang menyenangkan pada alat sulit wanita. Tak percaya, saya mmg lakukan setiap malam dan ini untuk sang suami.... semakin berselera dia menjamah diriku

    BalasPadam

Rakan Yang Setia