Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum sahabat....


Sesungguhnya dengan berselawat jiwa akan menjadi tenang. Selawat merupakan salah satu amalan yang paling utama. Terdapat banyak kelebihan jika mengamalkan selawat nabi ini. Antaranya:

- Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas daripada kerumitan semasa perhisaban.
- Menyebabkan hajat doa dan amalan diterima Allah. Maka amalkan selawat pada pembuka dan penutup doa.
- Boleh menghapuskan dosa dan kesalahan lalu.
- Menjadi jaminan untuk mendapatkan rahmat Allah di dunia dan akhirat. Juga mendapat syafaat Nabi Muhammada saw.
- Sebagai benteng daripada sifat orang munaiq dan kafir.
- Berselawat jga dianggab bersedekah. Sebagai ganti kepada mereka yang tidak mampu bersedekah.
- Selamatkan daripada huru-hara hari kiamat.
- Dikasihi Rasulullah dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga.
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia. Manakala di akhirat pula terlepas daripada segala dukacita, sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah paling banyak berselawat untukku."
- Rasulullah saw juga bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya yag membaca satu selawat kepadaku, nescaya daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjat." (Riwayat Ibn. Abi Syaibah)
- Dalam riwayat al-Tabrani daripada Husian bin Ali ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ''Di mana sahaja kamu berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."' 

 Kongsi dan sebarkan. Sama-sama kita perolah kebaikan.


p/s:  Mencari redha Allah........

Ulasan

  1. ''Di mana sahaja kamu berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."' <- Tiba-tiba rasa sebak.. .

    BalasPadam
  2. Ingat ye syg, selalu berselawat ye..Buat ape2 sekalipun....
    Ni ade satu cerita una nak kongsikan. Una ada teserempak dengan mak cik ni, dalam lingkungan 50+ thn camtu lah, muka die berseri2 nampak muda. Una tanya mak cik tu, 'Mak cik pakai produk ape muke bersih je?" Mak cik tu jawab, "Mak cik dari mude pakai bedak mesti selawat nak....."
    Huhuhu...subhanallah, hebat kan selawat ni leia....:D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?

SABAR ITU INDAH