Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Apa Hal Lah Ni...?


Hakim mengingatkan seorang lelaki tua yang berdiri di kandang tertuduh dalam sebuah perbicaraan. Dia dituduh bernikah kali kedua dengan seorang janda berhias di selatan Thai, tanpa kebenaran.

Hakim       :  Kamu tahu kan.....kamu dikehendaki bercakap benar?
Lelaki tua :  Tahu yang arif...
Hakim       :  Kamu tahu apa akibatnya jika kamu tidak bercakap benar, maksud saya berbohong di makamah?
Lelaki tua  :  Tahu yang arif...
Hakim       : Apa yang kamu tahu?
Lelaki tua  : Saya pasti akan dibebaskan kerana tiada kes!

Hahahaha....   

Bukan mudah untuk bercakap benar. Bercakap itu amalan mulia dan disukai Allah...Bukan semua orang mampu untuk bercakap benar. Berat mulut untuk mengungkapkannya. Kita perlukan kekuatan untuk bercakap benar. Terutama jika berkait dengan sesuatu yang mengaibkan diri, nyawa dan sebagainya...

Siakap senohong ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.... 

Tiada istilah bohong sunat untuk melepaskan diri....Jujurlah pada diri, jangan zalimi diri sendiri...InsyaAllah selamat dunia akhirat...Wallahualam.. 


p/s: Kadang mulut berkata yaa...tapi hati tak siapa tahu...Hanya diri sendiri sahaja yang tahu...Opsss...Allah pun tahu, Ingat tu!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Yang Setia