Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Titipan Kasih

Assalamualaikum...

Titipan kasih, pesanan ringkas...
Jaga HADI yaa... huhuhu...
Sering berpesan jaga hati, jaga amal, jaga diri, jaga iman...
Waktu berputar, perjalanan hidup bukanlah mudah, tidak terduga detik sesaat depan...

Sayu tenang dalam lena,
Damai dalam laku, 

Sukar meniti titian zahir,
Sekadar renungan bertapa pentingnya menjaga HATI AMAL DIRI IMAN ini... 

Peliharalah HATI mu,
Tabahkan hati mu berhadapan dengan segala dugaan dan cubaan,
Ada yang indah menanti di hadapan,
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah swt...

Peliharalah AMAL mu,
Didik dirimu untuk sentiasa beramal soleh,
Di manapun kamu, Allah Maha Melihat,
Semoga sentiasa diredha Allah swt...

Peliharalah DIRI mu,
Kuatkan diri mu demi hidup ini,
Jangan cemarkan tubuh itu dengan nista...
Semoga diberkahi Allah swt...

Peliharalah IMAN mu,
Meskipun godaan sehebat Tsunami,
Teguhkan benteng imanmu, jangan biarkan ia runtuh,
Keikhlasan demi Yang Esa pasti terbalas,
Semoga sentiasa dirahmati Allah swt...

   p/s: Segala kurnia hadir sekadar pijaman, bimbang tersungkur terlihat permata kaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Yang Setia