Kembalilah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


 
Setiap amal dan perbuatan sentiasa diperhatikan oleh-Nya. Mana mungkin kita terlepas dari pandangan pencipta kita...Rekod amalan akan dibuka di hari perhintungan. Tidak gerunkah hati andai tercampak ke neraka jahanam dek kerana negatif amal kebaikan? Hidup di dunia dilitupi kemungkaran dan sifat angkuh pada kebenaran kehidupan akhirat yang 
kekal abadi. Di dunia mungkin kita boleh lari daripada sebarang tindakan undang-undang manusia, sebaliknya mampukah kita hendak lari daripada undang-undang Allah, kerana segalanya adalah milik Allah. Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. 
 
Kembalilah semula ke jalan Allah. Masih belum terlambat. Bertaubatlah...Jika dikehendaki Allah, Dia Tuhan yang berhak dipatuhi perintahnya, dan Dialah jua yang berhak mengampunkan orang-orang yang beriman dan taat kepada-Nya...
Yakinlah kepada Allah..InsyaAllah selamat dunia akhirat. 

 

p/s:Renungan bersama...mudah-mudahan terbit rasa keinsafan dan kecintaan kepada Yang Esa..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?