Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Duhai Sahabat


Jangan bersedih kiranya sahabat anda melupakan anda hari ini....Kerana sesungguhnya berasa bersyukurlah, Allah Yang Esa tidak pernah sekalipun melupakan anda, sebaliknya sentiasa dalam perhatianNya. Bahawa Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. 

~Begitu jua keluarga tercinta, sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan anda. InsyaAllah, kegembiraan akan sentiasa menjadi milik anda...

                                             ...........Senyumlah...pasti peroleh ketenangan....

                                                                 p/s: Membisu jalan terbaik daripada tertikam lidah....

Aurat



Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Hanya Pada Allah



Terperangkap dalam diri...terpedaya oleh bayangan yang tidak pasti...Dalam hintungan masa tak terluntur kekesalan...

Sungguh sabar itu indah...entah mengapa kalimat sakti itu ibarat hilang dari pegangan, padahal itulah yang kerap meniti di bibir saban waktu... Khilaf dan salah mendewasakan manusia, andai manusia itu sedar akan khilaf itu sudah akan memperbaiki diri... 

Dalam sepi muhasabah diri...mengalir zikir dalam pembuluh, moga Ya Illahi lindungi diri ini daripada rasa putus asa. Sementara ada kesempatan ini, mencuri peluang kembali menghambakan diri melangkah dan mendekati Ya Rabb. 

Setulusnya mencinta-Mu Ya Allah... meskipun diri ini hina...tidak akan pernah berhenti berharap untuk bertemu Mu Ya Rabbi.... 

Hanya Rahmat dan Kasih Sayang Mu yang dapat menyelamatkan perjalanan hidupku ini Ya Allah...

                                      p/s:  Diri yang beralasan untuk membenteng sesuatu...

Rakan Yang Setia