Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Istikharah

Assalamualaikum...

Sesungguhnya hidup ini adalah ketentuan Allah swt. Namun dalam perjalani hidup ini, semua mahukan yang terbaik dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada Allah. Silap memilih jalan amat digeruni kerana sememangnya tidak mengetahui apa yang menanti di masa hadapan. Kebimbangan tidak redha dan gembira atau mungkin menyesal akan sesuatu keputusan yang dipilih. Oleh itu, sebagai  hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah adalah disunatkan untuk kita melakukan istikharah....untuk memohon pertunjuk dan keputusan yang terbaik daripada Allah  swt untuk dilaksanakan.



~Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
~Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
~ Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.~ Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca. 

 Niatnya: 


Maksudnya: Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala 
  
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini setelah memberi salam: 

Maksudnya:  "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".





Perbezaan antara MAHRAM & MUHRIM

Assalamualaikum....

Dewasa ini kita semua perasan drama-drama di TV sudah banyak menyampaikan jalan cerita yang lebih menjurus kearah Islam dan banyak pengajaran yang akan kita dapat jika kita faham akan apa yang hendak disampaikan. Mungkin ada yang melihat hanya sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya media massa merupakan antara  salah satu cabang penyampaian ilmu yang paling berkesan. Ini kerana orang lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton TV daripada menelaah ilmu yang terdapat pada helaian akhbar, buku, majalah dan sebagainya. Justeru itu, saya menyokong penuh usaha mereka dalam menyampaikan ilmu dan  pengajaran yang bermanfaat terutamanya pada kanak-kanak dan muda mudi. 

Tetapi ilmu yang hendak disampaikan itu biarlah benar dan sahih.... Kerana manusia pada asalnya tidak tahu, dan rekod penerimaan sesuatu maklumat yang pertama itulah yang akan diingatnya sampai bila-bila. Jadi apabila salah sumbernya implikasinya akan memalukan. 
Kelemahan manusia hari ini termasuk diri ini juga lebih suka menerima tanpa mengkaji kebenarannya. Baru dengar sekali sudah berani menjatuhkan hukum, dengar sekali terus menyampaikannya. Lebih bercakap tanpa ilmu akan menampakkan diri itu kurang bijak. Setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.  Jadilah bijak dalam menilai....

Apa yang saya nak kongsi disini secara ringkasnya mengenai salah faham antara MAHRAM DAN MUHRIM.... Saya dulu pada asalnya tidak tahu tetapi apabila melihat seorang sahabat yang ditegur depan ustazah barulah saya tahu...Owhhh...begitu rupanya...selama hari ini tersalah faham mengenai istilahnya.....

Mahram > Adalah orang yang haram untuk dinikahi atas sebab-sebab tertentu.

كل من حرم نكاحها على التأبيد بسبب مباح لحرمتها
Setiap wanita yang haram untuk dinikahi selamanya, disebab sesuatu yang mubah, karena statusnya yang haram. (Syarah Shahih Muslim, An-Nawawi, 9:105) 

Kemudian beliau memberikan keterangan untuk definisi yang beliau sampaikan: sila rujuk sini >>Klik<<
Muhrim pula adalah > orang yang melakukan ihram, baik untuk umrah atau haji (sedang dalam ihram setelah berniat ihram).

Berikut adalah hujah Ustaz Azhar Idrus>>


Sekadar perkongsian.....



  


Kelebihan Amalan AYAT TUJUH

Ayat Tujuh terdiri daripada SurahAt-Taubah:51, Surah Yunus:107, Surah Hud: 6 & 56, Surah Al-Ankabut: 60, Surah Fatir:2 dan Surah az-Zummar. 

Ka'b bin al-Akhbar mengatakan bahwa dengan izin Allah swt pembaca ayat tujuh mendapatkan keselamatan daripada setiap bahaya dan musibah. 

Berkaitan ayat tujuh, benarkah amalan bacaan ayat tujuh ini diambil dalilnya daripada atsar Saidina Ali Abi Thalib, yang matannya: “Barangsiapa mengamalkan membaca (ayat tujuh) pagi dan petang, maka akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada terperdaya musuh dan bala dengan izin Allah”.

Serta kata kata daripada Syeikh Mohd Yaacob, iaitu: “ Apabila ayat tujuh ini di baca siang sekali dan malam (sesudah sembahyang Maghrib dan Subuh) insyaAllah di mudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah di kasihi para hamba Allah serta di mudahkan atau di kabulkan segala apa yang di cita-citakannya ”. 

“Barang siapa yangmewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, InsyaAllah akan di mudahkan baginya sakratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Jika di bacakan ayat ini kepada orang yang sakit, maka InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkannya dengan segera”.


 

  

 






 

  

Selamat mengamalkannya..mudah-mudahan sentiasa selamat daripada apa jua musibah yang mendatang...dan dipermudahkan segala urusan..^_^



19 HADIS RASULLULLAH SAW MENGENAI WANITA



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang darip

ada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah ).

9. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

10. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun ).

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

13. Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab rasulullah, " Suaminya. " Siapa pula berhak terhadap lelaki ? " Jawab Rasulullah, " Ibunya". Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

17. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

18. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


 


 
 

 


 

Berakhir Sudah

Resah menghimpit jiwa....
Alhamdulillah berkhir juga peperiksaan...punya lah berat hati ni, subjek yang berat semuanya. Risau tak lepas..

InsyaAllah mudah-mudahan lepas dengan jayanya dan dapat keputusan yang cemerlang. Bertawakal setelah berusaha ....


Kini menghabiskan masa di rumah, sementara menunggu kembali semula untuk saat yang mendebarkan KARISMA 2012 ...
                                                                        
                                 p/s: ...Harapan yg membuat manusia itu tetap tabah utk mengharungi rintangan hidupnya...


Rakan Yang Setia