Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

SOLAT SUNAT KERANA NIKAH



Mungkin ramai yang melihat sesudah majlis akad nikah kebanyakkan mempelai lelaki akan solat sunat dua rakaat dan ada juga kedua-duanya sekali. Tapi solat apakah yang dilakukannya…? Solat sunat syukur mungkin. Ada juga yang berkata itu adalah solat sunat pengantin atau solat sunat nikah. [sumber]

Adakah solat sunat khusus untuk selepas nikah ya? Menjawab persoalan ini sebenarnya tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dengan Isnad Hasan) yang menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya sejahtera perkahwinannya dunia dan akhirat.

Solat sunat nikah ini boleh dilakukan sejurus selepas nikah atau pada waktu-waktu yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
.

Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.

 Ia dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja dan dituruti dengan sujud syukur.

Cara perlaksanaany:

a)     Lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
Ertinya: Sahaja aku Solat Sunat Kahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.”

Ada juga yang melafazkan niat sebegini:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar“
Ertinya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah . [sumber]

b)    Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
c)    Rakaat kedua Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas membaca doa selepas salam.


 SUJUD SYUKUR SELEPAS SALAM.

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.


MEMBACA DOA NIKAH

Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:


MEMEGANG UBUN-UBUN ISTERI DAN MENGUCAPKAN LAFAZ DOA
“Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan:

"Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu munculnya kebaikan darinya dan dari segala apa yang Engkau ciptakan pada dirinya; dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan dari segala apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.’


Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. Ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala. Si suami hendaklah meletakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

Atau berdasarkan hadits:

Ketika membeli unta hendaklah seseorang memegang punuknya seraya berdoa seperti itu.”
 (HR Al Bukhari dalam kitab Af’al Al’ibad hlm. 77) [sumber]



 

KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW.

Assalamualaikum sahabat…

Pengisian kali ini adalah mengenai KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW. Mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu penghormatan dan kecintaan seorang muslim terhadap baginda. Selawat ke atas Rasulullah SAW ini dianjurkan di dalam  Al-Quran, sebagaimana fimanNya:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat atas Nabi (dari Allah bererti memberi rahmat dan dari malaikat bererti memohonkan ampunan) Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya.”

Mencintai Nabi hendaklah kita dahulukan daripada mencintai diri sendiri dan keluarga. Dengan demikian barulah tergambar kecintaan kita terhadap Allah SWT.  Rasulullah bersabda maksudnya:

“Tidaklah, salah seorang dari kamu benar-benar beriman sebelum mencintai melebihi anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya.”

Terdapat keutamaan selawat Nabi SAW, iaitu:

1)      Bersama Nabi Pada Hari Kiamat
Rasulullah SAW bersabda:
“Didiklah kepada anak-anakmu mengenai tiga perkara: Cinta kepada Nabimu, cinta kepada kepada ahli bait dan cinta membaca Al-Quran. Kerana sesungguhnya orang yang hafal Al-Quran  kelak di hari kiamat dalam  naungan  rahmat Allah di mana pada hari itu sama sekali tidak ada naungan melainkan naunganNya serta para Nabi dan pilihanNya saja.”
(Riwayat, Abu Narshr Asy Syairazi, Ad Dailami dan Ibnu Majah dari Ali ra.)

2)      Menyempurnakan Iman
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri, dan ahli keluargaku lebih dicintainya daripada ahlinya, anaknya cucuku lebih dicintainya daripada anak cucunya dan keturunanku lebih dicintainya daripada ia mencintai keturunannya.”
(Riwayat Thabrani dan Baihaqi Abdurrahman bin Abi Laila)

3)      Selawat Penghubung Doa
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap doa adalah terhalang sehingga berselawat atas nabi SAW.”
(Riwayat, Ad Dailami dari Anas ra)

4)      Memperoleh Kedudukan yang Utama
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya seutama-utama manusia atau orang terdekat denganku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.”
(Riwayat An Nasa’I dan Ibnu Hibban dari Ibnu Mas’ud ra.)

5)      Diangkat Sepuluh Darjat
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan Allah menghapukan sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepdanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasa’I dan Hakim dari Anas ra.)

6)      Rasulullah Menjawab Salam Umatnya
Rasulullah SAW bersabda:
“Tiadak dari seorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima rohku  sehingga sehingga aku menjawab salam padanya.”
(Riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah ra.)

7)      Memperoleh Syafaat Di Hari Kiamat
Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.”
(Riwayat, Thabrani dari Abu Darda ra.)

8)      Disampaikan Hajat
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, yang tujuh puluh untuk akhiratnya dan tiga puluh untuknya di dunia.”
(Riwayat, Ibnu najar dari Jabir ra.)

9)      Digembirakan Dengan Syurga
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia bergembirakan dengan syurga.”
(Riwayat, Abusy Syaekh dari Anas ra.)

10)   Ganjaran Selawat Kepada Nabi Yang Lain
Rasulullah SAW bersabda:
“Berselawatlah kepada para nabi Allah dan utusanNya sebagaimana kamu semua berselawat kepadaku, sebab mereka itu utusan sebagaimana aku diutus.”
(Riwayat Ahmad dan Al Khatib dari Abi Hurairah ra.)

11)   Dekat dengan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda:
“Perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada setiap hari Jumaat, sebab selawat untukku dipintakan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka siapa yang paling banyak selawatnya kepadaku, maka ia orang yang terdekat di antara mereka kepadaku akan tingkatannya.”
(Riwayat Baihaqi dari Abu Umamah ra.)

12)   Diberi Cahaya Pada Hari Kiamat
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali, maka ia datang di hari kiamat dengan  cahaya. Andaikata dibagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.”
(Riwayat Abu Nu’aim dari Ali bin Husain ra.)

13)   Berselawat akan Sampai terus kepada Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda:
“Di mana saja kamu berada maka berselawatlah kepadaku sebab selawatmu itu akan sampaikan  kepadaku.”
(Riwayat  At Thabrani dari Husain bin Ali ra.)

14)   Dicukupkan Urusan Dunia dan Akhirat
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa berselawat kepadaku di sisi makamku maka aku mendengarnya. Siapa berselawat kepadaku  dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh satu malaikat yang menyampaikan kepadaku. Dan ia cukupkan urusan keduniaan dan akhiratnya, dan aku sebagai saksi  dan pembela baginya.
(Riwayat Baihaqi dan Al- Khatib dari Abi Hurairah ra.)

15)   Diampunkan Dosa
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampunkan baginya dosa dua ratus tahun.”
(Riwayat Ad-Dailami dari Abi Zar ra.)

Begitulah keutamaan/kepentingannya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama-sama kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW demi menambahkan kecintaan kita kepada  kekasih Allah SWT.

[Rujukan daripada Wirid & Doa Harian Dalam Seminggu oleh Muhammad Isa Selamat]




Sambal Ledok



Assalamualaikum semua…

Yuhuu..musim durian datang lagi. Sedapnya durian. Syokkknya makan sehingga menjilat jari. Heeee, tapi tak boleh lah makan semua, simpan sikit buat tempoyak. Di sini saya nak kongsikan satu resepi senang tapi sedap. Alah sama macam sambal tumis tu, bezanya pakai cili api and tambah tempoyak saja.


Bahan-bahannya:
7 biji bawang besar (kalau suka bawang banyak, tambah lagi)- Dihiris
Segenggam Cili Api (suka pedas, letak lebih) – Ditumbuk bersama kunyit, dikisar pun boleh.
½ sudu serbuk kunyit
4 senduk tempoyak (ikut suka)
3gram Ikan bilis
Minyak masak (agak2 lah untuk menumis)
Garam secukup rasa
Gula (jika perlu)

Caranya:
1)      Goreng ikan bilis yang telah dibelah dua sehingga garing. Kemudian angkat.
2)      Tumiskan cili api yang telah ditumbuk/dikisar bersama serbuk kunyit itu tadi sehingga garing. Masukkan bawang yang telah dihiris gaul rata selama 2minit.
3)      Masukkan tempoyak, tambah sedikit air, garam secukup rasa. Didihkan sekejap barulah letakkan ikan bilis tadi. Gaul rata 2minit. Siap..Hidang, wallaaaa… ^_~


Boleh dimakan enak begitu sahaja. Lagi sedap makan  dengan nasi. Buat cecah pulut/roti pun syokkk…nyamiii.. 
  



SOLAT SUNAT WUDHUK


Solat sunat wuduk adalah merupakan solat sunat lain. Ia disunatkan selepas seseorang mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada ‎‎pagi, petang, siang ataupun malam.‎ Solat sunat ini juga tergolong kepada sembahyang ‎sunat muqayyad iaitu ‎sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu ‎Solat Sunat Wuduk ‎boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan ‎sembahyang sunat.‎

Dalam hal ini al-Nawawi ada menjelaskan,



Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Bilal bin Rabah r.a. Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] : Maksudnya : 

  
 "Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh: Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku,    aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk   solat” 

Cara & Kaifiatnya melakukan sembahyang Sunat Wudhuk:

a) Lafaz Niat Solat Sunat Wudhuk: 
‎(Usalli sunnatal wudhu-a rak'ataini lillahi ta'ala ‎)‎

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah ta'ala" ‎

b) Rakaat pertama baca Al-Fatihah. Selepas itu baca surah Al-Ikhlas.

c) Rakaat  kedua baca Al-Fatihah, setelah itu baca surah Al- Nas.

 




Rakan Yang Setia