Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Cara bertayammum

Imej
         T ayammum antara salah satu kemudahan yang telah Allah berikan pada hambaNya. Sungguh Allah Maha Tahu, jadi Dia telah menyediakan cara yang sebaiknya untuk mengharuskan kita melakukan ibadah tanpa sebarang kesulitan. Oleh itu, tiadalah alasan untuk katakan sakit/cedera atau tiada air bagi mengelak atau melengah-lengahkan untuk mendirikan ibadah solat. Solat itu wajib kita dirikan walau dalam apa keadaanpun.  Untuk melakukan ibadah solat perlulah berwudhu dahulu. Disebabkan kesulitan yang dialami untuk membolehkan kita berwudhu maka adalah tayammum ni sebagai jalan penyelesaian. So, mari kita lihat apa sebenarnya tayammum dan tatacaranya... (^_^)  A.     Erti Tayammum Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakuka