Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Kembali

Imej
Assalamualaikum. Pemulaan kembali daripada sesuatu yang terhenti. Keliru, hendak dicoretkan apa setelah bertahun lamanya ruangan ini tidak diisi, apatah lagi untuk menjengah. Segalanya tersekat dipertangahan jalan, seakan semangat hilang melayang. Mencari-cari ke mana pergi diri yang berjiwa kental dan bijak mengalihkan kedukaan kepada sesuatu yang bermanfaat buat diri dan orang lain. Kini terpanggil semula ke alam penulisan. Tak mengapalah siapapun yang membacanya, namun inilah sebuah perkongsian. Mungkin tidak secara jelas, cukuplah terluah segala yang terbeban dalam segumpal darah yang bernama hati. hmmm...Tetapi, masih memikirkan apa sebenarnya yang ingin disampaikan. Jari ini seangkat tidak menentu menari-nari menekan papan kekunci laptop ini, menaip kemudian memadamnya semula, seakan-akan semuanya tidak tentu arah sebagaimana hati dan fikiran yang bercelaru. Benarlah kata para ilmuan bahawa manusia ini ego sebenarnya, dia tahu bagaimana mengubat keresahan tetapi berpa