Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Sabar itu Indah

Imej
"Hiasilah diri dengan sifat sabar, sesungguhnya sabar itu akhlaq orang-orang yang mulia."  Sentiasalah sabar dalam menghadapi sesuatu rintangan hidup, hadapi segala kesulitan dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh dengan kepercayaan diri. Jika kita tidak bersabar apa lagi yang boleh kita lakukan? Adakah ada penyelesaian lain selain bersabar, dan apakah ada senjata lain untuk kita hadapi persoalan hidup? Terdapat sebuah kisah di zaman para sahabat, ketika beberapa orang sahabat menziarahi Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu sedang terbaring sakit, para sahbat berkata kepadanya: "Apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?" Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu: "Seorang tabib telah memeriksaku!" Para sahabat bertanya: "Apakah yang dikata olehnya?" Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu: "Innii fa'aalun limaa uriid" (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu). Bersabarla

tragedi

Imej
Hari ni dah mula kelas semula setelah seronok berhari raya ... Malangnya!!!!! Ya Allah...banyaknya tugasan menanti yang perlu diselesaikan segera... Apalah nasib badan sehingga rasa benar-benar teruji dan sangat serabut...  4/9/2011~10.05pm- Sampai je kolej terus muntah-muntah...loya & pening punya pasal.                 11.00pm- Laptop pula buat hal. Banyak kerja nak buat ni..Segala macam benda dalam tu.... 5/9/2011~ 2.00am - Tak boleh tidur lagi. Pening dan tertekan. Tambah pula selimut tertinggal dekat rumah...                  6.00am - Bangun sekejap. Fikir pasal laptop.                    ..........................................................................................................Geramnya kenapa buat hal ni laptopku sayang...                   1.13pm - Ha..!!! Duit RM 50 pula lesap....                     2.41pm - Sekarang ni... Time ni...Baru nak buat power point. Pendrive mana??? Otak tak dapat nak berfungsi. Mana, mana, mana, mana, mana, ??????

Smile n Silence

Imej
Membuat sesuatu keputusan itu bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila berkait rapat dengan masa depan kita. Kerana itulah kita perlu meminta petunjuk Allah... "Successful people always have two things on their lips..'SMILE' to solve any problem and 'SILENCE' to avoid any problem..." Namun siapa sangka di balik senyuman indah itu terselindung seribu satu rahsia... rahsia suka duka kehidupan...manisnya senyuman menandakan kita insan bahagia, manisanya senyuman menandakan kita insan peramah, manisnya senyuman berjaya memikat ramai mata yang memandang, manisnya senyuman berjaya memberi ketenangan kepada mata yang melihat, kerna manisnya senyuman segala derita jadi gembira... Namun siapa sangaka di sebalik kebisuan tersembunyi seribu satu rahsia perjalanan hidup... Mungkin senyap itu dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham..dapat mengelakkan sengketa, mungkin bisu itu dapat meredakan ketegangan... Kedua ini diamalkan.