Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

De'Best- Carnival EYE

Imej
Ini adalah karnival anjuran fakulti saya. Hehehe....saja kongsi. ^_^ Pada: 31 Januari 2012 (Selasa) - 2 Februari 2012 (khamis)  Jam: 10:00-22:00 Lokasi: Dataran Ilmu UiTM Lendu, Melaka Dijemput orang ramai datang ke Carnival Experience Youth Entrepreneurship (E.Y.E) anjuran FPP pada 31 Januari 2012 sehingga 2 Februari 2012 bertapak di Dataran Ilmu, UiTM Lendu, Melaka. Kehadiran adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Melaka, para pensyarah dan kakitangan serta orang ramai dari luar turut dijemput bagi memeriahkan karnival ini. Terdapat banyak booth yang menjual barangan dan makanan yang menarik , unik dan berpatutan. Selain itu, banyak aktiviti yang menghiburkan seperti senaman 1 Malaysia, sukan cerialimpik dan banyak lagi yang menjaminkan keriangan sambil berbelanja! Jadi, apa yang ditunggu- tunggu? Marilah datang! Jangan lupa membawa ahli keluarga, kawan - kawan dan alamilah keriangan bersama..!!!    

Bulatkan hati

Imej
Assalamualaikum ..... Setiap manusia mempunyai kehendaknya yang tersendiri. Setiap kehendak andai tidak dituruti serasa bagaikan hidup tidak kena, bahkan tidak lengkap. Namun dalam memenuhi kehendakkan itu kadang kala kita merasakan kita gagal untuk menurutinya agar ia menjadi tersangatlah sempurna. Hanya mempersoal diri, tetapi tidak mencari jawapan di atas kemusyikilan, kecacatan pekerjaan itu, kesilapan diri dan sebagainya. Bukan hendak mengkritik manusia sekililing namun pengisian kali ini adalah mengenai diri. Mencari jawapan mengapa segala yang dilakukan kosong, malah semakin banyak kerumitan. Memang... Jika dikaji semula, semua ini bukanlah sesuatu yang harus dipeningkan otak memikir. Pasti terdapat kesilapan yang harus diperbetulkan. Setelah meneliti, baru sedar... Segala pekerjaan yang dilakukan yang sepatutnya serius tetapi dibuat sambil lewa... Maka hasilnya tidaklah sebagus mana. Justeru itu, langkah yang patut diambil adalah menetapkan hati. Kegagalan seseorang itu se

Teguran/Sindiran Allah di Al Qur’an untuk Pelaut

Imej
Assalamualaikum Wr.Wb Khusus untuk kawan-kawan pelaut yg Muslim, perhatikanlah ayat-ayat AL QUR’AN berikut ini yang menceritakan tentang BAHTERA dilautan dan tingkah laku Crew nya. Ternyata, apa yg telah kita perbuat, sedang kita kerjakan dan yg akan kita lakukan, sudah diprediksi oleh ALLAH SWT. Masih adakah diantara kita yg mengingkari Al Qur’an... ???? "Tidakkah kamu perhatikan bahwasanya kapal itu berlayar dilautan dengan nikmat ALLAH supaya ditunjukkannya kepadamu sebahagian dari bukti-bukti kekuasaaanya ?. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang sabar lagi bersyukur. Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar menggunung, mereka mendoa kepada ALLAH dengan tulus ikhlas. Maka tatkala mereka telah sampai didaratan, hanya sebahagian dari mereka yang sadar ( mawas diri ). Dan yang menyangkal ayat-ayat Kami ialah orang-orang yang tidak jujur lagi ingkar."  ( Surah Lukman ayat 31-32 )   "Apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Al

Debaran Malam Pertama

Imej
'DEBARAN MALAM PERTAMA'....Dengar tajuk je dah tertarik...cam menarik... Aikkk..nanti dulu...jangan baca tajuknya. Terus jauh melayang fikiran tu. Bukan alam kahwin lah. Ini adalah debaran malam pertama di alam kubur. Ha...gerun pula bila sebut alam kubur. Ceritanya cara nak uruskan jenazah. Setinggi mana pun belajar, ini fardu kifayah mesti kena tahu. Kalau tidak siapa nak uruskan jenazah saudara-mara, ibu bapa ke, jiran dan sebagainya. Sekurang-kurangnya tahu, kalau ditanya kelak, tak ada lah menggagau telopong mulut nak menjawabya. Hehe.... Sayangnya saya tidak dapat hadir untuk event ni. Ni semua sebab PPKP lah. Kalau boleh elak, memang saya dah cabut pergi event anjuran Jawatankuasa Pengerak Masjid ni. Sememangnya menarik dan sangat bermanfaat. Apapun harapan saya, semoga event sebegini dapat diadakan sekali lagi untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan cara nak uruskan jenazah. InsyaAllah....jika ada kesempatan saya memang nak sertai...

Sejauh mana lelaki setia terhadap komitmen hubungan jarak jauh

Imej
Atas nama cinta, semua cabaran sanggup diharungi semata-mata mahu membuktikan kesetiaan kepada pasangan. Hingga satu tahap, andai takdir menentukan, faktor jarak bukan lagi halangan untuk teruna dan dara menyemai kasih. Biarpun dipisahkan beribu kilometer, perasaan kasih yang mendalam seolah-olah menutupi kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam perhubungan jarak jauh. Sabar dan sanggup berkorban mungkin sesuai menjadi kata kunci bagi pasangan yang bercinta jarak jauh. Namun, biar situasi apa sekalipun, soal kesetiaan sentiasa menjadi perkiraan dan percaturan penting bagi pasangan bercinta jarak jauh. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh boleh bertukar menjadi duri dalam daging jika dinodai hingga mengikis kepercayaan dan kesetiaan yang disimpan selama ini. Lama tidak bersua muka, mendengar suara dan sekadar melepas rindu di alam siber - apakah ini mampu dihadapi pasangan bercinta? Apakah hati mampu bertahan andai saban hari

Dalam kerugian

Imej
  Terlalu banyak yang belum ku tahu , Aku masih mentah dalam menilai, Aku masih terkaji-kaji tentang nilai kehidupan, Aku masih terkapai-kapai mencari haluan, Aku perlukan penjelasan terhadap semua ini.    Aku tahu, Al-Quran jawapan segala persoalan, Kitab Ilmu Allah tiada yang dapat tandingi, Tersurat segala ilmu alam dan ghaib, Segalanya telah dibekalkan, Kaji dan amalkanlah....   Namun Ya Allah, Bagaimana bisa aku, Aku tidak tahu membacanya, Aku tidak kenal huruf, Apatah lagi bait-bait ayatnya, Hanya dibiarkan Ia berhabuk, Menjadi tugu di atas almari, Malah tidak dilihat dengan ekor mata sekalipun, Apatah lagi menyentuhnya...    Hinanya diri ini... Akulah manusia rugi.... Ampunilah aku Ya Allah... Kerna tidak mempedulikannya selama ini...  Aku alpa... Aku buta hati... Terlambatkah aku? Aku takut, Aku bimbang helaiannya kosong, Segalanya telah terlambat, Kiamat yang Engkau telah janjikan di akhir zaman....    Berilah aku peluang Ya Allah, Aku malu Ya Allah.. Malu kepada Kau Ya Allah.

Agama Islam, Agama Yang datang dari Allah

Imej
Daripada Saiyidina 'Umar, beliau berkata: "Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami  seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak  pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan  meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan  kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa  tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau  mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke  BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah  engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkann