Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Doa Masuk Tandas

Imej
Benda mudah tetapi ramai yang abaikan.... Akibatnya sakit kepala, kena pelbagai penyakit, sakit perut, pening kepala dan sebagainya. Alasan tidak sempat? Huhu.sambil berlari pun boleh.....Jaga-jaga syaitan dan najis senang hinggap.... Selamat beramal.....:D p/s: Senang hati dapat buat sesuatu yg yg bermakna...

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

Imej
Selalu sakit  kepala? Mari amalkan..InsyaAllah berkesan...buat dengan penuh yakin dengan harapan moga Allah sembuhkan kesakitan ini....^_^ 1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)  2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)  3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)  4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)  5. Baca Surah An-Nas (1kali)  6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)  7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali) NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.    p/s: Ya Allah permudahkanlah urusan hamba Mu ini.....

10 Kebaikan Orang Yang Bersabar

Imej
Ketahuilah wahai rakan-rakanku yang sedang dalam amukan perasaan yang ditimpa pelbagai ujian, bahawasanya terdapat 10 kebaikan yang Allah kurniakan kepada orang yang bersabar...  InsyaAllah...Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sedemikian.. "sabar itu adalah separuh daripada IMAN".... Diampunkan dosa untuknya. Allah s.w.t merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya di akhirat.   Allah s.a.w ingin mendengar se ndiri ucapan hamba yang diuji-Nya. (mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah s.w.t dengan dia bersabar dan tidak mengeluh) Dibebaskan daripada seksaan api neraka.   Diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.      Diberikan ganjaran pahala tanpa batas.   Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah s.w.t   Mendapat balasan syurga.   Jaminan mendapat pertolongan Allah s.w.t   Diberikan oleh Allah s.w.t sifat penyabar.     Demikianlah  kebaikan kepada mereka yang bersabar dengan dugaan yan

SOLAT SUNAT TAUBAT

Imej
Syarat-syarat taubat: 1- Ikhlas ingin bertaubat. 2- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.  3- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. 5- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya. 6- Dikerjakan sebelum ajal tiba. RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah dari al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Bangun untuk rakaat kedua Rakaat Kedua 1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) 2) Duduk untuk tahiyyat akhir 3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri Selagi masih sempat bertaubat sebelum terlambat lakukan segera mungkin hari ini hari terakhir kita. __________________________ ____________________ Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakuk

Perbualan Ustaz Dengan Gadis Yang Tidak Bertudung.

Imej
Assalamualaikum.... Jom kita baca perbualan antara Ustaz dan Gadis yang tidak menutup aurat ini. Setiap orang ada pandangannya masing-masing. Mungkin ini juga persoalan kita apabila memandang wanita yang bertudung/berniqab dan sebaliknya. Semoga entry ini dapat memberi tauladan kepada kita semua tidak kira lelaki mahupun perempuan.... Yang lelaki ingatkan saudara perempuan anda, dan begitu juga yang perempuan.... Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!” Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…” Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….? Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!! Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hany

Nak Murah Ya?

Imej
Perbualan Ali dengan doktor gigi. Ali        : Berapa bayaran mencabut sebatang gigi? Doktor : Tengok jenis gigi... Biasanya tak kurang RM 150. Al         i:Mak datukkk..Mahalnya!!!! Doktor : Kalau awak nak murah, boleh! Saya jimatkan ubat bius dan dan cabut gigi tu dengan playar saja. Harganya RM 50 saja. Ali        : Mahal lagi tu doktor....Boleh turunkan sedikit...? Doktor : Kalau begitu apa kata saya suruh pelajar saya mencabutnya, RM 20 saja. Ali        : Memang cantikkkk... Masukkan nama mak tiri saya untuk rawatan esok... Aikkk...Ingatkan dia nak yang nak cabut gigi..bukan main tawar-tawar bayaran. Memang taklah ya...Ni kerja nak inaya orang je. Tak baik tu..!! Belajar memaafkan, jangan simpan perasaan hasad dengki. Sesungguhnya penyakit yang paling merbahaya adalah penyakit hati yang mana adanya hasad dengki, hanya diri sendiri mampu mengubatinya....    p/s: Ingat Allah sebelum buat apa-apa........

DIALOG RASULULLAH S.A.W DAN IBLIS

Imej
Assalamualaikum sahabat... Selamat pagi...Semoga perjalan hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa diiringi dengan barakallah akan setiap yang kita kerjakan...Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang sangat bermanfaat mengenai perbualan Nabi S.A.W dengan Iblis laknatullah...Rasa terkilandan rugi rasanya jika saya tidak kongsikan artikel ini...Mari kita baca dan renungkan, dengan harapan timbul rasa keinsafan seterusnya lebih berhati-hati dengan tipu daya iblis...InsyaAllah... Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia. Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah denga

Apa Hal Lah Ni...?

Imej
Hakim mengingatkan seorang lelaki tua yang berdiri di kandang tertuduh dalam sebuah perbicaraan. Dia dituduh bernikah kali kedua dengan seorang janda berhias di selatan Thai, tanpa kebenaran. Hakim       :  Kamu tahu kan.....kamu dikehendaki bercakap benar? Lelaki tua :  Tahu yang arif... Hakim       :   Kamu tahu apa akibatnya jika kamu tidak bercakap benar, maksud saya berbohong di makamah? Lelaki tua  :  Tahu yang arif... Hakim       :  Apa yang kamu tahu? Lelaki tua  : Saya pasti akan dibebaskan kerana tiada kes! Hahahaha....      Bukan mudah untuk bercakap benar. Bercakap itu amalan mulia dan disukai Allah... Bukan semua orang mampu untuk bercakap benar. Berat mulut untuk mengungkapkannya. Kita perlukan kekuatan untuk bercakap benar. Terutama jika berkait dengan sesuatu yang mengaibkan diri, nyawa dan sebagainya... Siakap senohong ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri....  Tiada istilah bohong sunat untuk melepaskan diri....Jujurlah pada diri, jangan

Hukum Nikah

Imej
  NIKAH atau kahwin, juga disebut tazwij dan wata’. Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab dari kata dasar ‘Nakaha’ : berhimpun. Menurut syarak ialah : Suatu akad yang membolehkan seorang lelaki dan seorang wanita bergaul bebas. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “ Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Hai kaum pemuda, apabila di antara kamu bekuasa untuk kahwin, hendaklah ia kahwin, sebab kahwin itu lebih kuasa untuk menjaga mata dan kemaluan;dan baraangsiapa tidak kuasa, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu jadi penjaga bagi”.  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Hukum Nikah Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian. Wajib : Iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan. Sunat : Iaitu bagi seorang lelaki y

TIps Awal Sebelum Bertudung Labuh & Berpakaian Muslimah

Imej
Assalamualaikum sahabat sekalian... Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk bertudung labuh dan berpakaian muslimah sejati. Sejujurnya saya bukanlah seorang yang bertudung labuh, apatah lagi berniqab. Biasa-biasa je...hehehe...Hasrat di hati tu ada, namun masih tidak kesampaian. Rasa cemburu sering menular dalam diri tatkala terlihat para wanita atau gadis-gadis yang bertudung labuh. Subhanallah, mereka terlalu indah, seolah sekuntum mawar berduri. Cantik...tidak bisa disentuh, inikan pula hendak dipetik.  Kerap terdetik, bilalah agaknya aku nak bertudung macam tu...? Kata Ustaz Azhar Idrus, bertudung tidak wajib yang wajib adalah menutup aurat!!!  Jadi penekanannya di situ, pakailah apa sekalipun yang penting tutup aurat. Pakainya yang benar bukan asal pakai dah lah... "...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35] "Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (haki

Terdampar Dalam Noda

Imej
    Segala di dunia ini hadir sekadar pinjman,   Diri tersungkur tatkala melihat permata kaca,  Padahal ia dusta belaka... Sedang hati meronta mengacap nikmat dunia,  Terpedaya dalam mimpi.. Kabur pandangan diselubungi kabus kelalaian.. Ya Allah !!!  Dalam batas waktu tiap jejak ku,  Debu kejahilan yang melekat pada diri,  Kecewa menyelubungi diri,  Dalam tangis menyingkap tirai tabir keinsafan,  Mencari sinar-Mu, Inginku gapai keampunan-Mu... Ampunilah hamba-Mu ini,  Segumpal darah ini telah ternoda... Tolonglah Ya Allah... Dalam sepi ini terbayang neraka-Mu,  Lantas mencengkam sanubari ku,  Aku takut Ya Allah,  Aku terperangkap dalam diri,  Dikejari bayang-bayang nista.. Ampunilah hamba Ya Allah... Hanyalah rahmat-Mu aku pinta,  Hamba mohon Ya Allah... Hamba impikan haruman syurga-Mu yang abadi... Namun bagaimana Ya Allah,  Terlalu berat dosaku.... Tidak berdaya lagi hamba memikulnya...   p/s: Meniti kasih, demi