Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

SELAMAT HARI RAYA.

Imej
Ya Allah..terlalu cepat masa berlalu...tanpa sedar ramadhan sedang berlalu dan hampir meninggalkan umat Islam. Syawal pula bakal menjelma meraikan kejayaan mengharungi pelbagai dugaan sepanjang berpuasa, berperang melawan nafsu. Ya Allah akan bertemukah lagi ramadhan akan datang...Adakah ini ramadhan terakhir. Aku bakal merindui ramdhan ini Ya Allah.... Ucapan SELAMAT HARI RAYA buat semua umat Islam di dunia..di bumi Allah yang Esa ini... Bergembira di hari syawal dengan bersederhana..Jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Mudah-mudahan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt. Renunglah ke langit, fikirkanlah bertapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia...Syukuri nikmat yang Allah berikan. Senyum ceria mengucap syukur di hari lebaran....Semoga segalannya berjalan dengan lancar & selamat sampai ke destinasi masing-masing. ^_^                                                      p/s: Alhmdulillah ....InsyaAllah semuanya akan baik...Sesungguhnya Alla

MAJLIS BERBUKA PUASA

Imej
Jalinan Ukhwah Titipan Keikhlasan & Keinsafan  Besama-sama berkongsi kegembiraan bersama warga kolej dan adik-adik yang comel ni... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar....Majlis berbuka puasa warga kolej bersama rumah anak-anak yatim baiturrahman... Ceria dan gembira ..riak jelas terpancar di wajah...Semoga ukhwah ini berpanjangan tidak berakhir di sini sahaja. InsyaAllah...                                                                            p/s: Rindu pada baby amira....

Kembalilah

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...   Setiap amal dan perbuatan sentiasa diperhatikan oleh-Nya. Mana mungkin kita terlepas dari pandangan pencipta kita...Rekod amalan akan dibuka di hari perhintungan. Tidak gerunkah hati andai tercampak ke neraka jahanam dek kerana negatif amal kebaikan? Hidup di dunia dilitupi kemungkaran dan sifat angkuh pada kebenaran kehidupan akhirat yang  kekal abadi. Di dunia mungkin kita boleh lari daripada sebarang tindakan undang-undang manusia, sebaliknya mampukah kita hendak lari daripada undang-undang Allah, kerana segalanya adalah milik Allah. Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.    Kembalilah semula ke jalan Allah. Masih belum terlambat. Bertaubatlah...Jika dikehendaki Allah, Dia Tuhan yang berhak dipatuhi perintahnya, dan Dialah jua yang berhak mengampunkan orang-orang yang beriman dan taat kepada-Nya... Yakinlah kepada Allah..InsyaAllah selamat dunia akhirat.    p/s:Renungan bersama...mudah-mu