Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Dia Jaga Aku Ibarat Bayi

Imej
Malam tadi tidur lena tapi terasa kejap-kejap ada orang betulkan selimut aku, dia tutup betul-betul hujung kaki sampai ke leher. Kiranya tinggal kepala sahaja yang terdedah.. Perasan aku ada dalam tiga kali mungkin. Awal Pagi ni, suamiku dalam keadaan mamai sembang dengan aku tapi mata masih terkatup rapat. Mulut sahaja yang mengomel. "Malam tadi banyak nyamuk!" Suamiku mengadu. "Laa, yeke.. Mana, mana.. Tengok dia gigit abang ke?" Sambil aku memeriksa kaki dan tangannya kerana kebiasaannya kulit putih mulusnya sangat sensitif pasti akan jelas kelihatan berbintat merah jika digigit nyamuk. "Tak.. Dia gigit sayang. Abang selimutkan sayang.." Dalam hati, ya tahu sebab perasan juga, tapi layankan juga dia. "Kenapa abang selimutkan sayang?" Saja nak tahu jawapannya apa.. 😅 "Sebab nanti sayang demam.." "Ya Allah.. Kenapa pula takut sayang demam?" "Sebab nanti abang lapar.."  Jawapannya berderai gelak