Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

TIps Awal Sebelum Bertudung Labuh & Berpakaian Muslimah

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk bertudung labuh dan berpakaian muslimah sejati. Sejujurnya saya bukanlah seorang yang bertudung labuh, apatah lagi berniqab. Biasa-biasa je...hehehe...Hasrat di hati tu ada, namun masih tidak kesampaian. Rasa cemburu sering menular dalam diri tatkala terlihat para wanita atau gadis-gadis yang bertudung labuh. Subhanallah, mereka terlalu indah, seolah sekuntum mawar berduri. Cantik...tidak bisa disentuh, inikan pula hendak dipetik. 

Kerap terdetik, bilalah agaknya aku nak bertudung macam tu...? Kata Ustaz Azhar Idrus, bertudung tidak wajib yang wajib adalah menutup aurat!!!  Jadi penekanannya di situ, pakailah apa sekalipun yang penting tutup aurat. Pakainya yang benar bukan asal pakai dah lah...
"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35]
"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]
Hidayah Allah sentiasa ada, namun kita tidak sedar. Merasai diri sudah memadai, sebaliknya ternyata diri dalam kelalaia. Sedang hati telah terpanggil ingin berjianak-jinak melakukan transfomasi, tetapi keutuhan hati tergugat dek kerana tiada keyakinan bimbang akan tomahan manusia. Namun terasa berat. Mari renungkan firman Allah; 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46] 
Selama bernafas di bumi Allah ini, apabila diteliti semula keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Alangkah bodohnya diri ini. Terkenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Membiarkan yang ajnabi meratah enak pemuas santapan mata dan mungkin siapa sangka jadinya pencetus bahan fitnah. 


Ya Allah... Berilah aku kecekalan hati, kuatkanlah semangatku, dan sabarkanlah aku. Ya Allah tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada di jalan-Mu Ya Allah... 

Kepada sahabat yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt ingin berhijrah kepada bertudung labuh dan berpakaian muslimah tu, mari kita cuba langkah ini, semoga satu hari nanti kita juga jadi seperti 'mawar berduri'...InsyaAllah....



1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mengkaji maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Jadikan tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha. Contohnya, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 iaitu yang melepasi bahu. Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

            p/s: Pelahan-lahan...Bersabarlah dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan....:D

5 ulasan:

Rakan Yang Setia