Mutiara Kata

Kesenangan hati dan ketnteraman jiwa lebih berharga dari kesenangan pangkat dan kekayaan. 
(Cendikiawan)

Cita-cita mengehendaki perjuangan, perjuangan mengkehendaki pengorbanan dan pengobanan mengkehendaki ketabahan hati.

Ilmu pengetahuan ibarat papan di jalan. Ia hanya menunjukkan arah yang harus kita ikuti untuk mencapai destinasi tetapi usaha yang akan membawa kita ke destinasi itu.

Ilmu pengetahuan membuka jalan kepada penyelesaian ke atas segala masalah yang kita temui di sepanjang kehidupan. 

....Kebaikan adalah budi pekerti yang baik, yang namanya dosa adalah hal-hal yang menggelisahkan hatimu dan engkau tidak suka apabila hal itu diketahui orang lain.....
(Hadith)

Tiada perjuangan yang tiada penderitaan,
Tiada kemenangan yang tiada perjuangan,
Tiada kejayaan yang tiada pengorbanan.

Perkara yang paling sukar diterima oleh seorang lelaki ialah mempunyai banyak pengetahuan tetapi tidak berkuasa.

Kekayaan adalah seperti air laut, lebih banyak kita minum,
 lebih dahaga tekak kita.

Kata-kata lebih tajam daripada pedang
 sehingga ia boleh menjatuhkan iman orang lain.

Setiap orang memerlukan badan yang sihat untuk menyeberangi lautan kehidupan, jadi jagalah kesihatan anda.

Kasih sayang adalah kunci kepada segala kebahagiaan
 dalam hidup ini.

Tidak salah meniru kebijaksanaan orang yang lebih mahir daripada kita.

Badan perlukan makanan berzat untuk sihat, 
jiwa perlukan makanan rohani untuk tenang.

Barang siapa yang berfikir bahawa tiada yang boleh menipunya, 
dia sebenar menipu dirinya sendiri.

Hati yang bersih dari segala kejahatan adalah hati yang berani.

Menangguhkan kerja tidak akan membuahkan kejayaan.

Minat tidak mampu membentuk bakat yang mengangumkan.

Persahabatan yang paling baik bagaikan dua badan satu jiwa...Jadi eratkanlah hubungan anda dengan orang yang baik, kerana anda juga akan menjadi orang yang baik.

Mungin kita tidak dapat menjadi wira, tetapi kita boleh menjadi manusia yang berguna di sepanjang masa.

Mereka yang berjaya dalam hidup bukan saja tahu menggunakan peluang tetapi mereka juga tahu untuk mencipta peluang.

Seseorang itu hanya boleh meminta apa yang mampu diberikan oleh pasangannya untuk mencapai keserasian dan kegembiraan hidup berumahtangga.

Hidup ini adalah pengembaraan. Ia bermula dengan perjalanan, pengalaman sehingga kepulangan.

Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja. Semalam yang lalu, sudah tidah ada apa-apa lagi. Esok yang bakal mendatang, engkau belum pasti, sama ada dapat menemuinya atau tidak. Dan hari ini yang engkau berada di dalamnya, ambillah kesempatan baik bagimu....

Orang yang berniat jahat akan terperangkap dalam kejahatan sendiri seperti labah-labah yang terperangkap dalam sarang yang dibinanya sendiri.

Jangan tergesa-gesa menerima seseorang itu sebagai sahabat dan jangan tergesa-gesa memutuskan hubungan dengan seorang sahabat. Kedua-duanya akan membawa penderitaan pada diri anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?