Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Istikharah

Imej
Assalamualaikum... Sesungguhnya hidup ini adalah ketentuan Allah swt. Namun dalam perjalani hidup ini, semua mahukan yang terbaik dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada Allah. Silap memilih jalan amat digeruni kerana sememangnya tidak mengetahui apa yang menanti di masa hadapan. Kebimbangan tidak redha dan gembira atau mungkin menyesal akan sesuatu keputusan yang dipilih. Oleh itu, sebagai  hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah adalah disunatkan untuk kita melakukan istikharah....untuk memohon pertunjuk dan keputusan yang terbaik daripada Allah  swt untuk dilaksanakan. ~Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib. ~ Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala” ~  Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik

Perbezaan antara MAHRAM & MUHRIM

Imej
Assalamualaikum.... Dewasa ini kita semua perasan drama-drama di TV sudah banyak menyampaikan jalan cerita yang lebih menjurus kearah Islam dan banyak pengajaran yang akan kita dapat jika kita faham akan apa yang hendak disampaikan. Mungkin ada yang melihat hanya sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya media massa merupakan antara  salah satu cabang penyampaian ilmu yang paling berkesan. Ini kerana orang lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton TV daripada menelaah ilmu yang terdapat pada helaian akhbar, buku, majalah dan sebagainya. Justeru itu, saya menyokong penuh usaha mereka dalam menyampaikan ilmu dan  pengajaran yang bermanfaat terutamanya pada kanak-kanak dan muda mudi.  Tetapi ilmu yang hendak disampaikan itu biarlah benar dan sahih.... Kerana manusia pada asalnya tidak tahu, dan rekod penerimaan sesuatu maklumat yang pertama itulah yang akan diingatnya sampai bila-bila. Jadi apabila salah sumbernya implikasinya akan memalukan.  Kelemahan manusia hari ini term

Kelebihan Amalan AYAT TUJUH

Imej
Ayat Tujuh terdiri daripada SurahAt-Taubah:51, Surah Yunus:107, Surah Hud: 6 & 56, Surah Al-Ankabut: 60, Surah Fatir:2 dan Surah az-Zummar.  Ka'b bin al-Akhbar mengatakan bahwa dengan izin Allah swt pembaca ayat tujuh mendapatkan keselamatan daripada setiap bahaya dan musibah.  Berkaitan ayat tujuh, benarkah amalan bacaan ayat tujuh ini diambil dalilnya daripada atsar Saidina Ali Abi Thalib, yang matannya: “Barangsiapa mengamalkan membaca (ayat tujuh) pagi dan petang, maka akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada terperdaya musuh dan bala dengan izin Allah”. Serta kata kata daripada Syeikh Mohd Yaacob, iaitu: “ Apabila ayat tujuh ini di baca siang sekali dan malam (sesudah sembahyang Maghrib dan Subuh) insyaAllah di mudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah di kasihi para hamba Allah serta di mudahkan atau di kabulkan segala apa yang di cita-citakannya ”.  “Barang siapa yangmewiridkan pada ti

19 HADIS RASULLULLAH SAW MENGENAI WANITA

Imej
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang darip ada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas

Berakhir Sudah

Imej
Resah menghimpit jiwa.... Alhamdulillah berkhir juga peperiksaan...punya lah berat hati ni, subjek yang berat semuanya. Risau tak lepas.. InsyaAllah mudah-mudahan lepas dengan jayanya dan dapat keputusan yang cemerlang. Bertawakal setelah berusaha .... Kini menghabiskan masa di rumah, sementara menunggu kembali semula untuk saat yang mendebarkan KARISMA 2012 ...                                                                                                            p/s:  ...Harapan yg membuat manusia itu tetap tabah utk mengharungi rintangan hidupnya...