Perbezaan antara MAHRAM & MUHRIM
Assalamualaikum....
Dewasa ini kita semua perasan drama-drama di TV sudah banyak menyampaikan jalan cerita yang lebih menjurus kearah Islam dan banyak pengajaran yang akan kita dapat jika kita faham akan apa yang hendak disampaikan. Mungkin ada yang melihat hanya sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya media massa merupakan antara salah satu cabang penyampaian ilmu yang paling berkesan. Ini kerana orang lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton TV daripada menelaah ilmu yang terdapat pada helaian akhbar, buku, majalah dan sebagainya. Justeru itu, saya menyokong penuh usaha mereka dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran yang bermanfaat terutamanya pada kanak-kanak dan muda mudi.
Tetapi ilmu yang hendak disampaikan itu biarlah benar dan sahih.... Kerana manusia pada asalnya tidak tahu, dan rekod penerimaan sesuatu maklumat yang pertama itulah yang akan diingatnya sampai bila-bila. Jadi apabila salah sumbernya implikasinya akan memalukan.
Kelemahan manusia hari ini termasuk diri ini juga lebih suka menerima tanpa mengkaji kebenarannya. Baru dengar sekali sudah berani menjatuhkan hukum, dengar sekali terus menyampaikannya. Lebih bercakap tanpa ilmu akan menampakkan diri itu kurang bijak. Setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Jadilah bijak dalam menilai....
Apa yang saya nak kongsi disini secara ringkasnya mengenai salah faham antara MAHRAM DAN MUHRIM.... Saya dulu pada asalnya tidak tahu tetapi apabila melihat seorang sahabat yang ditegur depan ustazah barulah saya tahu...Owhhh...begitu rupanya...selama hari ini tersalah faham mengenai istilahnya.....
Mahram > Adalah orang yang haram untuk dinikahi atas sebab-sebab tertentu.
كل من حرم نكاحها على التأبيد بسبب مباح لحرمتها
Setiap wanita yang haram untuk dinikahi selamanya, disebab sesuatu yang mubah, karena statusnya yang haram. (Syarah Shahih Muslim, An-Nawawi, 9:105)
Kemudian beliau memberikan keterangan untuk definisi yang beliau sampaikan: sila rujuk sini >>Klik<<
Muhrim pula adalah > orang yang melakukan ihram, baik untuk umrah atau haji (sedang dalam ihram setelah berniat ihram).
Berikut adalah hujah Ustaz Azhar Idrus>>
Sekadar perkongsian.....
Ulasan
Catat Ulasan