Jangan Pernah Mengalah
28 Mei 2020 | Khamis Salam sejahtera buat diri yang diamuk kesedihan. Gembira atau sedih itu adalah pilihan. Manusia telah Allah kurniakan nikmat akal fikiran, sewajarnya sebagai manusia yang waras perlu menggunakan nikmat akal fikiran ini sebaiknya. Pilihan ada di tangan sendiri. Sama ada memilih untuk tetap bersedih mahupun bangkit penuh semangat menikmati keindahan sebuah kehidupan yang singkat ini. Persoalannya, kenapa harus membiarkan diri dizalimi oleh diri sendiri? Mungkin faktor orang sekeliling dan persekitaran itu boleh menjadi punca diri menjadi tertekan. Tapi mengapa kita sebagai manusia waras perlu melayan perasaan sehingga hanyut di dalam kesedihan? Sedangkan begitu banyak lagi hal di dunia ini yang ternyata amat indah untuk dinikmati. Sedarlah wahai hati, hal itu terlalu kecil untuk diperbesarkan. Masih banyak lagi hal yang lebih besar di luar sana yang perlu dihadapi. Perangilah perasan hiba itu, pasakkan di dalam minda bahawa tiada satu pun hal yang mampu m