Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

SUPPORT BISNES MEMBER

Imej
[Support Bisnes Member?] Semua orang sedang gigih berjuang dengan cara tersendiri cari rezeki demi memenuhi keperluan kehidupan. Ramai juga yang dah mula berubah, keluar dari zon selesa dan buat perkara yang mereka sendiri tak jangka mereka akan lakukan iaitu berbisnes. Jadi kita sebagai kawan mereka, ada caranya untuk bantu dan support perjuangan mereka.  1- LIKE, COMMENT & SHARE Gigih dah kawan tu buat content, tapi sepi. Nak dapat 5 like pun payah. Perkara yang paling senang nak buat, hanya perlu klik klik klik button yang ada...walaupun kita tiada keinginan atau keperluan untuk beli apa yang mereka jual. Mungkin dengan cara ini mampu menaikkan semangat kawan kita untuk lebih giat berusaha untuk hasilkan content. 2- NO DISCOUNT  Awakkk..kawan tu baru lah haaa nak mula niaga, modal dah lah ciput, tah tah itu lah duit yang ada , tah dia pinjam ke, tah dia gadaikan emas ke, dilaburkan untuk bisnes dengan harapan balik modal boleh beli pampers anak.. apalah perasaan dia orang minta

Lebih Baik Fokus Untuk Bertindak

Imej
Assalamualaikum... Impian! Semua orang ada impian untuk berjaya. Tapi..halangan dan ujian yang hadir di dalam proses untuk menuju kejayaan itu jika dilayan dengan rungutan pasti proses untuk berjaya itu jadi lambat malah boleh jadi terhenti. Hidup ini teramat singkat dan esok belum tentu ada kerana ia adalah hal yang ghaib. Banyak perkara yang dikehendakkan, tetapi kita leka melayan rungutan yang sia-sia dan tiada hasil.  Adalah lebih baik kita bangkit, keluar dan cari solusi untuk kita raih impian dan apa yang dikehendakkan. Fokus untuk usaha...walaupun apa yang kita mahu itu tidak tercapai 100%, itu adalah lebih baik daripada tiada apa-apa hasil... sekurang-kurangnya terdapat proses untuk kita meraih impian.. Ayuh bangkit untuk lebih positif. #anugerahkebaikan