SUPPORT BISNES MEMBER
[Support Bisnes Member?]
Semua orang sedang gigih berjuang dengan cara tersendiri cari rezeki demi memenuhi keperluan kehidupan. Ramai juga yang dah mula berubah, keluar dari zon selesa dan buat perkara yang mereka sendiri tak jangka mereka akan lakukan iaitu berbisnes.
Jadi kita sebagai kawan mereka, ada caranya untuk bantu dan support perjuangan mereka.
1- LIKE, COMMENT & SHARE
Gigih dah kawan tu buat content, tapi sepi. Nak dapat 5 like pun payah. Perkara yang paling senang nak buat, hanya perlu klik klik klik button yang ada...walaupun kita tiada keinginan atau keperluan untuk beli apa yang mereka jual. Mungkin dengan cara ini mampu menaikkan semangat kawan kita untuk lebih giat berusaha untuk hasilkan content.
2- NO DISCOUNT
Awakkk..kawan tu baru lah haaa nak mula niaga, modal dah lah ciput, tah tah itu lah duit yang ada , tah dia pinjam ke, tah dia gadaikan emas ke, dilaburkan untuk bisnes dengan harapan balik modal boleh beli pampers anak.. apalah perasaan dia orang minta diskaun, nak bagi kang termakan diri, tak bagi kang kawan..janganlah buat kawan tu tersepit... kesian... senang gini je, kalau awak rasa produk tu mahal, jangan minta diskaun, itu maknanya awak bukan target market dia. Bukan produk tu mahal, tapi awak yang tak mampu nak bayar.. ahhhakkkkzzz..bahasa kasar? Tak itulah kenyataannya. Pergi cari produk lain yang sesuai dengan bajet poket sendiri. Yang minta FREE delivery pun satu hal tu..jangan.. ambil masa untuk cerna sikit otak tu, fikiran kasi jernih..kita nak pergi balik kerja memandu kereta pun dah rasa sesak dada lemas letih hari-hari hadap..inikan pula kawan awak tu. Dengan kos minyak, masa, tenaga dia. Eihhh..awak minta free, awak kata mahal?! Apooo...? Kalau bukan dia hantar sendiri atau dia guna e-hailing drivers and riders..tetap kita gunapakai tenaga mereka. Bayar sahajalah, dah awak nak produk tu.. kan kan kan...? Lainlah kalau dia offer nak bagi free delivery ..haa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. 😂
3- SPREAD & RECOMMEND
Haaaa..yang ni paling mahal dan paling hebat hati budi mu Jijahhh.. Sebarkan dari mulut ke mulut tentang kebaikan produk kawan kita tu. Semoga rezeki kita dan kawan kita tu semakin bertambah. Aippp..Tapi, andai kata kita ada perkara yang tak berkenan dengan produk yang kawan kita jual tu, kunci mulut, gari tangan dan elakkan jari jemari menaip, nak bagitahu pada dunia “weyhhh..dia kan ..haa tah pape..dah lah..” Adalah lebih baik kita cakap terus terang dengan kawan tu untuk tujuan penambahbaikan. Giteww.. Allah sayang pada hambaNya yang berusaha menutup aib saudaranya..
..
Nak buat kebaikan ni mudah je. Free sahaja tak perlu bayar. Ambil masa beberapa saat..siapa sangka usaha kita yang kecil itu Allah balas dengan jutaan rahmat yang kita sendiri tak sangka asbab kita menceriakan dan memudahkan urusan orang lain.
Semoga bermanfaat.
Elil Husna
Founder ELZHA®
#elzha #notamadamEl #anugerahkebaikan
Ulasan
Catat Ulasan