Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Kerinduan..??? Waspadalah....

Imej
Berjauhan dengan si dia menimbulkan rasa gelisah. Kerana itu, ku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang berwaspadalah dengan kerinduan. Rasa cemas dan sedih pasti akan berlanjutan. Pernahkah kita semua terfikir bahawa kitalah penyembabnya dan sememangnya layak merasa kesengsaraan dan penderitaan sedemikian??? Ya, memang kita sayang dan cinta padanya....Tapi haruskah kita meratapinya?Tiada faedahnya!!! Sebaliknya akan menambahkan rasa sakit pada diri. Cukuplah dengan sekadar mengingatinya. Doakan kesejahteraannya dan yakinlah pada Allah. Itulah yang terbaik. Seandainya rongga dada orang tersebut dilitupi taqwa dan zikir, dan jiwanya yang dekat pada Tuhannya, InsyaAllah pasti akan sampai kebenaran, akan mengetahui dalil akan petunjuk, dan akan menempuh jalan yang lurus. " Jika kamu ditimpa suatu godaan dari syaitan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah....." (Al-A'raf: 200) Demikianlah orang-orang yang bertaqwa, jika mereka ditimpa godaan syaitan, maka mereka ingat k

Rezeki tertangguh

Imej
Jangan bersedih jika tertangguh rezeki.... Sesunggunya yag memberi rezeki adalah Allah swt ,Dia Yang Maha Esa. Dia yang mengaturkannya. "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu." (Adz-Dzariyat: 22) Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezei dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah umpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjema'ah, padahal dia tahu dirinya tidak boleh mendahului salam sebelum imam memberi salam. Segalanya telah Allah tentukan, maka yakinlah rezeki itu akan datang jua, bezanya cepat atau lambat. Yang penting kita sebagai hambanya hendaklah berusaha jika berkehendakkan sesuatu. "Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatanganny....." (An Nahl: 1) " .....dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun dapat menolak kurniaNya.. ." (Yunus: 107) Janganlah

Bismillah Enam

Imej
Bismillah Enam sangat banyak khasiatnya jika diamalkan. Antara khasiatnya yang amat bermanfaat kepada kita secara langsung dan tidak langsung adalah: Termakbul segala hajat dan cita-cita. Luas rezekinya. Menang dalam perang. Perempuan akan kasih kepada kita jika ditiupkan kepadanya. Penerang hati. Dihindarkan dari segala penyakit. Dibaca 70x setiap hari, akan aman dari raja-raja dan pembesar yang zalim yang ingin membunuhnya. Dibaca di tempat yang suci nescaya akan dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibaca malam jumaat 20x boleh melihat orang di alam kubur.  Aman dari binatang buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas dari terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan. Terselamat dari karam dilautan. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. Jika dibaca pada minyak malam jumaat 3x boleh memudahkan perempuan untuk beranak jika meminumnya. Boleh tawar segala jenis bisa termasuk bisa binatang seperti ular, ikan, dan lebah. Boleh tawarkan segala jenis santau dan rac

Masuk Ke Syurga

Imej
Ertinya: "Dari Abu Hurarairah radiyallahu 'anhu, dia berkata: "Rasulullah saw berkata: 'Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima, berpuasa bulan (Ramadhan)nya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu yang manapun yang dikehendakinya'." Dalam wasiat yang agung ini Nabi saw  memberi batasan beberapa sebab bagi wanita yang dapat menghantarkannya ke syurga:  Solat Fardu yang lima Puasa Ramadhan Kesucian menjaga kemaluan Taat kepada suami dalam hal-hal selain kederhanaan kepada Allah          Solat: Solat merupakan tiang agama. Siapa yang menegakkannya bereti dia menegakkan agama. Siapa yang meninggalkannya bereti dia merobohkan agama. Allah telah memperingatkan agar tidak menyia-nyiakan solat sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 69. Diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas r.a  berkata: "Makna menyia-nyiakan di sini bukanlah meninggalkannya seluruhnya, tetapi mengakhirkannya daripada wa

Berkat Bacaan BISMILLAH.....

Imej
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disim

Anak Yang Soleh

Imej
Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya. Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu suda

Pasu Air Retak....

Imej
Inilah nasihat pepatah lama Cina       Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air yang digantung pada setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu yang dibawanya telah retak sedikit sementara satu lagi pasu masih lagi elok dan selalu dapat mengisi air yang penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai itu pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan air yang separuh penuh sahaja. Keadaan itu berterusan selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa pulang satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang elok itu merasa amat berbangga dengan pencampaiannya. Sebaliknya pasu yang retak itu berasa amat malu dengan ketidaksempurnaannya dan sedih kerana hanya dapat membawa separuh air pasu sahaja.                    Setelah dua tahu berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu akhirnya berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. " Aku amat malu dengan diri aku kerana  diriku yang retak ini dan menumpahkan air disepanj