Masuk Ke Syurga

Ertinya: "Dari Abu Hurarairah radiyallahu 'anhu, dia berkata: "Rasulullah saw berkata: 'Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima, berpuasa bulan (Ramadhan)nya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu yang manapun yang dikehendakinya'."

Dalam wasiat yang agung ini Nabi saw  memberi batasan beberapa sebab bagi wanita yang dapat menghantarkannya ke syurga: 
  • Solat Fardu yang lima
  • Puasa Ramadhan
  • Kesucian menjaga kemaluan
  • Taat kepada suami dalam hal-hal selain kederhanaan kepada Allah  
   Solat:
Solat merupakan tiang agama. Siapa yang menegakkannya bereti dia menegakkan agama. Siapa yang meninggalkannya bereti dia merobohkan agama. Allah telah memperingatkan agar tidak menyia-nyiakan solat sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 69.

Diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas r.a  berkata: "Makna menyia-nyiakan di sini bukanlah meninggalkannya seluruhnya, tetapi mengakhirkannya daripada waktunya."
  
  Puasa: 
Sebab kedua yang dapat memasukkan wanita ke syurga adalah puasa ramadhan. Ketahuilah bahawa Allah telah mewajibkan untuk melaksanakan puasa Ramdhan sebulan penuh secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu sendi Islam yang lima, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-185.

  Menjaga Kemaluan ( Kehormatan):
Sebab ketiga yang memasukkan wanita ke syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki rasa malu dan memperhatikan hijab.

  Mentaati suami:
Taat kepada suami termasuk akhlak yang baik, yang menjadi sendi atau dasar kehidupan wanita dan menjadi inti kebahagiaan dunia akhirat wanita.

Selagi engkau berpegang kepada sebab-sebab yang ini, nescaya engkau akan mendapatkan reda Allah. Jika Allah redha kepadamu, bereti Dia mencintaimu. Dan jika Dia mencintaimu tentu Dia akan memasukkanmu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkanmu dari neraka.


p/s: Kenapa kepala pening ni.... 

Ulasan

  1. .. . dengan mudahnya seseorang perempuan itu masuk ke syurga.. :) I want to be one of them!

    BalasPadam
  2. memanglah yg oi....Allah dah tujukkan jalan untuk kita...pilih je nak ikut atau tak....lau kita da tahu...jangan sia-siakan nya, rebut peluang ni. Tempat yang abadi untuk kehidupan kita kelak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?