Pasu Air Retak....
Inilah nasihat pepatah lama Cina
Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air yang digantung pada setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu yang dibawanya telah retak sedikit sementara satu lagi pasu masih lagi elok dan selalu dapat mengisi air yang penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai itu pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan air yang separuh penuh sahaja. Keadaan itu berterusan selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa pulang satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang elok itu merasa amat berbangga dengan pencampaiannya. Sebaliknya pasu yang retak itu berasa amat malu dengan ketidaksempurnaannya dan sedih kerana hanya dapat membawa separuh air pasu sahaja.
Setelah dua tahu berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu akhirnya berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. " Aku amat malu dengan diri aku kerana diriku yang retak ini dan menumpahkan air disepanjang perjalanan ke rumahmu."

Setiap kita mempunyai kelemahan yang tersendiri.....
Tetapi setiap kelemahan itulah yang menjadi perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat....
Anda perlu menerima manusia seadanya dan melihat kebaikan dalam diri mereka....
Kepada semua sahabatku yang merasa diri kalian tidak sempurna, semoga hari kalian sentiasa ceria dan ingatlah untuk mencium bauan bunga-bungaan di laluan kalian.......
p/s: Jadilah diri kita sendiri.... (^_^)
Ulasan
Catat Ulasan