Supaya Tabah Menghadapi Musibah

Assalamualaikum.....
Wahai sahabat...Tanpa cubaan dan dugaan kita sebenarnya lemah. Kita tidak pernah menghadapi keadaan itu, jadi bagaimana kita boleh dikatakan insan yang tabah. Allah ingin menjadikan kita manusia yang tabah. Melalui msusibah, kecemasan, keletihan mahupun lain-lain cubaan, itlah caranya yang mendidik kita untuk menjadi lebih tabah.
Sabda Rasulullah saw: 
"Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan memberinya cubaan.
(HR Bukhari dari Ab Hurairah r.a)
Allah swt menjelaskan: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka akan mengucapkan: 'Sesungghnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali'."( Al-Baqarah:155-156) 
Kesimplannya di sini, musibah yang hadir kepada kita bukanlah bertujuan melemahkan kita tetapi sebagai sumber kekuatan kepada kita untuk menjadikan kita lebih tabah dan sentiasa ingat pada Allah dengan mensyukuri segala nikmaNya.

Jika berhadapan dengan situasi ini, maka sebutlah innalillahi wa innaillaihi rajiun (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali)....Ucapan istirja' ini tidak termaktub pada peristiwa kematian sahaja, tetapi juga pada pelbagai keadaan. InsyaAllah kita akan menjadi lebih tabah...

  p/s: Bibir tidak mampu mengungkap kata-kata namun hati tetap berbicara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?