Al-Quran Petunjuk Bagi Manusia

Assalamualaikum semua..


Memandangkan kita telah pun masuk ke zon bulan ibadah, bulan yang mulia, ayuh kita merentas masa di zon ramadhan al-Mubarak ini dengan bertemankan Kalamullah.



Dalam satu riwayat, diceritakan bahawa Imam Malik, sebaik saja Ramadan tiba tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas lain serta meninggalkan seketika urusan mengajar, memberi fatwa atau hal berkaitan keduniaan sebaliknya menumpukan amalan membaca al-Quran.

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan.

Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil). (Surah al- Baqarah, ayat 185)
Sungguh Al-Quran adalah puisi terindah di alam semesta ini, tiada tolok bandingnya jika hendak menandingi ilmu Allah yang hebat ini. Al-Quran lah pembimbing  dan penyelamat umat akhir zaman. Jadi manfaatkanlah ia, insyaAllah selmat dunia akhirat.....

             p/s:  Lapangkan dada mu dalam meraih redha Allah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?