Sambal Ledok
Assalamualaikum semua…

Bahan-bahannya:
7 biji bawang besar (kalau suka bawang banyak, tambah
lagi)- Dihiris
Segenggam Cili Api (suka pedas, letak lebih) – Ditumbuk bersama
kunyit, dikisar pun boleh.
½ sudu serbuk kunyit
4 senduk tempoyak (ikut suka)
3gram Ikan bilis
Minyak masak (agak2 lah untuk menumis)
Garam secukup rasa
Gula (jika perlu)
Caranya:
1) Goreng
ikan bilis yang telah dibelah dua sehingga garing. Kemudian angkat.
2) Tumiskan
cili api yang telah ditumbuk/dikisar bersama serbuk kunyit itu tadi sehingga
garing. Masukkan bawang yang telah dihiris gaul rata selama 2minit.
3) Masukkan
tempoyak, tambah sedikit air, garam secukup rasa. Didihkan sekejap barulah
letakkan ikan bilis tadi. Gaul rata 2minit. Siap..Hidang, wallaaaa… ^_~
Boleh dimakan enak begitu sahaja. Lagi sedap makan dengan nasi. Buat cecah pulut/roti pun syokkk…nyamiii..
Ulasan
Catat Ulasan