Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

SOLAT SUNAT KERANA NIKAH

Imej
Mungkin ramai yang melihat sesudah majlis akad nikah kebanyakkan mempelai lelaki akan solat sunat dua rakaat dan ada juga kedua-duanya sekali. Tapi solat apakah yang dilakukannya…? Solat sunat syukur mungkin. Ada juga yang berkata itu adalah solat sunat pengantin atau solat sunat nikah.  [sumber] Adakah solat sunat khusus untuk selepas nikah ya? Menjawab persoalan ini sebenarnya tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dengan Isnad Hasan) yang menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya sejahtera perkahwinannya dunia dan akhirat. Solat sunat nikah ini boleh dilakukan sejurus selepas nikah atau pada waktu-waktu yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan

KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW.

Imej
Assalamualaikum sahabat… Pengisian kali ini adalah mengenai KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW. Mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu penghormatan dan kecintaan seorang muslim terhadap baginda. Selawat ke atas Rasulullah SAW ini dianjurkan di dalam  Al-Quran, sebagaimana fimanNya: “ Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat atas Nabi (dari Allah bererti memberi rahmat dan dari malaikat bererti memohonkan ampunan) Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya.” Mencintai Nabi hendaklah kita dahulukan daripada mencintai diri sendiri dan keluarga. Dengan demikian barulah tergambar kecintaan kita terhadap Allah SWT.  Rasulullah bersabda maksudnya: “Tidaklah, salah seorang dari kamu benar-benar beriman sebelum mencintai melebihi anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya.” Terdapat keutamaan selawat Nabi SAW, iaitu: 1)       Bersama Nabi Pada Hari Kiamat R