SOLAT SUNAT KERANA NIKAH
Mungkin ramai yang melihat sesudah majlis akad nikah kebanyakkan
mempelai lelaki akan solat sunat dua rakaat dan ada juga kedua-duanya sekali.
Tapi solat apakah yang dilakukannya…? Solat sunat syukur mungkin. Ada juga yang
berkata itu adalah solat sunat pengantin atau solat sunat nikah. [sumber]
Adakah solat sunat khusus untuk selepas nikah ya? Menjawab
persoalan ini sebenarnya tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah.
Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dengan Isnad Hasan) yang menyatakan
sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi
Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya sejahtera perkahwinannya dunia dan akhirat.
Solat sunat nikah ini boleh dilakukan sejurus selepas nikah atau pada waktu-waktu
yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah
bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu
Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat
nikah ini, katanya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua
solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah
perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.”
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
.
Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.
Ia dilakukan sebanyak dua rakaat
sahaja dan dituruti dengan sujud syukur.
Cara perlaksanaany:
a) Lafaz niatnya:
“Usolli
sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
Ertinya:
Sahaja aku Solat Sunat Kahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.”
Ada juga yang melafazkan niat sebegini:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini
lillahi Ta’ala”Allahu Akbar“
Ertinya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah
dua rakaat kerana Allah . [sumber]
b) Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan
surah Al-Kafiruun
c) Rakaat kedua Membaca surah Al-Faatihah dan surah
Al-Ikhlas membaca doa selepas salam.
SUJUD SYUKUR SELEPAS SALAM.
Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas
akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat
Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada
sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan
pasangan tersebut untuk melakukannya.
MEMBACA DOA NIKAH
Membaca doa nikah yang bersesuaian atau
boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:
MEMEGANG
UBUN-UBUN ISTERI DAN MENGUCAPKAN LAFAZ DOA
“Apabila salah
seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak,
hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama
Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia
mengucapkan:
"Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu munculnya kebaikan darinya dan
dari segala apa yang Engkau ciptakan pada dirinya; dan aku berlindung kepada-Mu
dari keburukannya dan dari segala apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.’”
Dianjurkan kepada seorang suami
meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. Ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala. Si
suami hendaklah meletakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri
(biasanya selepas bersolat sunat
berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah agar perkahwinannya mendapatkan
berkah.
Hadis
riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
Atau berdasarkan hadits:
“Ketika membeli unta
hendaklah seseorang memegang punuknya seraya berdoa seperti itu.”
(HR Al Bukhari dalam kitab Af’al Al’ibad hlm. 77) [sumber]
(HR Al Bukhari dalam kitab Af’al Al’ibad hlm. 77) [sumber]
Ulasan
Catat Ulasan