KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW.
Assalamualaikum sahabat…
Pengisian kali ini adalah
mengenai KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW. Mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad
SAW merupakan salah satu penghormatan dan kecintaan seorang muslim terhadap
baginda. Selawat ke atas Rasulullah SAW ini dianjurkan di dalam Al-Quran, sebagaimana fimanNya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya
berselawat atas Nabi (dari Allah bererti memberi rahmat dan dari malaikat
bererti memohonkan ampunan) Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu
untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya.”
Mencintai Nabi hendaklah kita
dahulukan daripada mencintai diri sendiri dan keluarga. Dengan demikian barulah
tergambar kecintaan kita terhadap Allah SWT. Rasulullah bersabda maksudnya:
“Tidaklah, salah seorang dari kamu
benar-benar beriman sebelum mencintai melebihi anaknya, orang tuanya dan
manusia seluruhnya.”
Terdapat keutamaan selawat Nabi
SAW, iaitu:
1) Bersama
Nabi Pada Hari Kiamat
Rasulullah SAW bersabda:
“Didiklah kepada anak-anakmu mengenai tiga
perkara: Cinta kepada Nabimu, cinta kepada kepada ahli bait dan cinta membaca
Al-Quran. Kerana sesungguhnya orang yang hafal Al-Quran kelak di hari kiamat dalam naungan
rahmat Allah di mana pada hari itu sama sekali tidak ada naungan
melainkan naunganNya serta para Nabi dan pilihanNya saja.”
(Riwayat, Abu
Narshr Asy Syairazi, Ad Dailami dan Ibnu Majah dari Ali ra.)
2) Menyempurnakan
Iman
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu
sehingga aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri, dan ahli keluargaku lebih
dicintainya daripada ahlinya, anaknya cucuku lebih dicintainya daripada anak
cucunya dan keturunanku lebih dicintainya daripada ia mencintai keturunannya.”
(Riwayat
Thabrani dan Baihaqi Abdurrahman bin Abi Laila)
3) Selawat
Penghubung Doa
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap doa adalah terhalang sehingga
berselawat atas nabi SAW.”
(Riwayat, Ad
Dailami dari Anas ra)
4) Memperoleh
Kedudukan yang Utama
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya seutama-utama manusia atau orang
terdekat denganku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat
kepadaku.”
(Riwayat An Nasa’I
dan Ibnu Hibban dari Ibnu Mas’ud ra.)
5) Diangkat
Sepuluh Darjat
Rasulullah SAW
bersabda :
“Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali,
maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan Allah menghapukan
sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepdanya.” (Riwayat Ahmad, Nasa’I dan Hakim dari
Anas ra.)
6) Rasulullah
Menjawab Salam Umatnya
Rasulullah SAW
bersabda:
“Tiadak dari seorang yang mengucapkan salam
kepadaku melainkan Allah menerima rohku
sehingga sehingga aku menjawab salam padanya.”
(Riwayat Abu
Daud dari Abi Hurairah ra.)
7) Memperoleh
Syafaat Di Hari Kiamat
Rasulullah SAW
bersabda:
“Siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi
sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan memperoleh syafaatku
pada hari kiamat.”
(Riwayat,
Thabrani dari Abu Darda ra.)
8) Disampaikan
Hajat
Rasulullah SAW
bersabda:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari
seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, yang tujuh puluh
untuk akhiratnya dan tiga puluh untuknya di dunia.”
(Riwayat, Ibnu
najar dari Jabir ra.)
9) Digembirakan
Dengan Syurga
Rasulullah SAW
bersabda:
“Siapa yang berselawat kepadaku dalam sehari
seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia bergembirakan dengan syurga.”
(Riwayat, Abusy
Syaekh dari Anas ra.)
10) Ganjaran
Selawat Kepada Nabi Yang Lain
Rasulullah SAW
bersabda:
“Berselawatlah kepada para nabi Allah dan
utusanNya sebagaimana kamu semua berselawat kepadaku, sebab mereka itu utusan
sebagaimana aku diutus.”
(Riwayat Ahmad
dan Al Khatib dari Abi Hurairah ra.)
11) Dekat
dengan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW
bersabda:
“Perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku
pada setiap hari Jumaat, sebab selawat untukku dipintakan kepadaku setiap hari
Jumaat. Maka siapa yang paling banyak selawatnya kepadaku, maka ia orang yang
terdekat di antara mereka kepadaku akan tingkatannya.”
(Riwayat Baihaqi
dari Abu Umamah ra.)
12) Diberi
Cahaya Pada Hari Kiamat
Rasulullah SAW
bersabda:
“Siapa yang berselawat kepadaku di hari
Jumaat seratus kali, maka ia datang di hari kiamat dengan cahaya. Andaikata dibagi antara makhluk semuanya
maka cahaya itu akan memenuhinya.”
(Riwayat Abu Nu’aim
dari Ali bin Husain ra.)
13) Berselawat
akan Sampai terus kepada Rasulullah SAW
Rasulullah SAW
bersabda:
“Di mana saja kamu berada maka berselawatlah
kepadaku sebab selawatmu itu akan sampaikan
kepadaku.”
(Riwayat At Thabrani dari Husain bin Ali ra.)
14) Dicukupkan
Urusan Dunia dan Akhirat
Rasulullah SAW
bersabda:
“Siapa berselawat kepadaku di sisi makamku
maka aku mendengarnya. Siapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh
satu malaikat yang menyampaikan kepadaku. Dan ia cukupkan urusan keduniaan dan
akhiratnya, dan aku sebagai saksi dan
pembela baginya.
(Riwayat Baihaqi
dan Al- Khatib dari Abi Hurairah ra.)
15) Diampunkan
Dosa
Rasulullah SAW
bersabda:
“Siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat
dua ratus selawat, maka diampunkan baginya dosa dua ratus tahun.”
(Riwayat
Ad-Dailami dari Abi Zar ra.)
Begitulah
keutamaan/kepentingannya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Marilah
bersama-sama kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW demi menambahkan
kecintaan kita kepada kekasih Allah SWT.
[Rujukan daripada Wirid & Doa Harian Dalam Seminggu oleh Muhammad
Isa Selamat]
Ulasan
Catat Ulasan