AYAT LIMA Pendinding Diri
Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran. Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf "Qaf" (kaf besar), sebab itu ayat lima ini boleh juga disebut dengan ayat 50 Qaf. Ayat ini boleh digunakan sebagai penolong dan pendinding diri. + Al-Baqarah ayat 246 + Ali-Imran ayat 181 + An-Nisaa ayat 77 + Al-Maaidah ayat 27 + Ar-Ra'd ayat 16 Rahsia/Khasiat yang besar sekali ertinya, diantaranya ialah: ü Ibnu Mas'ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw selalu membaca ayat lima ini, baik sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah . ü Sayyidah Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menerangkan bahawa bila ayat lima dituliskan di dalam bekas, kemudiaan diisi dengan air dan airnya diminum pada hari Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan
Ulasan
Catat Ulasan