[Menjelajah Dunia Dengan Buku]
[Menjelajah Dunia Dengan Buku]
Dari dulu hobi saya membaca, sambil membaca saya akan mengkaji kemudian menulis semula sebagai catatan rujukan di blogspot saya, menandakan topik ini dah diserap masuk ke dalam otak. Maksudnya saya sudah mempunyai pengetahuan tentangnya. 6tahun saya tinggalkan dunia buku, yang ada hanyalah ‘muka buku’. Terasa otak ni semaki tepu dan bagaikan tin kosong.
Mujur berkahwin dengan suami yang juga pencinta buku, tetapi suami lebih gemar akan buku berkaitan sejarah dan politik, sebaliknya saya lebih kepada motivasi, rohaniah, herba dan wanita. Kami memang rajin beli dan mengumpul buku, tapi sayang ilmu di dalamnya terbiar berdebu begitu sahaja di rak.
Sekarang proses mendidik diri untuk kembali membaca, untuk memupuk jiwa cinta pada ilmu.. Baru mula 2 hari yang lalu, sekarang di muka surat 144/262ms berada di topik memahami ideologi..target setiap hari langsaikan 50 muka surat.
“Abang, sayang dah berjaya baca 50 muka surat lagi hari ni..” Saya dengan riang berkongsi kejayaan kecil saya pada hari ini.
“Baguslah sayang..sayang hebat!! Tapi pastikan kongsikan semula apa yang awak baca tu kepada orang ramai..semakin kita memberi semakin berkembang ilmu kita..” Puji suami tercinta.
“Kan.. patutlah dulu sayang semakin ketagih nak membaca, sebab dulu sayang menulis dan berkongsi..tapi kenapa sayang stop membaca ya..? Macam hilang jati diri pula rasa..” Terasa sesal mula merajai diri. Lalu saya kembali menatap buku yang berada di tangan.
Alhamdulillah..mata dan otak kembali terasa segar dan saya semakin kurang masa lalai dengan dunia media sosial. Saya perlu berehat sebentar kerana saya rasa saya semakin hanyut dan masa terbuang begitu sahaja tanpa pengisian..
Sejujurnya jiwa saya sakit melihat dan membaca perbalahan berkenaan isu-isu semasa yang menjadi topik hangat perbualan para netizen, sehinggakan hilang adab dan lupa diri. Jadi saya mengambil langkah mempraktikkan seni ketap bibir.
Puas memujuk diri..
“Membacalah sayang..dengan membaca pemikiran akan lebih tajam..”
“Membacalah sayang..dengan membaca kita akan mengenal duni..”
“Membacalah sayang..kerana dengan membaca hidupmu akan lebih berwawasan..”
“Membacalah sayang..bukankah kau gemar menulis..bagaimana mungkin kau menulis sedangkan kau tidak berilmu..?”
Atas tujahan dan asakkan diri, saya bangkit dan menetapkan target tersendiri..semoga Allah memberkati setiap ilmu yang saya perolehi dari bacaan-bacaan tersebut.
Terima kasih
Elil Husna
#anugerahkebaikan
Ulasan
Catat Ulasan